ILMIAH CVT MALAYSIA

February 11, 2020


*-ILMIAH CVTSB-*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Keistimewaan konsep rawatan CVT yang paling signifikan adalah diagnosis unsur kimia dalam semua jenis makanan dan minuman yang menjadi unsur kimia penyusun tubuh. Kita sangat bertuah kerana Allaah memberi kita ilham dan idea merawat diri melalui kenal diri. Tubuh manusia sebenarnya adalah satu kesatuan komposisi kesempurnaan susunan atom yang paling kompleks dan unik. Tubuh kita boleh sahaja menjadi bahan bakar api neraka kerana adanya sulfur, kalium, magnesium, hidrogen dan oksigen yang amat mudah terbakar dan membakar jika kita menjadi ahli neraka. Atau kita boleh sahaja menjadi ahli syurga dengan atom nitrogen yang digunakan banyak menguasai paru-paru untuk memberi rasa kedamaian yang tidak terhingga juga dengan kemewahan dan kecantikan dalam kekuatan atom karbon yang keras, kukuh dan berkilauan.
                       
Oleh itu wajib kita menyemak setiap satu pemakanan secara individu kerana keputusan pada keperluan amat tersendiri dan peribadi. *Ada yang boleh mengambil lemon kerana secara teorinya ilmiah kemanusiaan baik untuk keperluan tubuh.* *Namun bila didiagnos ada juga yang masih alahan pada lemon untuk penyakit yang tertentu seperti lemahnya jantung.* Perlu diingat konsep CVT mengesan elemen tubuh luar dan dalam dengan matrik angka kerohanian dan binaan matrik tarikh lahir dengan tahun kelahiran dalam gen-gen generasi yang cukup kompleks. Oleh itu tiada pengetahuan asas yang tetap mengenai ilmu pemakanan dan penyakit kerana secara konsisten melainkan kita perlu mendiagnos dan mengenalkan diri pesakit melalui warna elemen diri.

*Nampak jelas semua ini dalam rahsia Allaah dan hanya yang berhak akan tahu dan dengan mudah menguasai ilmu dengan penuh penghayatan.*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com