ILMIAH CVT MALAYSIA

October 18, 2020

 

*- ILMIAH CVTSB -*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Falsafah Fizik Kuantum mengenai kajian tentang kehidupan dan kemanusiaan. Semua perkara tidak boleh lari dan terkecuali dari hal-hal yang berkaitan dengan gelombang. Sangat pasti semua yang ada disekeliling kita akan bermula dari asas tenaga yang pertama iaitu cahaya. Di dalam cahaya ada gelombang. Virus kuman atau apa sahaja ada tenaga yang semua berasaskan cahaya. Apa sahaja yang ada disekeliling kita samaada kita nampak atau tidak adalah bergantung pada cahaya. Kekuatan *IMUNISASI* kita sangat bergantung pada cahaya akal fikiran kita. Apabila kita diberi rasa takut secara konsisten maka itu akan menjatuhkan sistem imun. Apabila kita berani tidak menentu maka jatuh tahap bodoh seperti mana rakyat di negara US menghadapi pendemik covid 19. Mereka melawan hukum alam yang penuh tenaga. Setiap kejadian atau apa sahaja peristiwa berkaitan tenaga. Sebenarnya diri kita dan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kita saling berkaitan. Jika disekeliling kita penuh dengan manusia yang bertindak bodoh maka kita akan tetap mendapat bodoh yang sama. Itulah malapetaka dan kecelakaan yang membuat kita terdedah dengan gelombang yang buruk. Hukum gelombang yang ada didalam diri kita sebagai biologi kuantum berkaitan atom dan sub atom yang disusun dari molekul-molekul sangat bergantung pada watak dan perilaku kita sendiri. Semua akan berbalik pada diri kita sendiri. Kita akan dihukum atas perlakuan kita sendiri.

 

Melanggar aturan hukum maka hukuman akan meluru mencari kita untuk memenuhi hukum keseimbangan. Semua ada takdir dan yang sudah ditetapkan secara pasti. Ketidakpastian dan kebarangkalian adalah menolak hukum takdir yang telah ada ketetapan dalam ketentuan Allaah. Oleh itu jagalah fikiran secara positif. Jagalah jiwa agar sentiasa ada kedamaian. Jagalah energi spiritual agar tinggi ketajaman mata ketiga untuk menguasai rasa.  Kita harus bersedia dengan hati terbuka untuk menghadapi pendemik virus covid 19 ini. Kita harus tepis atau biaskan frekuensi gelombang negatif virus ini. Kita tidak mahu berada dalam kotak hitam yang menyerap semua hal-hal negatif dan tidak mampu memantulkan semula frekuensi yang buruk. Kita harus ada cahaya *PRIME ENERGY* untuk membuat kita menjadi lebih berani dan bijaksana. Betulkan frekuensi diri kerana semua teknologi berkaitan gelombang. Dunia sudah mula sedar bahawa semua berkaitan gelombang. Virus juga boleh disebarkan dan menular melalui frekuensi didalam gelombang. Oleh itu kenali frekuensi diri yang *PASTI* melalui *PRIME ENERGY* bagi menguatkan sistem imun yang tersendiri. Mencegah dan merawat dengan hukum gelombang adalah sesuatu yang pasti. Ingat YA!!! Apa yang semua kita lalui adalah suatu  *KEPASTIAN*. Kita mungkin mampu membuat teknologi yang canggih. Namun virus juga sama naik dengan kepintarannya.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com