ILMIAH CVT MALAYSIA

July 29, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله

Takdir adalah sebuah ketetapan. Manakala nasib adalah satu keserentakkan apabila sampai masa atau waktunya. Kita tidak boleh mengubah takdir namun kita diberi akal fikiran untuk mengubah takdir menjadi nasib yang lebih baik. Sebenarnya semua itu sangat berkaitan dengan cahaya matahari sebagai satu ukuran MASA. MASA itu membawa satu kehidupan dalam berbagai peristiwa. Apabila kita sakit dan itu adalah episod satu peristiwa yang akan terjadi pada semua makhluk yang hidup atau yang bernyawa. Cahaya matahari tidak akan berguna atau tidak akan dapat menjalankan fungsinya tanpa dedaunan yang berwarna hijau. Kita tahu fungsi cahaya dan kerja fotosintesis yang menghasilkan makanan yang terbaik iaitu GLUKOSA. Tumbuhan dengan dedaunan hijau itu umpama paru-paru yang menjalankan sistem pernafasan kerana menghasilkan OKSIGEN. Bermakna apabila kita cukup gula iaitu GLUKOSA maka tubuh kita cukup OKSIGEN. Tubuh yang sihat akan melepaskan karbon dioksida dan mendapatkan oksigen. Semua itu berkaitan GLUKOSA iaitu karbohaidrat ringkas dan sederhana malah paling halus  untuk menghasilkan tenaga atau MASA. Bermakna sebelum kita bercakap mengenai khasiat zat seperti mineral dan vitamin atau protein dan lemak maka kita harus menyediakan tubuh dengan perkara paling asas iaitu GLUKOSA. GLUKOSA dan oksigen sangat larut dalam air sebagai pengubah segala zat yang lain. Mengawali GLUKOSA sebelum memulakan makanan yang berat adalah sesuatu yang harus dilakukan. 

Makanan dalam berbagai zat akan diubah menjadi tenaga. Semua mesti berubah menjadi tenaga. LEMAK yang lebih diperlukan untuk kumpulan SPIRITUAL(PUTIH). PROTEIN untuk kumpulan level MINDA(HIJAU) atau AKAL. VITAMIN DAN MINERAL untuk kumpulan level EMOSI(PINK). Manakala KARBOHAIDRAT lebih diperlukan untuk kumpulan level FIZIKAL (BIRU). Namun GLUKOSA adalah keperluan untuk semua level kumpulan. GLUKOSA adalah asas untuk menggerak aktif kerja sebuah sel. Tetapi kita terdedah dengan gula yang diproses bukan secara alami dan penuh beracun. Kita makan kuih muih pasti dengan gula yang tidak sihat. Kita minum dengan menggunakan gula yang tidak sihat. Cuba semak makanan bergula kita pada setiap masa. Kita harus mengakui bahawa kita tidak terlepas dan tidak dapat mengelakkan diri dari mengambil gula yang penuh beracun itu. Kita tidak pernah diberi nasihat secara ilmiah bahawa gula alami yang sihat dan menghidupkan sel adalah GLUKOSA. Rumus kimia GLUKOSA adalah C6H1206. Hasil terakhir dari cahaya matahari itu adalah GLUKOSA.  Saya ulangi dari karbohaidrat menjadi oksigen dan akhirnya adalah gula iaitu GLUKOSA. Orang level hijau iaitu orang minda yang memiliki kelebihan pada akal fikiran sangat peka pada keperluan GLUKOSA.  Sel otak pada level minda ini akan merangsang kerja hati, pankreas dan buah pinggang. Level minda dengan kerja pencernaan pada bahagian kuning di dalam sistem tubuh. Warna kuning itu simbolik tenaga. Warna kuning adalah simbolik cahaya atau warna paling terang. Terang cahaya hati pada level minda yang cepat belajar. Tetapi semua perlu ada gula alami iaitu GLUKOSA. 

Sebenarnya ada lebih 200 jenis penyakit kanser yang setiap individu boleh menghidapi satu jenis daripadanya. Bila sebut kanser bermakna kesihatan sel-sel tubuh terganggu. Sel-sel mati kerana kekurangan oksigen. Dan sebenarnya semua itu berkaitan gula. Ternyata  kita terdedah pada gula yang tidak sihat pada setiap masa. Jadi fikir-fikirkanlah agar kita tidak lagi dibohongi dengan pengertian gula yang memegang kunci rahsia MASA. Semoga pengamal dan seluruh warga CVT yang saya kasihi lebih jauh memiliki kefahaman pengertian tentang penyakit dan kesihatan yang sebenarnya sangat dipengaruhi pada khasiat gula iaitu GLUKOSA. Nasihat saya pada Hari Raya Aidiladha esok kawal makanan bergula. Beringat sebelum kena. Makanan berlemak esok akan bermula. Tetapi gula GLUKOSA tidak ada. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan moga semua beroleh sejahtera hendaknya bersama keluarga. Aameen.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia