ILMIAH CVT MALAYSIA

October 15, 2020

 -ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


GLUKOSA adalah gula supplement energi sekaligus menjadi pemakanan kesihatan yang diiktiraf oleh WHO. Gula yang terbaik yang dihasilkan oleh cahaya matahari. Bermakna jelas secara semulajadi ciptaan tuhan yang maha kuasa. Berbeza jauh dengan fruktosa iaitu gula yang terdapat dalam bentuk jus untuk dijadikan sirap pada berbagai minuman ringan yang amat bahaya. Gula rasanya memang sama tapi tidak serupa. GLUKOSA seumpama kita mengambil gula dari madu. Kerana kandungan madu itu adalah GLUKOSA iaitu gula ringkas dan sederhana. Lebih ringkas dan sederhana bermakna lebih mudah mengubah dirinya menjadi tenaga tanpa meninggalkan sisa dalam darah. Lebih mudah GLUKOSA menjalankan kerja metabolisma memecah lemak kolestrol dan protein secara efektif. Tetapi setiap hari kita sudah terperangkap dengan pengambilan fruktosa secara tidak asli dalam bentuk jus buah-buahan yang ditinkan atau dibotolkan secara komersial. Kandungan gula sangat tinggi dalam jus minuman buah-buahan kerana untuk memanjangkan tempoh ketahanannya. Bermakna rasa jus buah-buahan yang ditinkan akan terlalu manis. Sirap gula buah fruktosa menjadi racun dan sekaligus radikal bebas penyebab segala jenis kanser. Umpamanya kita memberi anak-anak dengan minuman RIBENA  perasa anggur. Sebenarnya kita mengambil penuh risiko kerana zat yang kosong dan kalori untuk tenaga juga tidak ada. Itulah minuman gimik yang amat tidak sihat. Kesedaran mengenai ini dalam masyarakat dunia amat rendah kerana kita tidak diberi pengetahuan  mengenainya. Yang untung syarikat-syarikat yang hanya bersifat komersial. Wal hal gula secara semulajadi tidak tahan lama untuk kerja metabolisma. Gula secara semulajadi akan memusnahkan dirinya untuk mengubah zat menjadi tenaga. Itulah sifat gula paling cepat mengubah sesuatu zat. Jika tidak gula akan tersisa dalam darah dan ini amat bahaya. 


Gula dalam buah pisang dan buah naga amat berat kerana terlalu banyak zat dan serat yang amat tinggi dan akan menambah kesan uruk asid dalam darah penyebab gout. Ini sangat bertentangan sifat gula yang baik mesti sederhana dan ringkas seperti mana buah timun. GLUKOSA asli secara semulajadi mengandungi kalsium dan vitamin D dan ini sangat efektif untuk kesihatan otot dan tulang dan dapat mengelakkan dari terkena gout. Yang kita sangka selama ini gout berpunca dari makanan laut sahaja. Wal hal gula berat serat dalam buah pisang dan buah naga menjadi  punca angkaranya juga. Saya ulanginya kerana GLUKOSA adalah hasil dari fotosintesis cahaya matahari. Bermakna sekaligus GLUKOSA larut dalam air dan akan menghasilkan oksigen sepertimana sifat atom kimianya. Pendek kata syurga yang dijanjikan dengan makanan-makanan yang lazat dan pastilah GLUKOSA menjadi asasnya. Penghuni syurga sihat dan akan tenang dan damai. Sesuai dengan fungsi GLUKOSA untuk kesihatan sel. Damai itu datangnya dari hasil fruktosa buah-buahan seperti anggur segar yang akan merangsang kesihatan hormon para penghuninya. Konsep CVT amat jelas mengambil kesempatan dalam menggunakan serbuk GLUKOSA sebagai medium penghantar energi secara tepat melalui frekuensi frekuensi tertentu. Kita harus semakin moden dan ilmiah dalam menjalankan kerjaya perubatan sesuai dengan kebesaran dalam segala rahsia  PENCIPTAANNYA.  


Bersambung



Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia