ILMIAH CVT MALAYSIA

November 13, 2020

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Nutrisi paling istimewa dan amat luar biasa mesti memenuhi zat lengkap dan menyeluruh. Zat itu selain lengkap dipastikan dapat bertindak cepat dalam jangka masa pendek. Kesan pertama mesti memberi tenaga dan kecerdasan. Tidak terlalu panas dan tidak mudah rosak apabila dipanaskan. Kerana kebanyakkan multi vitamin sangat sensitif dengan suhu panas dan perlu disediakan dalam bancuhan air sejuk sepertimana air mineral. Kecuali zat dasar yang ada dalam akar kayu umpamanya sesuai dipanaskan untuk dijadikan sup panas. Zat akan larut dengan kombinasi mineral dan vitamin. Kita tidak akan sihat jika hanya cukup mineral. Tidak dinafikan fungsi mineral amat besar dalam sistem tubuh walaupun jumlah yang diperlukan tubuh amat kecil sekitar 5 peratus. Mineral akan menyerap vitamin untuk masuk ke dalam usus. Bermakna tanpa vitamin, mineral tidak dapat bekerja. Bahasa mudah difahami mineral umpama bahan yang menghidupkan dan menyegarkan. Manakala vitamin umpama baja yang akan menyuburkan bagi tujuan mencantikkan. Tanpa mineral maka vitamin tidak dapat diolah untuk kerja hormon kecantikkan kulit umpamanya. Sel boleh hidup kerana cukup mineral. Vitamin D umpamanya hanya akan dibina didalam tubuh jika kita cukup terdedah pada cahaya matahari. Dengan teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi akan memberi kesan positif pengganti cahaya matahari. Penyakit seperti kanser adalah tanda sel-sel kekurangan vitamin. Dalam masa yang sama kita perlukan protein, karbohaidrat dan lemak juga serat. Pendek kata apa sahaja yang kita makan dalam sehari sudah ada semua zat ini. Tetapi kenapa kita masih kekurangan berbagai zat dan kita jatuh sakit. 


Bermakna asasnya yang perlu disemak adalah zat mineral dalam bentuk minuman harian kita yang sangat tercemar malah tidak sihat. Atas sebab itu saya cadangkan minuman yang kaya mineral iaitu klorofil perlu menggantikan mineral dalam air minuman kita. Selepas itu pastikan kita cukup vitamin dan pastilah multivitamin adalah pilihan yang bijak. Tetapi tahukah bahawa bijiran yang paling kaya dan lengkap dengan semua zat ini ada didalam habatussauda. Kandungan minyak yang murni dalam habatussauda kaya dengan mineral, vitamin, protein, karbohaidrat dan lemak. Pastikan kita dapat tenaga yang cepat apabila mengamalkan habatussauda dalam bentuk minyak atau bijirannya yang dihaluskan. Semua ini ada dalam pilihan kita dalam produk CVT yang berasaskan habatussauda iaitu DIAMOND BLACKSEED & GARLIC (BS) dan BASIC ENERGY (BE). Inilah zat paling lengkap yang tidak dapat ditandingi kurniaan dari TUHAN. Tanda paling jelas adalah pada warna bunganya yang berwarna putih, merah jambu, unggu muda. Sesuai dengan rakaman gelombang bagi menambah kesan tenaga yang juga diolah dalam penyediaan secara tradisonal yang dipertenagakan lagi. Habbatussauda yang  dipertenagakan dengan frekuensi cahaya matahari kuning akan mudah dicerna dan sekaligus diserap. Moga pengamal CVT jauh memiliki kefahaman zat dan nutrisi dengan kuasa zat yang dipertenagakan berkali ganda agar zat tepat dengan hala tuju agar tidak membebankan fungsi buah pinggang.


Dalam testimoni yang luar biasa mengenai vitamin dapat memulihkan rasa nyeri atau kesakitan pada bahagian sendi yang mengalami penyempitan urat-urat atau saluran darah menjadi kecut kerana kekurangan vitamin tertentu. Otot anjal dan gebu kerana fungsi vitamin. Bermakna urat yang terbenam dan sempit mampu disuburkan semula. Pilihan atau usaha yang pertama dan paling praktikal adalah urutan. Biasanya pesakit akan melakukan urutan tetapi masih tidak mengubah apa-apa. Urutan membantu jika berkaitan gas atau ada angin dalam aliran darah pada urat-urat tertentu. Jika urat yang tidak sihat dan terbenam jauh ke dalam celah-celah tulang sendi maka sebenarnya vitamin diperlukan. Oleh itu kita perlu kefahaman yang lebih jauh mengenai tanda dengan gejala ini. Setelah mengamalkan vitamin urat terbenam kembali pulih dan kesakitan dengan rasa nyeri hilang secara semulajadi. Kekurangan berbagai zat dan kita jatuh sakit. Pemusnah vitamin dan mineral dalam tubuh tubuh kita adalah makanan yang banyak radikal bebas. Vitamin C akan lenyap dalam tubuh apabila kita meminum minuman bergas umpamanya. Atau tanpa kita sedari yang suka makan kicap dan kita jatuh sakit. Atau minuman yang tinggi kandungan kafein seperti nescafe juga akan merosakkan kandungan Vitamin C dan vitamin yang lain. Oleh itu air yang kaya mineral dapat menolak keluar segala unsur kotor yang bertindak sebagai radikal bebas.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG: @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia