ILMIAH CVT MALAYSIA

June 24, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله

Fakta AIS vs GAS. Apabila berlaku kebengkakkan pada mana-mana anggota tubuh maka bahagian itu telah dimasuki angin. Gas atau angin yang masuk ke dalam darah akan mengembang dan berlaku bebanan yang lebih berat untuk mengganggu aliran darah. Oksigen akan disekat dengan kehadiran gas yang bersifat panas. Oleh itu ais adalah perangsang dan penstabil paling ajaib. Sistem saraf akan terhenti berfungsi jika aliran darah juga berhenti. Bahagian yang bengkak akan kebiruan tanda kekurangan oksigen. Oksigen akan meluru hadir apabila kawasan yang bengkak di tuam dengan ais. Begitu mudahnya mengembalikan kestabilan apabila berlaku situasi kecemasan seperti kecederaan. Tetapi jika TERAPI AIS dilakukan segera maka kawasan yang bengkak dapat dikecutkan dan memberi tekanan ke dalam dan ini akan mengurangkan pengembangan tekanan keluar. Hakikat gas yang ada pada bahagian yang bengkak akan menyekat aliran darah. Partikel di dalam ruang bergas akan menyebar ke semua arah. Maka akan hilang kestabilan. Ruang akan hilang bunyi yang bertekanan. Keadaan yang sama juga apabila kita berada pada ruang yang kurang udara segar maka kita akan mudah lemas dan mudah mengalami keletihan. Tekanan darah akan naik dan kita akan sakit kepala. Semua ini berkaitan ruang yang tidak dapat udara yang mengalir bebas.

Seperti apabila kita jatuh, telinga kita akan berdengung dan pendengaran akan terganggu. Tubuh hilang kestabilan dan tidak boleh berdiri. TERAPI AIS dengan aroma yang bergetar akan menstabilkan ruang. Pada kes begini pesakit sebaiknya didudukkan secara tegak. Tetapi kebiasaannya kita akan baringkan pesakit dan lebih bahaya jika kepala direndahkan. Faktanya partikel pada ruang bergas akan berserakan. Hampir tiada daya tarik menarik. Ruang bergas akan renggang menolak ke luar dan berlaku kebengkakkan. Ais akan mengecutkan dan memberi tekanan ke dalam dan ini akan meredakan tekanan yang kuat. Molekul ruang yang bergas tidak teratur dan berada saling berjauhan. Bentuknya berubah-ubah dengan volume juga berubah-ubah dan menekan ke segala arah. Gas akan mengambil alih tempat atau segala ruang dan ini merugikan energi asal yang pasti akan tersingkir. Gas akan mengganggu sistem saraf pada otak dan ini membuat kerja otak perlahan. Kita akan menjadi pelupa dan was-was. Penyakit SAWAN berkaitan gas beracun yang panas menyerang otak. Tuam ais di kepala akan segera  meredakan gejala kekejangan ini. Tugas kita mengembalikan kestabilan ruang secara semulajadi. Begitulah sifat panas dan gas. Iblis relatif dengan benda panas dan ruang yang bergas. Moga pengamal CVT terus menghayati dan mengamalkan TERAPI AIS secara konsisten.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia