ILMIAH CVT MALAYSIA

March 23, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WH0) dianggarkan 10 juta kes baharu TB di seluruh dunia pada tahun 2017. Kira-kira 24 ribu kes setiap hari di seluruh dunia. Dan hampir 1.6 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun. Atau lebih kurang 4 ribu kematian setiap hari.  Dahsyat kan!!!. Inilah penyakit yang mematikan dan merebak. Tetapi kenapa tidak popular??. Apakah ini cerita dongeng. Ini juga penyakit paling berjangkit, Nasib baik rokok sudah diharamkan. Berjaya pula hari ini larangan merokok di mana-mana.  Penyakit TB atau tuberculosis ini merebak melalui udara. Tapi tidak pula kita sibuk nak pakai topeng. Penyakit global yang paling tua. Sejak zaman berzaman sudah ada.  Siap ada hari memperingati sempena penyakit TB sedunia lagi. Ada sesiapa kesah. Semua hospital sudah ada wad khas untuk penyakit yang mematikan ini. Tetapi satu dunia tidak rasa panik. Indonesia tempat ke 3 dalam dunia. Setiap tahun lebih 600 ribu kes. Dengan kematian setiap tahun tidak kurang dari 150 ribu kes atau setiap 1 jam mati 10 orang. Apakah angka dan fakta ini dirahsiakan??. Vaksin TB tidak ada dan ubat juga tidak begitu berkesan. Penderita kena makan ubat selama 6 bulan jika tidak mahu keadaan memberi mudarat. Dari setiap 100 ribu lebih kurang 6 peratus akan mati. Agaknya sebab dulu sistem Internet alam maya tidak canggih dan maklumat tidak tersebar luas. Atau kes ini lebih menular di kawasan pendalaman dan rata-rata orang yang miskin.  Adakah faktor kebersihan??. Tidak juga. Yang jelas sistem imun orang miskin di pendalaman tidak cukup makanan yang berzat. Sedikit pun kita tidak kedengaran heboh akan bahaya penyakit ini. 

Bezanya dengan Coronavirus adalah cara merebak tidak sepantas kilat seperti Virus Covid . Si perawat seperti doktor dan jururawat tidak mudah tertular atau dijangkiti dengan reseptor sentuhan dan sebagainya. Yang kuat sistem imun tidak mudah terjangkit walaupun sudah berada bersama dalam tempoh lama dengan pesakit. Serangan virus dalam tubuh tidak mematikan dalam tempoh yang begitu cepat seperti mana Virus Covid. Virus Covid  jika sudah menyerang ada kalanya tidak memberi sebarang tanda. Hanya setelah beberapa hari baru ada tanda seperti demam dan batuk. Yang menakutkan Virus Covid boleh terus sesak nafas dan kita tumbang tidak sedar walaupun kita rasa sihat dan terus berjalan-jalan atau bekerja. TB memberi tanda batuk yang lama. Batuk kering yang di sangka seperti batuk biasa. Jadi yang mana lebih menakutkan???. Virus Covid akan terus jadi wabak dan akan menular berkali-kali ganda dan melumpuhkan sebuah negara malah seluruh dunia hanya dalam jangka masa yang singkat. Negara itali lumpuh hanya dalam masa 3 bulan dan apa akan terjadi pada negara itu dalam masa satu bulan lagi??. Hari ini perdana menterinya sudah mengumumkan tidak lagi bermaya dan menyerah kalah. Bermakna negara lain wajib membantu jika tidak mahu menghadapi hal yang sama. Jika itu berlaku di negara kita bagaimana???.  Kita nak sediakan mask pun tidak mampu.  Apa yang mampu kita buat adalah 100 peratus duduk di dalam rumah untuk putuskan jangka hayat virus ini. Indonesia akan sedar dan rasanya sudah lambat juga dan isytiharkan untuk lakukan kawalan pergerakan selama 3 bulan. Satu keajaiban jika kita dapat memutuskan wabak ini hanya dalam masa dua minggu. Sediakan minda kita jika keadaan ini perlu di teruskan dalam masa tambahan. Berjimatlah berbelanja. Moga tidak ada hal-hal lain yang berbangkit dan tidak di jangka. Maka kita akan selamat. In sya Allaah.

Gunakan formula yang ada untuk mencegah dan menguatkan sistem imun secara semulajadi. Basic Energy (BE), Blackseed (BS) dan Liquid Clorophyll (LC) adalah makanan berzat walaupun tidak mengenyangkan. Namun sistem imun tidak memerlukan zat yang banyak sebab kita tidak banyak guna tenaga dan hanya berehat di dalam rumah. Walaubagaimanapun jangan panik dan bimbang sebab Virus Covid ini sudah ada penawarnya. Tetiba sahaja syarikat dari US muncul dan dakwa sudah ada penawar. Tapi TB tidak pula jumpa penawar sekian lama untuk sembuhkan orang dalam masa 3 jam.  Jadi tidak sama virus makmal dengan virus semulajadi.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab. 
www.colourvibrationtherapy.com.my 
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice 
FB: CVT Malaysia 
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com