ILMIAH CVT MALAYSIA

June 11, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله

Neutral bermakna keadaan kimia sesuatu bahan berada secara semulajadi. Neutral dapat mengimbangi rasa yang terlalu pahit dan terlalu masam. Bahagian yang sepatutnya bersifat neutral akan bermula di mulut. Air liur ada banyak enzim yang mengimbangi keadaan zat makanan agar tidak terlalu berasid atau beralkali. Rasa tawar, masin dan manis sebenarnya akan mengimbangi kadar asid dan alkali. Atas alasan itu konsep menggunakan medium garam dan gula sebagai perantara tenaga amat sesuai bagi mengimbangi zat-zat makanan yang tidak seimbang. Rasa manis di dalam madu dan susu segar adalah bersifat neutral. Sesuatu yang kembali secara semulajadi itu adalah neutral. Jika sesuatu yang berbisa seperti sengatan binatang berbisa juga menjadikan bisa itu menjadi neutral. Jika mata terpercik cili yang pedas maka rasa pedih akan cepat lega apabila kita mengambil sedikit garam samaada kita kemam atau membilas mata dengan air garam. Begitulah kesan berbagai penyakit yang terbentuk secara kimia dalam berbagai asid dan alkali yang mampu di rawat melalui garam yang ada kuasa peneutralan. Peneutralan kimia beracun perlu sebelum diubah menjadi bahan kimia yang tidak merbahaya lagi.
Garam yang paling tinggi kesan kimia yang tinggi kuasa peneutral adalah garam putih atau garam laut. Garam sebenarnya memiliki semua warna dengan rasa yang juga berbagai. Garam laut yang stabil juga tidak berbau. Garam laut yang lemah kuasanya akan ada bau yang tidak menyenangkan. Garam juga ada yang rasa pahit apabila kandungan magnesium lebih tinggi. Garam yang pahit itu lebih kuat kuasa untuk menutralkan asid yang menjadi ruang yang lebih mendedahkan kepada virus. Seperti mana cuka yang rasanya masam dengan warna jingga sebenarnya adalah kumpulan dari berbagai jenis garam. Oleh itu cuka juga dapat dijadikan sebagai ubat untuk menuetralkan gas dan asid yang ada di dalam perut. Oleh itu jika kita tidak pasti penyakit kita datang dari sifat asid atau alkali maka serahkan pada garam dan gula bagi mengimbangi secara seimbang atau neutral.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia