ILMIAH CVT MALAYSIA

September 2, 2020

 - ILMIAH CVTSB -


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Teori quantum dalam HDI sebenarnya adalah asas bagi teori partikel, elemen, atom dan inti atom. Teori quantum CVT tentang penawar pada skala-skala kecil atom dan intinya. Kembali pada quantum sebenarnya kembali dan berserah pada yang maha pencipta. HDI secara kimia dan fizik bersatu namun HDI sebenarnya mencari hukum fizik yang tertinggi iaitu teori quantum. Teori quantum dalam CVT yang menggunakan radiasi atau gelombang bunyi yang bersifat resonan sebenarnya hanya menunggu daya usaha atau ikhtiar yang sesuai dan untuk menemukan keserentakkan masa dan zat-zat yang membawa penyakit. Bukti quantum itu ada dengan energi yang luar biasa apabila diagnoss AK memberikan jawapan tepat tanpa batas. Diagnosis AK kembali pada quantum penyerahan total pada tubuh yang mengetahui titik-titik kelemahan. Menggunakan test kit formula lengkap NW dalam membuat diagnosis secara quantum yang tidak terbatas pada jarak dan masa malah melebihi kelajuan cahaya. Bebaskan diri dari logik akal untuk mentafsir energi dan penyakit kerana sesungguhnya di dalam ujian diagnosis AK kita sebenarnya menyerahkan diri dan kembali pada kekuasaan Allaah.  


Kita sakit kerana kecelaruan otak berfikir dalam banyak hal. Namun kita masih boleh sembuh kerana roh kita tetap tahu akan kebenaran yang hakiki. Pesakit akan sembuh jika akalnya di cetus untuk berfikir dan memikirkan keberadaanya melalui pengamatan, pemerhatian dan semua itu akan merangsangkan kerja sistem kelenjar untuk membuat ubat. Sesuatu yang bermula pada satu titik dan titik ada di dalam air dan tanpa melintasi ruang malah menembusi benda keras dan solid dalam kejadian yang tidak di jangka apatah di duga dalam keserentakkan waktu yang tidak di sangka-sangka. Alam ini sudah sangat tua namun di sisi tuhan alam ini sangat muda dan sungguh pada skala waktu manusia tiada apa yang terlambat. Sebab itu setiap penyakit wajib ada pasangan penawarnya seperti yang dijanjikan. Hampir semua MASSA berkumpul di inti atom. Sebab itu falsafah CVT percaya penawar perlu dalam skala kecil atom yang mampu menembusi ruang inti atom. Sifat jiwa yang suci dan murni dapat memandu arah kerja-kerja atom yang sama untuk tersusun bergabung membentuk molekul dalam satu senyawa kimia murni juga. Hanya pengamal CVT yang memahami dan menjiwai konsep ilmiah ini akan lebih berjaya. Pengamal yang merawat mesti berada di tahap spiritual quantum cemerlang. Kunci pengamal yang ada kekuatan spiritual quantum apabila sentiasa ingat dapat menjaga adab dan rasa syukur. 


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my