ILMIAH CVT MALAYSIA

June 9, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله

Amalan sunnah secubit garam secara saintifik. Darah yang berasid kerana kekurangan garam. Darah yang tidak cukup oksigen kerana kekurangan garam. Aliran darah terhambat dengan tekanan darah yang lemah juga kerana kekurangan garam. Hari ini semakin banyak penyakit terjadi yang disahkan kerana kekurangan garam. Garam dengan mudah memecahkan gas dalam darah yang berasid. GARAM PENEUTRAL RACUN PALING BERKESAN DALAM KES KECEMASAN. Hanya garam pengubah gula paling cepat untuk ditukar menjadi tenaga bagi kes kronik diabetis. Garam menguatkan buah pinggang dan kalenjar adrenal untuk lebih cekap dan pantas menghadapi kepanikan, melatah, Parkinson dan artmizer adalah berkaitan dengan buah pinggang yang kurang garam. Senaman mengeliat yang paling mudah untuk dilakukan akan menguatkan buah pinggang dan akan melancarkan aliran darah. Dan menghilangkan rasa lenguh dan kebas jika cukup garam. Jika tidak cukup garam otot akan menjadi kejang dan ini boleh membuat tisu otot cedera. Garam dalam frekuensi  biru yang bergetar menghasilkan bunyi atau suara sepertimana petua meletakkan nila pada leher yang menghidap serangan virus seperti penyakit begok yang sesuai pada bahagian dibawah leher. Tiriod dan garam dengan frekuensi kotak suara. Garam dan metabolisma untuk menurunkan berat badan. Garam dan stamina lebih cepat dari isotonik. Kurang garam otot dengan mudah kejang dan kematian mengejut serangan otot mati pada jantung. Garam ada dua sifat yang baik dengan ais dan sifat jahat dengan sesuatu yang panas. 

Sifat garam pada rahsia kesabaran. Garam melahap rakus oksigen ketika marah. Gastrik dan kematian mengejut pada serangan jantung akibat perut kosong namun jika amalan minum air garam dan ais pada awal pagi sungguh pasti kejadian bahaya ini dapat dielakkan. Jelas sekali bahawa perut kosong tanpa garam akan melepaskan dan mengeluarkan gas apabila tubuh bekerja keras ketika  terdedah pada cahaya  matahari. Garam dan kecekapan sistem saraf pada otak untuk menghantar impuls atau signal elektrik yang lebih cekap dengan pantas tanpa rintangan seumpama katod dan anod yang memberi lebih kuasa untuk mentol lampu lebih terang menyala apabila garam ditambah sebagai kondukter elektrik yang terbaik. Ternyata aura seseorang lebih terang dengan amalan ais dan garam jika dimulai pada awal pagi. Dengan syarat tubuh terdedah atau terpapar pada sinaran matahari. Permintaan doa dan hasrat lebih jelas seperti mulut masin apa yang dikata dan itu yang terkota. Begitulah hebatnya firman dan kata-kata Allaah apabila berkata JADI maka terjadilah segala penciptaan. Jadi begitu juga kita sebagai manusia harus berkata-kata baik dan benar dan dengan penuh yakin dan percaya. Kerana kata-kata itu juga akan menjadi doa. Oleh itu keluarkan suara ketika berdoa dan pastikan berada diruang yang terang. Akhir zaman garam akan kembali berharga lebih dari harga emas. Manusia akan menjadi kerdil kerana radiasi yang mengganggu tiriod dan metabolisma akibat garam menyusut seperti susutnya awan dan suhu panas global terus mendadak terjadi. Secara saintifiknya akhir zaman nanti  radiasi cahaya matahari yang terganggu akan juga mempengaruhi garam. Bermakna kerja fotosintesis untuk kesuburan segala tanaman juga akan terganggu. Oleh itu sayangilah  garam. 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia