ILMIAH CVT MALAYSIA

November 17, 2020

 ARTIKEL : ASAL USUL KANSER DI RAHIM PERUT!!!


Kongsikan untuk para wanita (Bila lelaki yang terima tolong di hantar terus kepada wanita di sekitar anda).

Jangan minum air ais, air soda berkarbonat, dan air kelapa ketika haid kerana pori kepala sedang terbuka pada saat haid dan boleh menyebabkan sakit kepala. Sangat berbahaya kesan ini boleh di rasakan ketika muda dan ketika tua nanti.

Jangan makan timun ketika sedang haid kerana getah yang ada pada timun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.

Selain itu ketika sedang haid, tubuh tidak boleh terbentur, terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah dan rahim boleh terluka.

Kajian membuktikan minum ais ketika haid boleh menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim, setelah 5 - 10 tahun dapat menyebabkan “KISTA & KANSER RAHIM”.

Tolong sebarkan info ini kepada wanita sama ada ibu, isteri, anak perempuan kita, mahupun teman wanita, sebagai langkah berjaga-jaga.

Sayangi wanitamu. Indahnya berkongsi ilmu pengetahuan. Jangan putus pada anda sahaja ya. Melalui 1 kiriman saja mungkin anda sudah menyelamatkan seorang wanita, semoga bermanfaat bagi para wanita.


Sumber : LPK (Lembaga Penyuluhan Kanser)



☝☝☝☝

*Pencerahan dari Prof Dr Norhisham Wahab*


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Minum ais dengan timun itulah penawar kanser. Timun tiada dosis dan sesuai untuk semua level diri.  Malah waktu inilah timun akan bertindak mencuci keluar semua zat-zat kotor yang terperangkap dalam darah haid. Bila minum air suam hampir pada semua bahan unsur berat dan zat makanan beriaksi dalam tindak balas kimia yang lebih banyak mengundang kerosakkan sel. Tambahan pula darah amat berasid ketika haid dan air suam atau apa sahaja yang bersifat panas elakkan.  Kanser terjadi atas sebab zat pemakanan yang tidak sesuai dengan unsur tubuh. Secara individu, zat pemakanan tidak sama mengikut alahan zat-zat tertentu. Jauh sangat berkaitan dengan air ais. Air sejuk masuk sahaja didalam perut terus menjadi panas apatah lagi pada perut yang sudah panas menyebabkan ulser pada dinding perut. Jika makan buah yang amat masam sangat tidak digalakkan dengan air suam. Dengan mudah sahaja dinding perut mengalami luka. Asid hidroklorik cair yang secara semulajadi ada dalam perut dapat di kawal kesan negatifnya bila minum air dingin tambahan pula ketika haid. *Adakah ini bermakna kita boleh minum ais ketika haid & nifas?* Sebenarnya boleh. Hanya tidak sesuai jika diminum secara banyak dalam sekali minum dan ganggu perut yang panas. Minum secara sikit-sikit digalakkan sebagai terapi pengimbang asid. Ais diamalkan ketika sihat dan dapat merawat darah dari tercemar namun darah kotor seperti haid memang semulajadi tubuh akan menolak keluar untuk pembersihan. Sifat ais sebagai merawat darah boleh merencatkan pengeluaran darah kotor adalah tidak berasas dan secara sains belum dapat dibuktikan. Sama juga dengan minum air garam bersama ais akan mengaktifkan zat besi dan darah lebih lancar kerana banyak oksigen. Bermakna sengugut dapat dikurangkan dan darah kotor juga dengan lancarnya keluar habis. Namun haid satu keuzuran itu bukan satu penyakit. Haid adalah satu keuzuran dan ketika uzur yang bukan penyakit. Hakikatnya ais adalah merawat penyakit sahaja dan amalan ketika sihat. Ais dan air kelapa bersifat merawat. Jangan salah faham dengan kenyataan ini. Tidak ada istilah darah terlekat minum ais di mana-mana bahagian. Tapi darah beriaksi menjadi toksik bila kita minum air suam dan makan makanan yang panas. Vitamin C yang terlalu tinggi amat bersifat panas dan itu mengundang kanser dan ketumbuhan dan bermacam lagi gejala yang buruk. Sebab itu herba-herba semasa dalam pantang selepas melahirkan yang bersifat panas andai kata jika terlebih dosis pun juga mengundang kanser.


