ILMIAH CVT MALAYSIA

February 13, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alat paling super canggih untuk mengesan gema pada zat pemakanan yang tidak sesuai pada dna tubuh kita adalah otak kita sendiri. Jawapan ada dalam diri kita sendiri.  Ujian gerak balas otot tangan ke otak akan memberi jawapan tanpa ragu lagi. Beruntung pada yang sudah menguasai teknik ini. Pengetahuan mengenai zat dan keperluan tubuh hanyalah teori. Fakta-fakta mengenai zat secara kimia tidak sama apabila bertukar menjadi fizik. Bermakna amat tidak sesuai lagi apabila kita mendakwa lemon yang diminum dengan air suam untuk merawat kanser kerana itu sangat tidak kena dalam ilmu riaksi kimia yang amat luas subjektif dan tidak terbatas. Kita tidak boleh lagi menetapkan sesuatu zat untuk diselaraskan pada semua individu. Hatta gaya pemikiran dan bidang kerja kita yang tidak sama akan juga mengubah keperluan zat. Tidak bijak lagi ilmu yang mengkaji zat dalam menyusun tubuh untuk menyembuhkan penyakit yang di alaminya. Sungguh luar biasa ilmu merawat diri ini seperti rahsia di dalam rahsia yang mendalam pada setiap diri. Kita perlu jauh beberapa kali kehadapan dalam memintas kekalutan ilmu teori yang sarat penuh keliru dan tidak layak untuk di amalkan lagi.

Jika penyakit berulang atau lambat sembuh pasti ia berkaitan dengan kesalahan zat dalam menu makanan harian. Apa yang kita rasa sedap dan hingga ketagih rasa ketika sakit melanda maka itulah sebenarnya daya ketertarikan naluri rasa yang salah.  Ada yang sangat suka tomato namun setelah di diagnos ternyata tomato itu adalah punca yang menjadi penyumbang penyakit yang di tanggung selama ini selain dari faktor geomensi dan persekitaran. Kesimpulannya dengan gandingan energi secara fizik NW akan menuju potensi penyembuhan yang lebih berkali ganda cepat. Teknik mendiagnos NW adalah yang terakhir setelah maklumat zat pemakanan terjawab secara menyeluruh. Jika kita praktiskan amalan mendiagnosis zat makanan termasuk minuman secara personal mengikut elemen diri luar dan dalam juga termasuk gaya pemikiran cita-cita emosi dan visi misi ketuhanan dalam gaya gerak kerja tubuh mencari rezeki di atas muka bumi Allaah ini maka CVT menjadi pelupor dalam bidang ini. Semoga ilmu ini menjadi harta intelek yang banyak dalam bidang yang sedang kita jayakan ini. Syabas pada semua pengamal yang tekun dan berjaya lepas dari hasutan iblis.

Hakikat diri yang di cipta asal mula adalah dari tanah. Selepas itu dari setitik air dan menjadi segumpal darah. Dan setiap orang memiliki kumpulan darah yang berbeza. Seperti spiritual lebih dominan pada kumpulan darah jenis O. Emosi AB. Minda B dan Fizikal A. Jika dahulu darah O di katakan bersifat universal dan boleh di terima pada semua kumpulan darah. Ternyata kini darah O adalah sesuai untuk Golongan darah O sahaja. Dan kumpulan darah yang paling sensitif malah unik adalah darah AB negatif dengan berbagai alahan pada berbagai zat pemakanan. Moga pengamal CVT terus cemerlang dan maju jaya hendaknya.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com