ILMIAH CVT MALAYSIA

October 13, 2020

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


CVT dan falsafah pendidikan ilmu kesihatan. Hati yang murni dan ikhlas adalah penawar atau ubat yang paling mujarab. Kepada pesakit dan perawat perlu ada sifat ini. Tetapi jika semangat yang patah akan mengeringkan kekuatan tulang-tulang. Tiada lagi kecekalan dan ketabahan. Makan dan minumlah dengan perasaan senang hati.  Ketika susah hati makanan akan bertukar menjadi racun yang memburukkan kesihatan. Menfitnah akan mematikan akal. Sikap rajin dan ringan tangan akan menjaga kesihatan fizikal.  Falsafah ilmu pendidikan kesihatan  di dalam CVT menyelidik asas segala benda tentang alam yang maujud dan bertujuan mencari hakikat yang sebenar. Kita perlu berfikir secara mendalam, sistematik radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran. Falsafah di dalam CVT mengkaji kajian itu sendiri. Method atau kaedah diagnosis AK yang digunakan mengesan penyakit melalui getaran energi yang bersifat hakiki dan tiada unsur keraguan. Berserah diri secara total pada kuasa rohani yang bebas dari akal fikiran biasa. Juga dapat mengelakkan tekaan menjadi ramalan dalam mengesahkan penyakit. Kerana semua itu akan menghadirkan syaitan untuk lebih merumitkan. Diagnos PRIME ENERGI adalah satu ilmu mencari hakikat kebenaran mengenai tentang jati diri. Kandungan ilmu dalam falsafah CVT sentiasa dalam proses pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan. Tidak ada fakta ilmiah yang dibatalkan melainkan  ditambah ubtuk saling melengkapkan. Jati diri akan memberi pengertian tentang cara hidup ajaran moral dan etika yang berguna dalam kehidupan. Bermakna semua memerlukan ilmu untuk pencapaian yang lebih mudah. 


Sehingga setakat ini setelah saya mendiagnos PRIME ENERGY lebih dari 50 warga CVT dengan membuka jelas rahsia diri mengenai punca kenapa kita sakit. Sungguh mempersonakan. Benar-benar ia adalah satu rahsia diri  yang perlu kita ketahui. Seumur hidup kita akan melalui satu perjalanan yang jauh menuju ujian penuh ranjau dalam dunia penuh tipu daya. Tanpa daya tenaga jati diri maka  Iblis mudah menyesatkan kita. Kita perlu tahu siapa diri kita. Apa kelemahan kita dan apa pula kelebihan dan keistimewaan yang tersimpan dalam diri kita. Duduk dalam ruang yang sama. Di situ ada keburukan dan disitulah jugalah ada jalan keluar untuk mencari keselamatan. Ikhtiar kita perlu dengan sandaran ilmu yang diterjemahkan secara falsafah agar lebih mudah dimengerti. Diagnosis daya energi tertinggi yang perlu kita tambah tenaga. Secara umum semua adalah berkaitan mengenai TENAGA yang menguasai ruang. Semua boleh ditukar bentuk. Semua yang buruk boleh kita alihkan atau pindahkan bagi mengambil semula ruang asal yang sudah dicerobohi oleh benda asing tanpa izin. Cintailah kebijaksanaan. Jasmani yang kuat akan memurnikan  akal. Akal yang membuat diri lebih ikhlas dapat  mendidik jiwa. Jiwa yang damai akan mensucikan rohani. Falsafah cuba memberi jawapan secara spekulatif, rasional dan  emperikal namun tetap adakalanya tidak menyakinkan maka timbullah peranan agama untuk memberikan jawapan secara pasti. Kebenaran dalam diagnosis PRIME ENERGY  akan  ada nilai yang tersendiri. Pengamal CVT yang tekun dan berjaya adalah satu anugerah Allaah jua.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com
YOUTUBE : cvt malaysia