ILMIAH CVT MALAYSIA

June 24, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله


Kata-kata perintah lebih hebat dari semata-mata doa meminta dan mengharap. Adakalanya kita harus menggunakan keajaiban kata-kata perintah atas kemahuan dari kita. Dahsyatnya kata-kata yang diucapkan dan dilafazkan. Kemunculan rasa belas dan simpati yang mendalam. Itulah keajaiban. Kemurahan hati yang muncul rasa simpati  yang luhur. Jiwa yang bersih dan suci murni perlu ada untuk menjadi perawat sejati. Kita ada kuasa yang diberi oleh tuhan. Mengusir kejahatan iblis dan kembalikan tahap kesedaran diri seseorang untuk kembali tenang. Senjata kata-kata yang menyatakan sesuatu. Memberi terang menggantikan cahaya kegelapan yang jahat.  Tidak perlu ilmu pengetahuan untuk mendapat kuasa ajaib ini. Tetapi ia muncul bersama dalam rasa kasih tercetus secara tiba-tiba apabila berhadapan dengan pesakit yang menyerah kerana Allaah. Sebab di luar sana banyak perawat yang hebat tetapi di belakang mereka ada kuasa jahat dari sang iblis. Iblis mengusir iblis dan akhirnya pesakit sudah bersama dengan makhluk ini dalam tidak kita sedari pesakit tidak menyedari sudah mempertaruhkan jiwanya kepada sang iblis.  Semua itu tidak akan  berakhir  disitu malah itu adalah detik permulaan kita akan dikuasai. Memang penyakit yang kita alami sembuh tetapi sebenarnya ada penyakit yang lebih buruk untuk membawa kita ke neraka.  Banyak tanda untuk kenal perawat yang bersekutu dengan sang iblis. Sebagai contoh perawat dukun meminta nama ibu. Ada yang memberi bungkusan kecil barangan untuk disimpan atau ditanam. Ada yang meminta emas sebagai persembahan menggantikan haiwan untuk disembelih. Ada yang meminta mengamalkan zikir-zikir tertentu yang terselit didalamnya dengan perjanjian syaitan antara kita dengan pendukun sihir itu. Semua ini perlu di jauhi.. Tidak kira siapa dia. 

Mungkin ada yang bertaraf pak kiai atau ustaz yang melakukan cara rawatan perdukunan. Paling mudah untuk kenal adalah membuat tilikan dengan mulut berkumat kamit membaca ayat-ayat Al-Quran dengan menyelitkan bacaan yang menyekutukan Allaah demi memohon pertolongan iblis. Semua ini diturunkan dan  boleh dipelajari. Perawat syirik ini akan menceritakan latar  belakang punca penyakit dari seseorang. Semua di dengar logik akal dan kita pasti jatuh percaya asalkan penyakit kita sembuh. Wal hal penyakit lain yang datang dan akhirnya kita akan menjadi pelanggan tetap kepada pak ustaz pendukun itu. Rumah tangga akan pasti renggang kepanasan kerana itu adalah asas sasaran yang akan ditanggung oleh pesakit. Kita harus sentiasa bersyukur kerana belajar merawat dengan mensucikan jiwa kita dan jiwa pesakit. Kita akan rasa satu nikmat tenaga quantum yang mendamaikan selepas dapat menyembuhkan seseorang. Berkata dengan yakin dan jelas bahawa Allaah akan menyembuhkan kamu kepada diri pesakit. Kuasa tangan yang menyentuh yang mampu menurunkan suhu panas pesakit yang demam.  Pesakit yang lumpuh mesti disuruh berdiri tanpa ragu. Berdirilah. Yang terbaring lama sebab lumpuh mesti didudukkan. Dan peganglah tangan pesakit dengan penuh kasih.  Kepda pengamal CVT yang memiliki keistimewaan merawat dengan kuasa Allaah sebagai kuasa penyembuh yang sejati dan perlu melaluinya dengan banyak bersyukur. Jika ada sumbangan maka pindahkan persepuluh sumbangan itu kepada orang yang susah dan lihatlah keajaiban penyembuhan akan berlaku dalam tempoh yang cepat. Itu bukti nyata kurniaan Allaah kepada diri kita yang disucikan. Itu bukti nyata kita adalah yang terpilih untuk layak memasuki  SYURGANYA. Jadilah kita insan terpilih atas pilihan kita sendiri. Janganlah kita memilih ketetapan yang buruk. Sebab Allaah sudah memberi pesan agar kita merawat diri dan menjadi perawat murni. 

Kita perlu lakukan satu usaha dan kerja yang paling Allaah SUKA iaitu menjadi perawat suci yang sejati kerana penyembuhan itu akan datang dari Allaah menerusi diri kita. Itu sebenarnya satu penyucian diri agar kita dekat dengan Allaah. Kemuliian yang seterusnya adalah bersedekah dengan segala kemampuan yang ada. Sesungguhnya rahmat Allaah lah  yang akan menyelamatkan kita. Pengamal yang sentiasa sibuk dan melihat kebesaran kekuasaan Allaah dihadapan matanya. Kemampuan mengusir roh-roh jahat dan gangguan iblis dengan hanya mengeluarkan perintah yang ringkas tetapi bersahaja iaitu KELUARLAH!!!.  Begitu ramai yang dipulihkan hanya dalam satu malam. Semua ini harus diuji. Roh suci dan jiwa kita harus diuji selalu. Itulah ujian kerohanian yang perlu kita amalkan selalu agar api neraka tidak akan membakar kita. Jadilah manusia yang amat berguna. Dengan diiringi formula getaran cahaya, warna dan bunyi yang menjadi perantaranya. Teknologiyang Allaah kurniaakan kepada kita sangat canggih dan sentiasa moden sesuai dengan zamannya. Yang kuno dan ketinggalan zaman dengan jampi serapah itu sebenarnya ada muslihat yang sangat nyata dan menyesatkan.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia