ILMIAH CVT MALAYSIA

May 20, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ujian otot tangan atau APLIKASI ANATOMI KINESIOLOGI (AAK) perlu di pelajari secara ilmiah. Selain kurniaan dari tuhan dan bakat. Tetapi dengan latihan berterusan In Sya Allaah pasti akan dapat menguasai hingga ke tahap ahli atau pakar. Kinesiologi adalah gabungan ilmu anatomi, fisiologi dan mekanik yang mewakili prinsip-prinsip mekanik. Iaitu satu pengetahuan mengenai hukum ilmu GERAK pada otot tulang dan saraf pada setiap titik-titik energi yang tersembunyi. Gerakan otot yang harmoni bersahaja aman dan teratur. Sebenarnya kita boleh menjadikan otot sebagai media atau komponen dalam kemampuan berinteraksi atau komunikasi dalam jawapan gerak bebas yang di programkan mengikut isyarat yang diberikan. Otot akan memberi refleksi atau gerak balas perencat sama ada kendur atau menegang. Hakikatnya tubuh manusia sebenarnya adalah sebuah mesin yang HIDUP yang sentiasa melakukan pergerakkan secara automatik yang di luar kawalan. Gerak yang terhindar dari gangguan. Dari segi ketuhanan diagnosis AAK adalah konsep penyerahan total dan mengembalikan jawapan pada tubuh melalui otot. Jawapan segala persoalan kemanusiaan dan alam semesta itu sebenarnya tersimpan di dalam diri setiap insan.

Sistem saraf pada tulang yang dibalut dengan otot semua bekerja tanpa gangguan luar. Semua datang dari refleksi dalaman. Bebas dari gangguan iblis dan syaitan dan jawapan akan diberikan melalui keputusan akhir pada daya otot yang sihat. Otot yang mudah kejang dan cepat terasa lenguh tidak akan memberi respon refleksi yang tepat. Bermakna daya tahan otot pada orang dewasa lebih baik dari kanak-kanak. Kekuatan daya otot atau strength pada kemampuan otot untuk menerima beban semua sangat mempengaruhi jawapan atau ujian dalam diagnosis yang dijalankan. Sebenarnya inilah ujian yang paling canggih anugerah tuhan. Bebas dari hal-hal syirik seperti meramal tanpa asas. Tetapi perlu ada latihan dan ujian sehingga mencapai tahap harmoni. Kecepatan atau speed perlu agar tidak berlaku rintangan dalam menghalang riaksi tindak balas refleksi pada otot. Daya lentur atau fleksibeliti  pada otot perlu diuji dahulu sebelum ujian dilakukan. Koordinasi cara duduk atau berdiri perlu dalam keadaan tenang dan stabil. Elakkan dari berlaku stiff pada otot jika ujian dilakukan dalam keadaan yang memenatkan. Perlu ada gaya dan daya yang seimbang antara pemeriksa dan pesakit. Pastikan tiada kecederaan saraf pada otot pada bahagian lengan bahu dan tangan. Jadi kinesiologi sebenarnya adalah ilmu gerak yang efisien dan efektif yang memerlukan disiplin dalam memahami dan mengendalikannya secara professional. 

AAK praktis yang memerlukan kejujuran antara dua pihak bagi mencari titik energi di dalam sistem fisiologi tubuh. Ilmu seni tari dan olahraga juga terapi rehabilitasi berkaitan kinesiologi yang perlu di pelajari hingga tahap tinggi dalam bidang kedoktoran. Sentuhan yang cukup bertenaga tetapi lembut dan berseni juga sudah menjadi satu terapi atau ada daya healing yang luar biasa. Inilah satu model pendidikan yang memerlukan disiplin yang amat tinggi sebelum menjadi spesialis CVT. Sentuhan penyembuhan akhirnya dapat dikuasai apabila sudah sampai had aplikasi method yang unik dan luar biasa ini. Gunakan tubuh badan kita sebagai anugerah tuhan yang begitu banyak rahsia yang belum banyak dapat kita rungkai. Tubuh kita adalah mekanisma yang hidup. Hormat roh, jiwa dan nyawa yang ada dalam diri kita. Jadikan diri kita suci. Semoga konsep AAK CVT dapat dijadikan model ujian diagnosis mengesan TITIK lemah dalam mencari persamaan energi NW menjadi model yang paling berilmiah dan jauh dari syirik. Moga kita bebas dari ujian yang mendekati hal-hal syirik kerana tidak berasas. Sesiapa yang belum menguasai ilmu ini sebenarnya anda adalah orang yang rugi. Sila daftar nama untuk Kelas khas AAK di jangka selepas Jun nanti. In sya Allaah.

BERSAMBUNG..

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com