ILMIAH CVT MALAYSIA

November 19, 2020

Assalamualaikum prof, tolong komen mesej ini. Tolong beritahu seluruh orang yang ada di sebelah kalian, setelah makan ketam jangan minum susu, juga tidak boleh makan pisang, bisa beracun, semestinya sudah ada di berita, ada anak yang belum sampai hospital sudah meninggal, tidak peduli atau sesibuk apapun harus memfoward pesan ini, tidak lebih dari seminit.


-PENCERAHAN PROF NW-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kesan akut negatif sebegitu rupa tidak syak lagi pada pisang. Pisang sebenarnya ada getah yang akan membuat perut kejang. Ibu mengandung makan pisang akan tambah sukar melahirkan pada kesan getah. Susu dan ketam kombinasi yang buruk untuk hati dan perut. Kesan pada hati berlemak. Lemak dan getah pisang akan membuat gumpalan ketulan sekaligus perut akan kejang dan sesak nafas. Jika BERIBU ENZIM ada mencukupi pasti ini dapat diurai dan dihancurkan. Kanak-kanak tidak cukup kuat untuk BERIBU ENZIM ini. Jika teori zat pisang macam bagus sangat laporannya. Tapi kesan teknikal pada getah pisang atau asid folik yang amat tinggi maka kesan seperti itu tadi seolah-olah lepas minum susu dan ketam atau lemak berat yang sejenisnya dan kita ambil alkohol sama seperti kesan makan pisang tadi. Yang sangat pasti gigi berlubang di kalangan kanak-kanak adalah kerana asid pisang. Tulang akan sangat lemah walaupun kalsium ada pada buah pisang namun tidak dapat diserap kerana diliputi getah atau asid pisang. Jika tulang patah juga sukar nak bercantum kuat kerana asid pisang. Pisang goreng dan pisang kerepek yang sudah dijemur masih selamat dimakan kerana sudah kurang dari asid getahnya. Jika makan pisang embun yang masak hijau sangat digalakkan. Pisang embun halus fiber dan kurang manis. Baik untuk cuci usus. Asid pisang sangat tidak baik untuk kesihatan usus besar. Usus besar jadi hitam bengkak dan mengecut. NW 19  perlu diambil pada yang sudah makan pisang yang banyak kerana itu adalah sebab utama kita sakit sekarang ini. 


Pisang sangat mengganggu kadar asid dalam darah. Kadar gula juga sangat tidak sihat pada pesakit kencing manis apatah lagi yang sudah tahap gangrene atau luka parah yang melepuh hingga mendapat jangkitan kerana darah yang tidak sihat. Pengaruh gula pada otak membuat kita terlalu kreatif tetapi negatif. Elakkan pada anak-anak kita selain agar tidak nakal. Pesakit gout juga sangat dilarang makan pisang. Pada sesiapa yang masih nak juga makan pisang maka saya cadangkan dimakan ketika bersukan atau ketika melakukan kerja berat secara fizikal dan waktu terbaik adalah sebelah siang ketika terkena panas cahaya  matahari. Moga tidak ada sisa-sisa zat kerana semua sudah ditukar menjadi tenaga. Sangat sia-sia makan pisang diwaktu malam  ketika bersantai. Pohon pisang ini akan kekal tumbuh walaupun keadaan dunia penuh radiasi dengan bahan aktif dari sisa nuklear sekalipun. Hasil buah tidak kira musim. Tumbuh dalam banyak jenis iklim yang pada kebanyakkan pokok tidak sesuai. Tanah jenis apa sekalipun tanpa baja.  Kenapa ia sangat kuat bertahan dan radiasi negatif. Jawapannya kerana pisang itu sendiri banyak radiasi yang negatif.

Memang benar pisang ada disebutkan sebagai buah ditaman syurga. Pisang juga buah yang akan kembali bersusun-susun banyak di hari kiamat nanti. Pendek kata pisang terlalu berzat. Zat berat yang tidak tertanggung oleh kesihatan tulang. Sebenarnya banyak pantang larang dari pohon yang menghasilkan buah pisang ini. Banyak berkaitan hal-hal pemujaan. Pisang ada aura negatif. Yang menaman pokok pisang dihadapan rumah dan itu sangat dilarang. Jika banyak tumbuh sendiri atau sengaja ditanam dibelakang rumah hanya akan mengundang makhluk halus yang mudah nampak dalam penjelmaan atau reinkarnasi. Kepercayaan kuno percaya ada dewa baik yang perlu dihormati dalam meraikan perayaan-perayaan besar jika tidak mahu mendapat kecelakaan dari berbagai gangguan. Sejarah pisang ini bukan tanaman asal bumi. Spesis buah yang tertua sama dengan zaman turunnya manusia pertama iaitu Nabi Adam. Tanaman yang begitu banyak di India. Lebih 700 lebih spesis pisang di India. Tanaman hutan yang banyak merata dan tumbuh sendiri tanpa baja. Selepas itu barulah pisang dikirimkan ke seluruh dunia untuk ditanam secara komersial. Pisang spesis moden yang kita makan sekarang ini berbeza dengan pisang hutan dengan berbagai bentuk dan warna. Ada yang berwarna merah dan hitam. Sebenarnya banyak lagi rahsia pisang yang tidak sesuai untuk dikongsikan. Takut berlaku salah faham bagi yang taksub dan penggemar pisang. Takut jadi satu fitnah pada saya. Biarlah saya menjadi orang pertama yang sangat serius tidak setuju dengan fakta teori zat pisang dengan riaksi kimia tubuh manusia. Saya juga menjadi orang pertama yang mencadangkan makan sayuran buah timun tanpa dosis. Timun mampu mencuci kekotoran darah haid pada wanita. Pisang vs timun.

Getah pisang sangat-sangat berasid apabila beriaksi dengan lemak tertentu mengikut alahan pada darah tertentu juga. Getah pisang sangat beracun. Jika terkena getah pisang susah untuk di bersihkan. Getah pisang sangat lekit dan kenyal. Banyak ibu mengandung secara teknikal amat sukar melahirkan kerana faktor kononnya baik untuk ibu hamil. Yang jelas getah pisang ini sangat mengganggu otak janin dalam proses pertumbuhannya. Sel-sel hati juga keras dan jaundis selepas kelahiran pada bayi sangat tinggi. Tindak balas gas yang di keluarkan akibat riaksi kalium yang sangat tinggi pada pisang yang boleh buat perut senak akibat tekanan yang amat kuat. Gas pisang ini boleh buat bahan letupan berkuasa tinggi juga. Hentikan sahaja makan pisang ini. Saya tidak akan pernah setuju dan tidak akan bagi peluang Ilmiah teori pisang menipu kita lagi. Pendek kata tok bomoh nak buang saka pun akan lepaskan ke pokok pisang dan akan berlaku letupan api di situ.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com