ILMIAH CVT MALAYSIA

November 11, 2020

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


NW dan fungsi resonansi yang menghasilkan getaran bunyi. Ilmu perubatan semakin canggih jika kita memahami teknologi gelombang bunyi. Sebenarnya segala sesuatu disekeliling kita adalah bunyi. Namun yang paling mempersonakan adalah NIAT apatah lagi lafaz kata-kata yang keluar dari mulut kita. Resonansi memiliki sifat warna. Warna itu juga energi. Sel-sel dalam tubuh kita memiliki frekuensi energi pada warna-warna tertentu. Pusat energi yang memiliki resonans yang menghasilkan bunyi adalah pada kotak suara. Ada rongga udara pada tulang halkum, Resonansi akan bergetar dan memantulkan semula gema pada sesuatu yang keras berongga dan memiliki udara. Itulah rahsia tulang. Tulang dikepala yang melindungi otak penuh ruang, udara, dan bunyi yang merambat diudara. Tulang-tulang kita akan menghasilkan bunyi. Tulang yang mengeluarkan bunyi tandanya energi dikawasan itu mengalami kebocoran dan itu satu kelemahan. Orang yang sudah tua tidak dapat lari dari masalah ini. Apabila tulang yang ditarik atau dibunyikan akan keluar gas dan rasa lega. Tetapi pada tulang yang sihat tidak begitu. Kesihatan Tiroid NW9 dalam matrik 5 akan memberi kesihatan tulang NW20 dalam matrik 6. Selepas tulang dibentuk semasa dalam janin lagi dan selepas itu barulah zat-zat lain diperlukan dalam proses pencernaan dalam matrik 7. Begitu indah susunan matrik dalam memahami sistem tubuh. 


Tulang halkum yang besar akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat, indah dan cemerlang dari segi sifat vocalnya. Sifat vocal akan menentukan gaya vocal seorang penyanyi umpamanya. Seorang penyanyi yang baik kerana mampu mengawal pernafasan agar udara cukup dibahagian halkum. Ruang resonansi pada pita suara yang sihat akan menghasilkan tulang yang sihat. Resonansi akan memantulkan satu persamaan bunyi dan ini akan berlaku secara berulang-ulang. Nampaknya doa juga jika mahu menghasilkan satu persamaan peristiwa yang telah ditetapkan perlu dilafazkan dengan penuh penghayatan secara berulang-ulang kali sehingga makbul. Beruntung pada mereka yang sudah berada dalam ruang resonansi. Ada yang duduk dalam ruang iaitu rumahnya tidak menghasilkan persamaan frekuensi bagi menghasilkan resonansi. Tidak beruntung jika ruang yang kita diami tidak memiliki resonansi atau bunyi memantul dalam mencari persamaan segala peristiwa yang bakal terjadi. Hari rabu dikaitkan dengan hari yang dominan atau terserlah banyak dengan peristiwa resonansi. Diseluruh dunia mengambil kesempatan melakukan mesyuarat atau perbincangan. Hari rabu adalah hari suara untuk berkomunikasi. Hari rabu adalah hari tengah. Matrik 5 adalah angka tengah. Warna biru adalah warna tengah. Bermakna resonansi bermula dititik tengah dan akan kembali berakhir dititik tengah. 


Titik tengah sangat bergetar. Duduklah diruang tengah kerana itu adalah ruang resonansi. Jika kita bertiga mengambil gambar maka siapa yang ditengah berada pada ruang resonansi. Tetapi banyak tahyul mengatakan ruang tengah membawa kematian seperti sial dan sebagainya. Itu bertentangan dengan sains. Kononnya siapa yang tidur ditengah-tengah juga akan diganggu syaitan. Daya tahan ruang yang paling beresonansi adalah dikepala. Sebab itu tulang tengkorak tidak boleh disimpan didalam rumah kerana itu akan menghasilkan resonansi buruk yang memecah. Ketika kita masuk dalam ruang mandian rendaman yang penuh air dengan diletakkan resonansi SEJUTA WAJAH maka itu adalah contoh ruang yang amat beresonansi. Dan itu bergantung pada gema orang yang sedang berendam. Jika berfikiran negatif maka akan dapat peristiwa negatif. Berdoalah dengan kekuatan fokus untuk sembuh. Ada elektron yang berbolak balik dalam air rendaman SEJUTA WAJAH. Hanya kita tidak mampu mendengar resonansi didalam air kecuali kita menyelamkan kepala dan seluruh tubuh didalam air. Bunyi pada gegendang telinga akan menghasilkan resonansi. Syaitan, jin dan iblis tidak mampu lagi menguasai ruang bergas dalam tubuh kita. Udara akan mengambi alih ruang dalam tubuh kita semasa terapi sejuk iaitu terapi ais yang sedang dilakukan. Rambatan bunyi dalam air adalah sumber bunyi paling cekap dan tepat menghasilkan resonansi. Air adalah medium perantara resonansi yang terbaik, cekap dan tepat. Apapun kita sebagai makhluk bersel yang dikatakan sebagai manusia dan menjadi khalifah didunia ini memiliki resonansi yang paling indah dan cemerlang. 


Saya ulangi iaitu resonansi adalah gelombang bunyi yang memantul semula dalam mencari persamaan dan memberi keseimbangan semula pada sel-sel dalaman tubuh. Ini adalah lebih rasional di era dunia semakin maju dengan teknologi. Formula yang sangat berkaitan dengan fakta ini adalah NW9, SW9 dan VOCAL MODULATOR.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG: @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia