ILMIAH RAMADAN

May 20, 2020

ILMIAH RAMADAN-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salah satu waktu berpuasa yang paling berpengaruh pada manusia dan kehidupan yang lain adalah ketika waktu putih. Waktu cahaya bulan benar-benar cantik, Indah, putih, bersih tanpa sebarang radiasi yang memudaratkan mata yang melihat. Dalam kalendar hijriah antara 13, 14 dan 15 di pertengahan bulan. Ritual doa dengan penuh khusyuk sangat termakbul mengikut kepercayaan banyak agama terdahulu. Namun di dalam islam menjadi satu sunnah dengan pahala tambahan seperti pahala berpuasa setahun mengikut hadith sohih. Berpuasa pada hari-hari putih dan kemuncak pada hari ke 15 sangat mempengaruhi hormon melatonin di tengah otak. Caranya dengan melihat tepat ke bulan dan pasti akan lebih segar dan hilang rasa mengantuk. Ada pengaruh gelombang bunyi yang memantulkan semua doa-doa kita lebih mustajab. Buktinya yang jelas adalah permukaan bulan dipenuhi dengan kawah-kawah bulatan yang amat dalam dan luas. Satu kawah boleh mencapai 200 km dengan kedalaman lebih 10 km. 

Mengikut hukum getaran akan berlaku pencerapan bunyi menjadikan atmosfera senyap dan sunyi dengan keadaan suhu lebih dingin. Dalam setahun pula setidaknya akan ada satu kali akan terjadi halo bulan. Iaitu bulan dilingkari cahaya cincin yang gemerlapan terangnya yang putih bersih bagaikan salju. Teori sains mengaitkan bagaimana pengaruh munculnya kristal ais pada permukaan atmosfera lebih dingin dan terhasil lah cahaya lingkaran cincin itu. Waktu itu sistem komunikasi alam semesta menjadikan bulan sebagai satelit paling berpengaruh pada otak kita. Tetapi apabila waktu putih kembali menurun iaitu pada 16hb hijriah bertukar negatif apabila  jin dan segala haiwan jadian dalam mitos- mitos fiksi cerita seram juga beriaksi lebih agresif. Mungkin ada kebenaran jika kita mahu mengujinya. Apapun berpuasa ketika kemuncak hari putih itu sangat memberi kesihatan hormon yang sangat mempengaruhi karakter kita. Setelah perut kita bersih dari kekotoran lebih menyakinkan komunikasi antara kita dengan Allaah lebih dekat pada langit terendah mengikut hadith. Tak pasti adakah ini hadith yang boleh di terima atau tidak kerana Allaah maha mengetahui dan di mana ruang tidak terbatas. Apapun ambil lah kesempatan berdoa dengan merendahkan diri. Sebab sesuatu yang terang itu ada hikmah yang amat luar biasa.

Beruntunglah manusia pilihan Allaah yang Maha Esa jika kematiannya ditangisi dengan kesedihan yang sangat memilukan pada hari jumaat. Hari jumaat adalah simbolik hari kesedihan dan jumaat hari yang penuh barakah dan mulia. Dan lebih beruntung lagi pada sesiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat yang penuh berakah ini. Berbahagialah yang sudah banyak kali bermandikan cahaya bulan purnama. Lihatlah bulan yang Indah itu. Kita tidak boleh melihat matahari kerana radiasinya boleh membahayakan mata. Namun melihat bulan yang cantik itu sebenarnya melihat pantulan cahaya matahari. Namun bulan tetap ada cahayanya sendiri. Begitulah pengaruh berpuasa sebagai pembersih diri agar kita mendapat cahaya yang terang benderang. Amalkan NW 1 dalam frekuensi cahaya putih pada kekebalan sistem imun tubuh

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com