ILMIAH CVT MALAYSIA

September 4, 2020

 

*- ILMIAH CVTSB -*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

*Misteri rahsia alam semesta pada angka-angka 3, 6, 9*. Jika kita ingin melihat sudut ilmu yang tertinggi maka kita harus melihat dan berfikir pada perspektif *ENERGI*.  *ENERGI* ada vibrasi atau getaran. Sumber energi yang bermula dari cahaya dan bertukar menjadi warna-warna. Dalam warna ada getaran bunyi atau resonansi. Dan semua itu tidak boleh lari dari nilai yang ada angka-angka. Nilai yang ada frekuensi dan berhubungan dengan segala bentuk. Bentuk lingkaran 360 darjah sebuah hamparan bumi umpamanya yang berhubungan dengan sistem perbintangan. Segalanya akan kembali kepada angka kemuncak iaitu 9. Warna kemuncak adalah putih pada matrik 9. Warna hijau yang menguasai keimanan juga yang menguasai jiwa iaitu jantung dan paru-paru pada angka atau matrik 8 hijau.   Apabila energi pada hijau lemah maka energi akan berpindah terus ke  bahagian tertinggi akhir hayat yang menguasai *ROH*. Jagalah jiwa kerana disitu ada perasaan. Selagi ada perasaan atau nafsu maka jantung kita akan terus bergetar. Perasaan itu dapat dirasai rasa. Perasaan itu akan dibendung dengan rasa kasih dan sayang. Sebab itu cahaya pertama menguasai rasa pada jiwa adalah *KASIH*. Namun kasih yang benar hanyalah pada Allaah dan setidaknya sesama makhluk masih ada rasa simpati, kasihan dan timbang rasa. Semua itu ada frekuensi dan angka-angka.

 

Kasih yang menguasai jiwa atau perasaan. Kasih pada matrik 2 dan 3 merah jambu dan violet. 2 dan 3 apabila bergabung dalam sifat kasih sayang akan melahirkan keturunan atau anak dalam simbolik matrik 4. Matrik 4 dalam warna jingga yang bersifat bersih. Warna jingga yang bersih atau juga boleh jadi kotor. Jika bersih akan menjadi anak yang penuh cahaya untuk menerangi alam. Namun angka energi atau *NYAWA* adalah matrik 7 kuning. Warna paling terang yang layak menjadi sumber energi iaitu cahaya matahari. Antara nyawa dan *ROH* sesuatu yang berbeza. Energi atau nyawa atau tenaga yang berpusat pada bahagian perut yang menghadamkan zat-zat didalam makanan. Semua ini bukan kebetulan. Kita dikelilingi energi angka-angka. Dunia misteri dengan nilai angka-angka. Semua tersimpan pada rahsia firman Allaah yang tersembunyi nilai yang tidak akan terhapus apatah lagi tidak akan dapat dimusnahkan. Perhitungan atau pembahagian yang akan kembali kepada angka 9. Jangan mulakan hidup diawal pagi dengan kemarahan kerana itu tiada nilai dan merugikan. Bermulalah dengan kasih sayang. Rezeki dan segala benda akan ada daya ketertarikan disitu. Pujilah dan kagumi segala sesuatu kerana itu akan ada sifat yang memantul kembali kepada diri kita sendiri. Jauhi sifat-sifat pembiasan seperti pelangi yang banyak misteri kecelakaan dan kehampaan.  *Semua ini akan diberi pencerahan didalam kelas lanjutan CVT akan datang.*

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my