ILMIAH CVT MALAYSIA

May 20, 2020

ILMIAH RAMADAN


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu peristiwa mengenai waktu atau masa dalam surah yang menajkubkan Al-Khafi ayat 17, 7 orang pemuda yang ditidurkan oleh Allaah di dalam gua. Mereka tidur diluar bingkai waktu dalam peliharaan Allaah. 309 tahun di rasakan seperti satu malam sahaja. Para pengkaji masih keliru dan tidak akan dapat memahami rahsia jam biologis tubuh berhenti namun jam geografis yang tetap berjalan panjang tidak terasa. Bukti Allaah paling tepat menghitung waktu dan jumlah segala sesuatu. Banyak petunjuk atau rahsia di dalam gua. Gua melenyapkan bunyi dan Allaah menutup telinga pemuda didalamnya dan Hormon melatonin bekerja lebih maksima untuk tubuh tidak reput dimakan usia. Rahsia tidur dalam gelap adalah dalam ruang tidur yang sihat. Cahaya matahari sepenuhnya tidak memasuki ruang gua melainkan satu celahan cahaya tegak menembusi ke dalam gua sebagai kuasa solarplexus tengah hari warna kuning yang merawat perut agar tidak berlaku keracunan dan pereputan di perut. Namun tubuh yang tidur tetap terlindung cahaya matahari dan awet masa terjadi. 

Jadi tidur di waktu siang ketika perut kosong berpuasa ada juga hikmahnya    cahaya matahari mempercepatkan proses penenuaan jika berterusan terdedah terutama ketika tidur. Pesakit kanser harus merawat diri dalam ruang yang gelap dalam tindakbalas gelap ketika tidur dapat menjaga mempertahankan usia sel. Tubuh semasa tidur akan dibolak-balikkan dan itu juga dapat memberi edaran darah ke semua bahagian dan menjaga usia sel. Sungguh cahaya dan bunyi satu ukuran disisi Allaah yang maha tepat dan maha mengetahui misteri hari esoknya. Ilham ini juga menjadi petunjuk masa bagi sel manusia dan frekuensi warna dalam spektrum cahaya dengan mengubahnya pada bunyi atau gema yang resonans mengikut niat dalam CVT. Bermakna masa pada sinar matahari dan cahaya bulan adalah berbeza. Jika tiada getaran bunyi dan ke dua-dua sifat cahaya ini tidak beriaksi pada tubuh maka proses metabolisma tubuh akan berhenti. Jadi semua itu sangat berkaitan dengan berpuasa juga.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com