ILMIAH CVT MALAYSIA

May 20, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله


Salam hormat pada semua anak-anak murid yang dikasihi lagi di ingati. Terima kasih di atas kata-kata ucapan dalam memperingati guru. Sebenarnya didalam CVT kita secara tidak langsung sedang belajar mengenai ilmu FALSAFAH pendidikan sains, kesihatan, kemasyarakatan dan analisa dalam hal-hal semasa. Bidang falsafah yang luas seperti metafizik, etika, fikiran, agama dan sains dan lain-lain sedang kita pelajari. Tujuan yang tidak lain dalam ilmu falsafah agar kita memiliki prinsip agar dapat membina pandangan dunia alam baru. Teori jiwa dan kemanusiaan dunia dan segala penciptaan dan kembali kepada sikap dan pendirian yang hakiki. Kita tidak boleh lari jika di ditakdirkan salah. Namun kita masih berkesempatan membaiki kesalahan itu tetapi pasti memerlukan pengorbanan dan kebijaksanaan dalam cara berfikir yang terkehadapan. Oleh itu kita harus sentiasa berdoa agar tuhan yang maha Esa menunjukkan jalan kebenaran. Kita mahu kembali ke syurga. Salah satu cara usaha adalah belajar mengenai falsafah kehidupan tentang kemanusiaan dan ketuhanan. Rahsia terbesar kita perlu ada sifat KASIH. Kita mesti MEMAAFKAN sesiapa sahaja. Kita juga harus segera memohon maaf dan jangan biarkan rasa marah berada dalam diri lebih dari satu hari. Jika ini mampu kita lakukan kita tidak ada lagi musuh. Keadilan dan keamanan akan hadir dan menyelamatkan sesama kita. Walaupun ada perbezaan teologi mengenai ilmu ketuhanan dan janganlah kita mengkafirkan sesama saudara dalam seagama juga yang berbeza pegangan dan kepercayaan. Kita bina sistem nilai kehidupan yang berperikemanusiaan. Andai kita seorang yang taat dalam beragama tetapi tiada sifat kasih menjadi PEMAAF maka itu tidak bernilai di sisi Tuhan Allaah yang Esa. Kerana sesungguhnya sifat kasih dan rahmat tuhan itu ada di mana-mana sebagai penyelamat kita. 


Kita harus lebih banyak berdoa memuji sifat kasih sayang tuhan agar tetap bersama kita. Jadi ilmu falsafah yang sedang kita terapkan dalam ilmu CVT akan berusaha  mencari jawapan kepada sebarang fakta dan akhirnya kembali kepada KEBENARAN. Cinta dan kebijaksanaan adalah teras asas. Kebencian adalah racun yang berat untuk kita tanggung. Ilmu falsafah CVT dalam bidang sains metafizik perlu di lalui secara konsisten sehingga kita dapat mencari satu keajaiban. Walaupun subjek falsafah adalah sangat menakutkan malah meletihkan tetapi hakikatnya ilmu ini menekankan seni sains BERFIKIR dan membuat analisa mencari KEBENARAN. Hidup kita sentiasa dalam kesaksian. Kita akan dipertangungjawabkan akan segala perjalanan hidup dalam pekerjaan kita yang tidak lari dari berbagai dakwaan dan pandangan. Bersikap jujur pada diri sendiri akan buat kita lebih sejahtera dan aman. Buang rasa ego yang menjadi musuh pertama dalam diri kita. Tetapi jangan jadikan diri sebagai hamba yang diperbudakkan. Merdekakan hidup kita untuk lebih mudah menuju jalan kebenaran ke syurga. Para pengamal dan seluruh warga CVT saya doakan agar mendapat CAHAYA  damai dan tenang. Moga pesanan ikhlas ini akan menambah rasa kasih sesama kita hendaknya.. Aameen.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia