ILMIAH CVT MALAYSIA

July 21, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

CVT dalam bidang  merawat dan mengubati. Tetapi dimanakah ubatnya??. Ubat bermakna ada bahan kimia tertentu berupa dadah dan bahan aktif. Jika kita sudah jatuh sakit maka ubat diperlukan bagi merawat simptom pada penyakit itu. Untuk mencegah dan mempertahankan setelah sembuh maka kita terpaksa beralih kepada keperluan vitamin dan mineral juga protein. Bermakna kita tidak boleh lari dari mengambil pemakanan tambahan atau supplement pelengkap. Alasannya adalah apapun penyakit akan terjadi kerana punca kekurangan zat. Tetapi dalam dunia mewah dan moden ini kebanyakkan adalah kerana terlebih zat. Punca utamanya adalah kerana  zat tidak dapat bertukar menjadi tenaga kerana kelemahan sistem metabolisma atau kemungkinan besar yang mengambil  supplement sintetik yang berat cara proses dari pengilangnya. Selain produk CVT saya juga sangat yakin dan mencadangkan  produk AMWAY kerana penyediaan bahan zat halus dan ringan dari cara proses dalam makmal yang canggih dengan ujian klinikal yang telus. Maka supplement yang bersifat antioksidan diperlukan bagi meningkatkan metabolisma agar semua zat bertukar menjadi tenaga dan dapat mengelakkan zat menjadi toksik. Ubat jika tidak sakit kita tidak boleh ambil kerana akan ada kesan sampingan dalam jangka panjang. Ubat sebagai bahan asing akan menjejaskan kesihatan buah pinggang. Jika kita tidak mahir untuk merawat diri sendiri maka kita akan selalu ke klinik untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat.  Wal hal apa yang kita hadapi seperti migrain atau sakit ketika menstrual, deman, selesema dan batuk berkahak itu adalah perkara yang amat biasa atau normal yang hanya memerlukan rawatan dengan makanan kesihatan. Makanan kesihatan akan mencegah dan memelihara juga mengawal agar tubuh tidak begitu mudah untuk menghadapi ketidakselesaan apapun. Tetapi kerana kurangnya ilmu merawat diri maka kita akan panik dan menyerah bulat-bulat pada doktor. 

Di negara maju orang awam merawat diri sendiri bagi gejala deman yang biasa ini. Di dalam CVT kita ada supplement  iaitu klorofil yang mengandungi mineral dan vitamin sebagai asas keperluan untuk darah. Darah sihat maka semua akan sihat. Kita tidak bijak jika terus menuju merawat mana-mana organ dalam matrik yang besar. Matrik 1  asas darah harus di rawat terlebih dahulu. Tetapi kenapa dalam supplement klorofil dapat merawat berbagai penyakit kronik wal hal klorofil bukan ubat.  Rahsianya adalah terletak pada kelebihan pada klorofil yang dipertenagakan dengan gelombang dalam frekuensi darah. Semua adalah asas cahaya matahari dan bulan yang di rakam terus dari pengaruh getaran warna pada berbagai jenis bunga-bungaan. Signifikannya adalah frekuensi sel-sel tubuh pada organ-organ tertentu didapati sama dengan frekuensi bunga-bungaan dan tumbuhan floral secara semulajadi. Jadi asas merawat penyakit secara lebih selamat adalah mencari keseimbangan semulajadi sel-sel tubuh yang sakit. Akhirnya dengan supplement dan tanpa ubat kita berjaya merawat dan menyembuh dengan keistimewaan getaran tenaga ini. Yang lebih istimewa kita boleh ambil supplement ini sebelum sakit dan diambil pada bila-bila masa tetapi tetap perlukan dosis yang terkawal. Asas supplement yang aktif dan berkesan jika dimasukkan ke dalam air. Dengan kefahaman ini kita akan menjadi doktor merawat diri sendiri dengan bijaksana. Walaubagaimanapun supplement tidak boleh diiklankan sebagai ubat untuk merawat. Kerana ia bukan ubat. Namun pengalaman dan ilmiah ilmu gelombang dan tenaga menjadi kelebihannya.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia