ILMIAH CVT MALAYSIA

March 23, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Hakikat penular yang pertama adalah bermula dari satu orang. Semua bermula dari satu yang pertama. Di situ bermula sebagai punca. Pastilah dari seseorang dari Wuhan. Dan kini seluruh dunia dengan puluhan ribu sudah pun tertular dan menjadi penular. Tetapi kita di Malaysia bermula dari ribuan orang yang tertular dan sekaligus menjadi penular dalam keserentakkan masa pada satu ruang yang sama. Yang hitam takkan dapat dijadikan putih dengan begitu mudah ya. Kita sekarang dalam dilema melawan gejala penyakit yang di dalam bayang-bayang. Jangan ambil mudah. Gandaan dalam rantaian penularan boleh sahaja tidak dapat di kawal hingga seluruh warga negara kita akan menerima padahnya. Ini bukan satu gurauan. Tetapi tidak pula mustahil dengan usaha keras dari pihak kkm, polis dan tentera wabak ini akan dibendung. Ini tidak mustahil tetapi rakyat perlu memahami dalam semua perkara dan bekerjasama. Virus unik yang di cipta di dalam makmal dengan tujuan apa?. Jika kuman kolera yang datang dari air yang tercemar. Maka boleh kita masak air mematikan kuman itu. Jika Malaria yang datang dari nyamuk maka boleh kita matikan nyamuk itu. Tetapi virus covid 19 di reka untuk menjadikan manusia sebagai perumah dan pembawa. Apakah manusia itu semuanaya harus dimatikan??. Manusia sebagai pembawa boleh merahsiakan gejala. Di sini ada nilai moral sifat kemanusiaan berbanding virus itu sendiri. Kita boleh sahaja menemukan penawar tetapi belum tentu menemukan vaksin. Kita lupakan soal vaksin dahulu. Penawar adalah lebih perlu menyelamatkan nyawa yang sedang bertarung. Tetapi jururawat dan doktor pula berhadapan risiko pertama pesakit yang positif. Jika ada pesakit yang tidak jujur dan merahsiakan sejarah perjalanan dan kaitan dengan contact yang telah di laluinya. Di sinilah persoalan moral antara virus dan manusia. 


Yang balik ke kampung dan bergerak bebas patut dihukum kerana degil dan bebal juga. Virus yang boleh menjadi kuat jika kita ada sifat-sifat yang lemah. Jika kita terlalu awal menyerah diri akan merendahkan tahap kekuatan sistem imun semulajadi dalam tubuh kita. Setelah kita tahu punca terbesar semakin naik meningkat adalah dari kes perhimpunan tabligh selain dari kes terpencil yang masih dalam siasatan. Tetapi selepas itu masih ada yang hendak berkumpul lagi secara besar-besaran di Sulawesi Indonesia. Namun bukan tabligh itu di persalahkan. Mungkin itu akan menjadi satu fitnah bagi yang salah faham. Mungkin yang di takdirkan pergi dahulu  kerana Allaah lebih sayang mereka. Menjadi tanda tanya di mana persoalan keimanan kita. Ada yang berkata jangan takut virus tetapi takutlah pada Allaah. Ternyata kenyataan ini sangat takbur setelah kita tahu di situ sudah ada bahaya yang mematikan. Itu kenyataan yang tidak selari dengan syariat agama. Jangan sia-siakan iman kita. Sahabat  Rasulullaah Shallallaahu ‘alaihiwasallam juga kekasih Allaah mati kerana wabak penyakit dan itu sudah diberi peringatan awal. Ini jelas tidak ikut sunnah. Tidakkah ada rasa kasihan pada keluarga dan pada pegawai perubatan yang akan terbeban. Kerja agama kita sudah tidak mengenal mana yang patut di dahulukan. Usaha mengenal pasti untuk mereka secara sukarela datang merawat sangat mendukacitakan. Maka kes penularan secara berantai ini tidak akan terputus walaupun perintah larangan kawalan pergerakkan di buat secara serius. Lihat kadar yang terjangkit dari hari ke hari di negara ini semakin naik meningkat. Kadar kematian tidak begitu di takuti buat masa ini. Tetapi kadar yang sudah sembuh dan sihat lebih memberi harapan. Kadar kematian tidak sedahsyat sars, ebola dan yang lainnya. Namun yang digeruni adalah kadar kecepatan ia merebak. Jika tak dibendung maka kadar kematian pada pada jangka panjang mungkin lebih parah kadar kematiannya. Dan gandaan penularan tidak mungkin dapat di kawal lagi. Itu beza dan uniknya virus ini. Yang menjadi debaran berita jumlah yang terjangkit pada setiap hari. Virus yang bertambah kuat di dalam sel. Maka rawatan pada frekuensi sel adalah yang paling praktikal. Yang tidak bagusnya manusia sebagai pembawa cuba merahsiakan dan sekaligus ribuan orang yang menjadi penular dalam keserentakkan.


Yang pasti dan jelas virus ini tidak mampu menjadikan tubuh yang memiliki sistem imun yang kuat. Orang yang bersemangat dan orang yang kuat jiwanya. Orang yang menjaga makanan sihat akan menguatkan tenaganya. Jadi kita masih ada ikhtiar untuk membangunkan semua ini dengan kekuatan asas iaitu tubuh badan. Duduk dalam rumah tanpa melakukan pergerakan fizik akan meruntuhkan satu persatu hingga ke tahap imun. Cuci lantai tingkap dan segalanya demi kesihatan fizik. Atau pilihan yang baik untuk membangunkan fizik tubuh adalah mandilah dengan air sejuk. Jangan manjakan diri dengan air suam. Mandi air suam membuat badan menjadi lemah dan sistem saraf dan tulang tidak di rangsang dengan baik. SW 20 untuk kekuatan fizik jangan lupa. Keluar rumah pada yang rasa tidak selamat guna mask elok ambil NW/SW 5 dan  NW/SW 6.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab. 
www.colourvibrationtherapy.com.my 
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice 
FB: CVT Malaysia 
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com