ILMIAH CVT MALAYSIA

August 19, 2020

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


MANDIAN di bawah naungan CAHAYA BULAN PURNAMA. Cahaya adalah sebuah sumber energi. Energi untuk sebuah sel. Sel-sel pertumbuhan memerlukan energi. Dalam cahaya bulan ada energi foton. Jika matahari ada kesan gelombang elektrik maka cahaya bulan dalam fotonnya ada kekuatan daya magnatik. Gabungan kedua sifat cahaya matahari dan bulan menjadi daya dengan panjang gelombang elektromagnatik. Sifat cahaya itu ada kembarnya yang berpasangan. Keamatan cahaya matahari bersifat panas dan bulan bersifat sejuk bagi menjaga daya magnetiknya. Siapa yang mahukan hukum dalam daya ketertarikan maka akan mengambil kesempatan untuk terdedah lebih banyak dengan menyerap penuh cahaya bulan ketika berendam di dalam air. Jika kita terdedah pada cahaya matahari di waktu siang dalam tempoh lama maka akan merosakkan sel-sel tubuh pada kesan radiasi yang cukup kuat dan panas. Jika matahari ada kuantiti pada jumlah foton maka bulan ada kualiti yang lebih baik pada cahaya fotonnya. Tidak ada gunanya berkuantiti pada massa jika tidak berkualiti pada intinya. 


Bulan akan mempengaruhi sel-sel hormon untuk kesuburan manakala matahari lebih kepada pertumbuhan dan pembesaran. Pengaruh hormon dapat memberi semangat dan rasa tenang yang mendamaikan. Memberi banyak ilham dan idea untuk rangsangan otak kanan. Idea dan rezeki itulah yang amat berharga dalam membuka punca segala rezeki. Ada yang sudah malap dan tidak nampak jalan. Ada yang melalui liku dan jalan yang tidak lurus dalam membuat sesuatu yang semakin menyulitkan. Ada yang inginkan kesuburan dan kecantikkan. Buah-buahan dan bunga-bungaan adalah hasil pada pengaruh cahaya bulan. Dedaunan menjadi hijau dan berlangsung proses fotorespirasi lebih kepada pernafasan dan rangsangan otak kanan pada sebelah siangnya. Namun pada sebelah siang matahari akan memancarkan foton lebih kepada rangsangan otak kiri dalam kekuatan berfikir untuk memudahkan cara dan gaya dalam menguruskan kerja yang lebih praktikal. Selama ini ahli sains hanya mengkaji peranan pengaruh dibawah naungan cahaya matahari untuk pertumbuhan bagi tanaman. Tetapi kajian mengenai pengaruh naungan pada cahaya bulan tidak diambil peduli. Wal hal bulan begitu cantik untuk dilihat dan tidak merosakkan mata. Cahaya bulan tidak ada sinar uv yang merbahaya. Cahaya bulan akan terlihat dimana-mana kita berada diatas permukaan bumi pada lokasi yang berbeza akan tetap terlihat pada permukaan yang sama. Ada apa lagi pada bulan. Berdoalah yang baik-baik. Berdoalah dengan kata-kata pujian akan keberadaan dan kebesaran tuhan yang maha Esa. Apa yang kita doa akan memantulkan semula pada kita. Itulah pengaruh daya magnatik. Di bulan penuh dengan kawah-kawah yang signifikannya umpama radar dan parabola yang memantulkan gelombang yang terbit dari kata-kata berupa doa. 


Bermakna bulan layaknya seperti sebuah bluetooth satelit perhubungan dalam menjalankan sistem komunikasi untuk sebuah ruang di dalam alam semesta yang dihuni oleh semua makhluk ciptaanNYA. Bulan penyerap bunyi dan amat sunyi kerana sifatnya yang memantulkan bunyi  atau gema. Ambil peluang besar dengan promosi mandian di bulan ini. Buanglah segala radiasi buruk yang ada pada sekitar tubuh kita. Cantikkan aura kita agar kita lebih beruntung dan bernasib baik. Buanglah segala najis kekotoran yang membawa malang kerana kita adalah manusia makhluk tuhan yang paling tinggi darjat kemuliaannya yang juga memiliki kebesaran PENCIPTAANYA yang memiliki fungsi mengikut kehendakNYA. Dalam saat pendemik corona virus covid 19 ini kita harus bersedia dalam bidang perubatan yang bersifat bio. Bio itu adalah sesuatu yang hidup. Yang hidup perlu sumber energi. Kita nampaknya akan kembali kepada tuhan. Kita perlu kembali secara semulajadi dan alamiah. Nampaknya kita di dalam CVT sudah bersedia dengan lebih 23 tahun pengalaman untuk menghadapi dunia perubatan yang bersifat Bio. Cahaya bulan dan matahari ada sifat bio pada segala kehidupan. Cahaya bulan dan kalenjar pineal dalam menguatkan sistem kekebalan. Kita harus bersedia dengan cemerlang dengan menggunakan akal yang cerdas.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia