ILMIAH CVT MALAYSIA

February 13, 2020

Assalamualaikum. Saya ni takda penyakit alhamdulillah. Ada kala ketika sembahyang masa berdiri macam nak gelap mata. Jadi saya pergi ambil darah kat klinik resultnya kolestrol saya tinggi 6.9. *Cara merawatnya saya perlu ambil apa sebab tiap2 hari makan garam dan acacia dan malam ambil be.* Rohani Syukor Melaka.

-PENCERAHAN PROF NW-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semua yang berkaitan perut banyak angin akan di kesan kolesterol dalam darah. Ambil ubat lawan kolesterol akan beri kesan sampingan yang lain. Wal hal kolestrol itu yang tak hadam masuk dalam sel untuk keperluan tertentu. Bukan salah kolestrol. Ambil GARAM dengan sukatan yang mencukupi awal pagi dengan ais. Boleh juga guna air dingin dan air sejuk biasa. Minima satu sudu teh. Satu sudu mcd tidak cukup. Kena ambil dua sudu. Juga ACACIA dalam serbuk satu sudu teh selepas makan. Juga sebelah malam. Atau 2 biji kapsul GARAM . Atau dua biji kapsul ACACIA. Lebih pun tidak mengapa. Atau ambil dalam dua masa sebelah pagi. Sebelum sarapan. Jadi masalah sebenar hingga dalam darah kita banyak angin adalah sistem metabolisma tidak berfungsi seimbang. Oleh itu GARAM menjadi keperluan untuk keseimbangan asid dan alkali. Punca kerana sesiapa pun akan berada dalam kehidupan banyak memikirkan hal-hal yang remeh temeh. Jadi kita tertekan dan rungsing. Maka itulah punca bacuhan bahan kimia semulajadi tubuh seperti enzim pada perut tidak cukup mencerna. Oleh itu GARAMLAH gantinya enzim dan mengolah bahan kimia lebih cekap untuk di cerna. Sikap ambil berat dan mahukan sesuatu di sekeliling kita berjalan dengan sempurna membuat kita memikirkan hal-hal kecil yang tidak perlu. Khasnya tabiat ini berlaku ketika sedang makan dan selepas makan. Selepas ini kita perlu pastikan dosis GARAM dan ACACIA sebagai asas dalam menjaga kesihatan konsep CVT benar-benar mencukupi.

Gejala seperti rasa nak tumbang itu jelas banyak angin yang mengganggu aliran darah untuk sampai ke otak. Oksigen dalam darah akan kurang kerana gas ini. GARAM dan ACACIA akan menyempurnakan kerja metabolisma yang bercelaru ini. Dunia perubatan yang semakin moden sudah mula menyedari keperluan lemak dan kolesterol untuk kesihatan. Jika masih ada doktor yang menyalahkan lemak dan kolesterol jelas mereka ketinggalan. Ingat ya!! kecelaruan metabolisma adalah punca utama. Metabolisma akan cekap dengan kerja GARAM . Metabolisma juga akan bercelaru kerana rosaknya GARAM  yang kita ambil dalam kebanykkan jenis makanan harian. Konsep itulah racun dan itulah juga penawar. Jadi ambillah GARAM segar semulajadi yang ada getaran metabolisma yang bermula di bahagian tiroid ini.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com