ILMIAH RAMADAN

May 20, 2020

-ILMIAH RAMADAN-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seekor kucing akan berpuasa ketika sakit. Sakitnya kucing zaman moden ini kerana termakan makanan yang tidak sihat. Tidak ada istilah kucing terlebih makan dan kekenyangan. Sifat makan hingga kenyang itu sampai tidak ingat ketika berbuka itu adalah kita sahaja. Kucing akan kembali sihat dengan hanya tidur sambil berlapar.  Itu adalah satu hukum semulajadi pada kekuasaan tuhan pada haiwan. Nampaknya hikmah dan rahsia berpuasa tidak dihayati. Malah kerana berpuasa yang sudah jadi budaya dan bukan lagi ibadah hanya akan mengundang penyakit. Lebih banyak yang perut buncit selepas sebulan berpuasa. Ketika kita bersabar dalam berpuasa sebenarnya kolesterol jahat akan di bakar dan kolesterol baik akan merawat jantung. Kolesterol itu adalah untuk meningkatkan sifat-sifat nikmat dan rasa bahagia memperkayakan JIWA. Oleh itu berpuasalah dengan penuh kesabaran dalam persamaan membakar kolesterol jahat. Bermakna risiko stroke dan kegagalan jantung dapat dielakkan sama sekali. Organ kedua yang akan sihat ketika berpuasa adalah buah pinggang apabila fungsi maksima kekuatan osmosis menyaring racun melalui urin. Tingkat adrenalin juga berkurangan kerana berpuasa yang tenang dapat mengelakkan tekanan. Bermakna berpuasa itu sebaiknya perlu rehat dan bukan bekerja keras seperti hari-hari lain. 

Pada yang menghadapi segala jenis penyakit kanser jelas sekali sel-sel kanser yang di lemahkan ketika berpuasa akan dapat di matikan dan sel-sel baru bergantian lebih banyak dan berkali ganda. Itu lebih bijak dari rawatan kemo. Yang paling pasti hikmah berpuasa dapat meningkatkan tingkatan limfosit dalam tubuh berkali ganda. Antibodi akan menguatkan sistem imun lebih sepuluh kali ganda. Tubuh dapat membakar cadangan lemak dan pada sebelah malamnya kita akan lebih bertenaga untuk ibadah tarawih dan sebagainya. Kesihatan otak lebih baik kerana saat berlapar otak akan melancarkan isyarat saraf pada sel- sel neuron di otak mencari keseimbangan pada seluruh sistem tubuh ketika berpuasa. Saya percaya ketika musim Virus Covid ini kita tidak lagi berpeluang makan makanan yang banyak lemak jahat juga yang mengandungi asid urik. Kita tidak lagi berpeluang makan siput sedut, ketam, kerang, udang dan sebagainya. Jadi kuranglah makanan yang beracun itu. Satu ukuran atau tanda mudah nak makan ikan yang sihat adalah pastikan ikan itu bersisik. Ikan yang bersisik bermaksud tidak banyak lemak dan kolesterol dan lebih sihat untuk dimakan. Jadi berbeza kulit pada sisik antara ikan keli dan haruan. Ikan haruan ada sisik halus dan sihat untuk di makan tetapi jika dapat lakukan ujian AK adalah lebih baik. Kajian juga mendapati ikan yang tidak bersisik mengandungi raksa dan lebih beracun dan tidak baik untuk kesihatan ibu mengandung yang boleh mengganggu janin.

Jelas berpuasa akan merawat kesihatan asas darah dan usus. Saya mencadangkan ACACIA di ambil beberapa kali pada sebelah malam selepas berbuka. Selain kandungan probiotik yang kaya. ACACIA ada Kristal halus dalam fiber yang melarut  mampu mencuci dinding usus yang penuh lemak. Darah kita akan lebih bersih dan tidak lekit atau pekat berlendir seperti kanji apabila bersatu dengan minuman manisan  dengan gula yang tidak sihat. Gula yg tidak sihat itu ada dalam darah yang kenyal dan lekit. Semua itu akan membuat sakit radang pada sendi dengan urat terbenam  dan sebagainya. Lemak pada seekor itik lebih berkali ganda dari seekor ayam. Tetapi apabila kita ambil gula yang sihat seperti madu maka gula itulah pemecah lemak yang terperangkap. Jadi hikmah berpuasa ini jangan di rosakkan dengan cara berbuka yang terlalu kenyang. Cahaya matahari di waktu siang ketika berpuasa membersih perut dan pada sebelah malamnya zat-zat makanan diolah menjadi beribu enzim apabila hadirnya cahaya bulan purnama.

BERSAMBUNG….

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com