ILMIAH CVT MALAYSIA

July 28, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengertian MASA. Masa itu adalah ukuran pada semua benda hidup. Sesuatu yang hidup itu ada masanya. Masa itu akan sampai waktunya. Masa akan datang tanpa menunggu. Masa akan terus berlalu dan tidak akan berulang kembali. Masa tidak menunggu kita. Akan sampai masanya dan itulah keserentakkannya. Biologi adalah sesuatu yang berkaitan benda hidup. Lawan masa adalah kematian. Masa datang dan pergi. Ada yang nampak masa dan mengejarnya sehingga ia menguasai masa. Ada yang tidak nampak masa namun masa itu tetap akan hadir apabila sampai waktunya. Masa itu adalah TAKDIR dan kita akan cuba  berusaha mengubah NASIB yang lebih baik. Tapi semua itu hanya boleh berlaku jika akal kita cerdas. Ada daya ketertarikan pada sel-sel otak menguasai masa sel-sel tubuh yang lain. Sel dan tenaga. Tenaga itu adalah masa. Energi itu adalah masa. Salah satu hasil proses masa yang boleh kita lihat adalah cahaya yang didalamnya menghasilkan warna. Hasil proses MASA pada matahari itu adalah fotosintesis. Bermakna CAHAYA MATAHARI itu sumber masa atau sumber energi. Tiada masa akan musnahlah kehidupan dan pincanglah semua sistem. Masa itu ada tenaga atau energi dan ia paling banyak pada makanan yang berasaskan karbohaidrat. Karbohaidrat akan menghasilkan gula ringkas yang amat perlu untuk kesihatan sel. Nyawa atau tenaga sebuah sel adalah pada GULA. Gula ringkas yang boleh diasingkan dan dipecahkan secara sintesis akan menjadi GLUKOSA. 

GLUKOSA adalah gula paling ringkas dan mudah mengubah atau mengurai protein dan lemak berat menjadi tenaga. Besarnya peranan gula ringkas atau GLUKOSA pada kesihatan tubuh. Tetapi hari ini kita sudah terdedah dengan gula berat atau gula yang diproses sehingga mengubah struktur atom gula itu sendiri. Gula pincang dan tidak lagi mampu mengubah dirinya menjadi tenaga. Begitu dahsyatnya kerosakan telah berlaku pada gula yang asalnya sihat dari berbagai jenis buah dan tumbuhan seperti pokok tebu. Secara komersial manusia itu sendiri yang merosakkan nilai gula dalam takrif MASA. Gula dalam minuman harian kita nampaknya sudah tidak memiliki masa. Gula menjadi mati dan mematikan sel dan itulah penyebab kanser. Sel mati dan itulah kanser. GLUKOSA secara semulajadi akan membawa oksigen. Oksigen tidak ada maka akan berlaku kematian. Sistem respirasi atau pernafasan pada dedaunan yang membuat makanan dalam kerja fotosintesis akan menyerap karbohaidrat dan menghasilkan oksigen. Oleh itu cahaya dan oksigen ada dalam MASA iaitu pada gula. Oleh itu janganlah menyalahkan gula. Jangan menfitnah gula. Janganlah kita bercakap dan memberi pendapat seperti kita tidak pernah belajar di sekolah mengenai apa itu karbohaidrat. Kita harus mencari penawar kehidupan dengan pengambilan gula yang terbaik iaitu GLUKOSA. Sel otak sihat kita akan sihat. Yang jelas GLUKOSA sangat mempengaruhi daya pada sel-sel otak. Tetapi kita tidak pernah mengamalkan GLUKOSA sebagai gula ringkas untuk mengubah racun toksid  dalam darah melalui pengaruh otak.

BERSAMBUNG...

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia