ILMIAH RAMADAN

May 20, 2020

TEORI QUANTUM CVT


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apakah sebenarnya yang CVT sedang lakukan dalam bidang perubatan yang penuh seni ilmiah ini???. 23 tahun sudah menjadi satu tempoh masa yang cukup menyakinkan. Biarlah kita menjadi yang pertama dalam menjelaskan quantum fizik secara jelas disisi agama dan ketuhanan dengan penuh keyakinan bagi menguatkan keimanan. Sememangnya kajian mengenai struktur atom atau quantum mekanik telah ditemukan oleh saintis terdahulu seperti Albert Eainstein. Newton dan Aristotle serta banyak lagi. Sayang sekali mereka tidak menemukan ketuhanan dalam diri mereka dalam penemuan itu. Malah penelitian kajian yang membuat semakin jauh keliru dalam fizik klasik mereka. Apa yang membentuk atom dan bagaimana perilaku subatomik dan partikel atau zarah yang membentuk atom itu sendiri. Malah model lukisan sebuah atom itu sendiri masih tidak pasti. Fizik moden amat jauh berbeza dengan fizik klasik yang ditemukan. Nampaknya quantum fizik berlandaskan islam dan Al-Quran akan menjelaskan segala-galanya. Inilah yang sedang CVT lakukan demi peradaban bangsa dan kemanusiaan. Saya tidak pernah bersetuju apabila quantum fizik yang ditemukan oleh mana-mana saintis yang mengatakan sesuatu yang akan dilalui dalam sepanjang detik masa perjalanan kehidupan ini adalah sesuatu yang tidak pasti. Saintis lama mengatakan semua perkara adalah KETIDAKPASTIAN. Mereka tidak jelas apa yang menjadi pengantara zarah-zarah dalam dunia subatomik. Hampir sahaja Eainstein dapat menghampiri jawapan dalam segala teka-teki setelah menyusun jawapan secara metamatik yang penuh ilmiah namun masih kurang kepercayaan walaupun sudah ada keyakinan. Sebenarnya semuanya berlaku dalam campur tangan dalam menetapkan segala-galanya yang akan menjadi takdir seperti apa yang tercatat di dalam Al-Quran. Manusia akan memilih takdir itu perlu sekali menggunakan kecerdasan akal fikiran yang amat  tinggi.

CVT sangat yakin dan pasti dengan penuh kepercayaan bahawa perantaraan gema yang ada nilai kuantiti pada berat yang tidak terbatas yang sekaligus menjadi medium antidot sekaligus penawar ajaib luar biasa yang telah terbukti hingga kini. Semua perlu mengikut undang-undang dan hukum alam yang tepat. Kita cuba menemukan keserentakkan dalam berbagai usaha dengan segala-galanya dengan izin Allaah. Hidup ini bukan satu perjudian. Jasad dan material dua unsur yang tidak dapat dipisahkan dan saling berkaitan. Dunia materialistik yang selama ini manusia beranggapan semua itu diluar kawalan mereka walhal semua itu akan berlangsung dan terjadi mengikut apa yang ada dalam fikiran dan hati kita yang penuh khusyuk dan menumpukan suatu perjalanan hidup dengan istiqomah. Jalan mudah untuk berjaya sentiasa bersabar dengan penuh redha apabila diuji. Elakkan menyalahkan takdir dalam doa-doa yang penuh rintihan tidak berdaya. Sebenarnya sifat dan perilaku atom itu sangat mempengaruhi manusia. Kita semua terbentuk dari jutaan-jutaan sel yang bergabung membentuk jasad dan sel-sel terbina dari molekul dan molekul-molekul pula terbentuk dari atom. Jadi jika kita hendak mengkaji kehidupan khasnya mengenai penyakit namun baru bermula dengan kajian atom itu sendiri. Atom yang disusun dengan warna dan bilangan pada nombor atom. Belum kita lakukan namun hanya baru bermula sudahpun dapat menggerakkan secara matrik atom dan alam semesta dalam ketetapan dan keserentakkan takdir kita. Jadi bagaimana hendak menyalahkan tuhan dan takdir sebagai penentu. Berprasangka buruk dan berfikiran negatif akan dapat yang negatif. Apa sahaja yang kita buat hasilnya akan kembali diterima menjadi tanggungjawab pada si pelakunya semula. Semua ini telah dinyatakan jelas dalam Al-Quran dan kitab kitab hukum Allaah yang terdahulu. Tiada yang boleh terlepas dari tanggungjawab dengan apa yang telah dan bakal yang akan di lakukannya termasuk hanya baru berniat. Semoga kita diberi cahaya agar mendapat petunjuk kebenaran yang hakiki. 

Cukup jelas bahawa merawat diri dengan rasa rendah diri itu amat berharga. Ego dan kesombongan adalah energi atau nyawa yang paling buruk dan kotor. Terbukti pengamal yang masih tekun dan berjaya adalah pilihan tuhan yang amat berharga. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran dan selamat berpuasa.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com