ILMIAH CVT MALAYSIA

November 16, 2020

 Assalammualaikum pn fana, minta pandangan Prof. Susu dari mikrob.

DR ZAITON ( SARAWAK ) 013-806 1171


-PENCERAHAN PROF NW-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Susu dari mikrob. Satu penemuan yang genius. Allaah suka hambanya yang bijaksana sebegini. Hanya perlu diuji kesan pada sistem fisiologi tubuh dalam masa jangka panjang. Ilmu itu perlu ikhlas. Tiada maksud berkepentingan dengan tujuan untuk ambil kesempatan. Pandangan peribadi saya ilmu mikrob tidaklah asing dalam pemakanan. Bakteria boleh sahaja menjadi penyumbang yang menguntungkan atau boleh sahaja merugikan. Membuat tapai juga guna mikrob. Membuat arak dari wine juga guna mikrob. Hanya bezanya disini mikrob diguna bagi tujuan menghasilkan susu dengan meniru dna susu itu sendiri. Menghasilkan susu organik yang didakwa bersih. Tapi nampak tidak sempurna kerana tiada fruktosa dan kolesterol, susu asli dari haiwan sempurna. Tidak boleh salahkan ciptaan tuhan dan nak samakan susu sintetik dari makmal ini, fruktose satu keperluan untuk menghadamkan kolesterol agar tidak menjadi lemak dihati. Kuncinya adalah dengan pengambilan yang sederhana. Tiada kolesterol bagaimana nak bina sel-sel baru. Semua itu anugerah yang tidak mungkin manusia dapat melakukannya. Nampaknya macam susu yang cacat atau tidak cukup sifat atau syarat. Masih banyak yang boleh diragukan. 


Mungkinkah manusia mampu membuat susu kambing yang sangat berkhasiat dan kaya kolesterol baik. Ada kolesterol yang baik  maka akan ada lemak yang baik. Fungsi hati akan bekerja dan hati sihat. Jika tidak hati akan kena penyakit herpatitis umpamanya. Fruktose adalah manisan semulajadi dari buah, sayur dan madu. Apakah itu yang harus kita takut. Keduanya iaitu fruktose dan lemak akan bertemu dihati. Maka fungsi hati akan meningkatkan kesihatan darah merah. Ini didakwa dengan jelas bahawa susu ini tiada kandungan zat penting ini. Nak lawan ALLAAH agaknya ni. Fruktose tidak akan meningkatkan paras gula jika diambil sederhana. Kita perlu sumber karbohaidrat ini untuk tenaga. Oleh itu kita harus bertenaga dengan melakukan senaman atau kerja berat bagi menggunaan tenaga yang dikeluarkan. Apakah kita ada melakukan senaman setiap hari. Dan kenapa nak lari dan salahkan fruktose. Fruktose adalah gula ringkas dan sederhana seperti juga glukose. Inilah zat pembakar lemak jika kita lakukan senaman. Kita selalu dikelirukan. Kita tidak bersenam dan salahkan kolesterol yang menimbunkan lemak dijantung. Ambil secara berhemah. Tetapi jika ada senaman ambil lebih pun tidak salah bagi mengembalikan tenaga yang telah dikeluarkan. 


Yang saya bimbang mikrob tetap suatu kumpulan bakteria yang boleh sahaja bertukar menjadi petogan yang membahaya sel dengan pembawaan jangkitan yang tidak diduga. Jika nampak gaya cara minum sampai melimpah keluar dari mulut itu seperti berlebih-lebihan dan tidak bahaya. Mikrob yang berlebihan dan sengaja dimasukkan kedalam tubuh akan tetap bahaya. Memang mikrob ini ada dimana-mana. Dalam usus kita paling banyak bakteria baik dan juga bakteria jahat. Takut terlebih yang jahat, susu masam yang asli sekalipun akan membuat perut, usus kecil dan usus besar akan terganggu dan tentunya susu seperti minuman yogurt ini tidak boleh disimpan dalam ruang terbuka dan tentu ada tarikh luput yang singkat. Apapun dalam dunia medis mikrob tetap sudah menyimpang dalam keadaan normal walaupun mikrob itu ada yang normal. Di bimbangi yang alah akan menimbulkan komplikasi multi efek menjadi bahan beracun dalam usus hingga terkena direa berat. Apapun kita tunggu dan lihat. Masih diragui atas beberapa alasan yang nampaknya promosi yang penuh gimik yang keterlaluan. Saya tidak suka apa-apa sahaja yang menafikan fruktose dan glucose. Rekacipta yang mengambil alih satu keperluan pasti akan mengurangkan satu kesempurnaan. Moga warga cvt lebih peka dan prihatin dan mahu berkongsi.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG: @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia