ILMIAH CVT MALAYSIA

March 25, 2020


*-ILMIAH CVTSB-*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Lebih mudah nak faham. Vaksin dalam tubuh badan kita ada sistem imun itu sendiri. Manakala antiviral atau antiserum adalah antobodi yang sudah ada dalam diri kita sendiri. Secara psikologinya energi sistem imun itu berkaitan dengan semangat. Sesuai duduknya di dalam otak pada bahagian atas kepala yang menjadi mahkota diri kita. Dari segi agama  adalah ketinggian rasa percaya pada adanya tuhan. Berserah diri pada tuhan. Bertawakal pada tuhan dan cukuplah bagi kita hanya Allaah untuk mendapat pertolongan. Percaya semua perkara diatur dan digerakkan oleh tuhan. Manusia hanya sebagai pelakon yang akan memilih skrip dan watak atau peranan apa yang akan dimainkan. Namun semua itu sudah tertulis dan dalam ketetapan. Tidak ada yang kebetulan. Hatta sehelai daun yang jatuh itu adalah di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allaah. Jika otak kita sudah boleh memahami konsep ketetapan dan berlakunya sesuatu itu hanya dalam keserentakkan masa dalam diri maka akan kuatlah sistem imun seseorang. Tapi bila bercakap kita masih tergamak guna perkataan kebetulan yang di alih bahasa dari bahasa orang lain yang juga mengaku beriman. Sesuatu yang buat kita teruja dengan satu berita yang menggembirakan. Itu akan meningkatkan sistem imun. Tapi itu tahap rendah. Tahap tingginya adalah dekatnya kita mengenal tuhan dan itu akan mencapai tahap kekebalan dari semua arah. Iblis dan syaitan tidak mampu tembus. Kuman dan virus dan segala benda asing dapat di ubah menjadi potensi berbagai energi yang berguna dengan penuh hikmah. Ujian-ujian dunia yang membebankan semua bertukar menjadi hikmah yang tidak di sangka. Bagaimana nak mengubah hikmah setelah kita berada di dalam rumah selama satu bulan ini. Ada yang semakin stress dan runtuhlah energi pada bahagian ini. Sihatkan bahagian ini dengan rehat yang cukup. Sihatkan bahagian ini dengan ibadah yang tidak mengganggu. Ini peluang paling terbaik pada ummat manusia untuk menguatkan sistem imun dengan berbagai jenis ibadah yang mendekatkan diri dengan tuhan. Ingat ya pesan nabi ketika saat bencana ubat untuk yang beriman hanyalah zikir. Itulah juga kenapa saya yakin dalam konsep frekuensi itu ada julat gelombang dalam jarak tertentu dan itulah juga zikir dalam cahaya Allaah. Moga cahaya bulan purnama kali ini dapat kita serap untuk menguatkan sistem imun yang semakin lemah. *Ikhtiar lain sebagai alternatif gelombang dalam frekuensi tenaga dalam CVT adalah NW/SW 1 untuk merangsang kelenjar pineal.* Kita berhak untuk bertawakal setelah berusaha mencari ikhtiar. *Ubat ajaib  yang akan dirembes adalah MELATONIN.*

*Ingat ya!!!.* Vaksin semulajadi itu sudah ada dalam diri kita. Panik akan melemahkan sistem ini. *Kekuatan matrik 9 dalam warna putih.* *Itulah kelenjar pineal.* Manakala antibodi akan berkerjasama rapat dalam gandingannya. Berbagai jenis vaksin telah kita terima sejak dari bayi lagi. Tetapi nampaknya sudah tidak relatif dengan munculnya mikroorganisma seperti virus asing seperti Virus Covid. Sistem imun semulajadi dalam tubuh kita menjadi kacau bilau sama seperti watak kita apabila cemas. Kesannya juga mengakibatkan antibodi kita tidak bertindak cepat untuk mengesan benda asing. Vaksinasi juga akan mengambil proses yang lama untuk membentuk antibodi. Antibodi dalam sel-sel darah putih  adalah tentera-tentera Allaah pada setiap manusia yang di cipta dengan penuh kasih. *Sesuai dengan matrik 3 pada warna unggu dan purple yang mengawal alahan apabila ada serangan benda asing.* Secara psikologinya adalah sifat kasih dan sayang. Hilang sifat ini sesama manusia maka akan berlakulah kekejaman ini. Tetapi antiviral pula tidak boleh diberikan apabila seseorang belum terjangkit atau terpapar dengan mikroorganisma ini. *Tetapi dalam CVT NW/SW 1 dan NW/SW 5 boleh diambil walaupun kita masih tidak memerlukan sebagai tujuan pencegahan.* Begitulah konsep energi berbanding dengan ubat dalam bentuk zat yang kotor. *Syabas pada semua warga CVT dan pengamal yang aktif.* *Pada yang belum melakukan apa-apa dan jika benarlah kita seorang yang beriman maka lakukan usaha.* *Bantu sesiapa yang kita kasihi mulai saat kita membaca ilmu ini. Kita masih boleh berhubung dengan mereka.*

*BERSAMBUNG*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com