Air sejuk pasti masih hidup dan segar dengan sifat-sifat kandungan air yang stabil dan seimbang. Jika nak didoakan pun akan akur menyusun hablur air dengan bentuk Kristal-kristal yang ada resonans dan menghidupkan. Tidak mungkin mematikan. Air suam adalah air mati. Dan inilah musuh pembunuh senyap paling efektif dan agresif pada sel-sel darah dan menyerang sampai pada sel-sel dna mempercepatkan terjadinya penyakit. Apapun air suam tidak ada satu kebaikkan dalam semua perkara bila di minum. Malah amat banyak dan sentiasa ada keburukan jangka pendek atau jangka panjang. Melainkan minum air panas ketika keadaan cuaca amat sejuk. Namun mesti ada bahan seperti kopi, milo atau teh. Air suam kosong sangat tidak dibenarkan juga kerana melanggar fitrah air. *Jadi fikirkan* Apakah mesej itu ikhlas atau tidak sebenarnya sangat tidak berilmiah dan tidak Nampak keikhlasan. Bila tak ikhlas muncul hakikat yang salah. Atau memang tidak tahu apa yang dia cakap ikut rasa. Jika dulu saya benarkan hanya sekadar cuba bertolak ansur. Namun hakikatnya darah haid yang kotor banyak asid dengan mudah sahaja air panas atau suam beriaksi membancuh asid  menjadi lebih bersifat racun yang terbeban. Sebab itu makin ramai yang kena kanser rahim dan komplikasi negatif pada bahagian kesuburan.  Namun minum air sejuk perlahan-lahan ya ketika haid dan baik untuk rawat sengugut akibat asid yang bertimbun pada bahagian itu. Pendek kata siapa sahaja yang kata akan bermasalah ketika minum air sejuk bermakna tubuh dia sudah ada penyakit yang bermula dari perut. Begitu juga yang bermasalah apabila mndapat berbagai  alahan apabila memakan timun. Timun itulah pencuci toksik yang semulajadi. Namun orang akan takut meneruskan apabila berhadapan dengan alahan yang bersifat sementara dan baik dengan sendirinya .


Secara sains kita jawab begini. Cuka umpamanya ada rasa masam namun bila masuk ke dalam perut akan bersifat alkali purple. Dan itu rahsia sunnah pada cuka. Kononnya cuka juga bahaya mengikut mereka. Makan pisang dengan banyak ketika mengandung amat bahaya dan akan ada rasa seperti terbakar di perut. Dan itu juga di galakkan pada pandangan mereka. Kesan asid pada pisang menyebabkan esofagus mengalami kejang dan terbuka dan inilah punca pedih hulu hati. Asid akan naik semula ke tekak dan rasa masam dan pahit akan mencemarkan air liur dan deria selera pada air liur juga menjadi berasid. Kesan asid berlebihan lebih mudah di neutralkan dengan baking soda jika di minum dengan air secara perlahan lahan. Ubat gastrik banyak membantu kerana ada baking soda ini. Segala ubatan kimia seperti antibiotik dan lain-lain akan bertukar menjadi asid. Dan itulah punca sebenar kanser wujudnya benda asing dalam tubuh. Begitu juga dengan halia yang akan memecah asid dan mencairkannya. Sama seperti air sejuk akan mencairkan asid pekat berlebihan akibat merokok dan makan berlebihan secara konsisten dan tidak sesuai. Ph dalam perut bersifat asid berwarna merah. Jadi air yang bersifat alkali purple seperti air zam-zam dalam keadaan sejuk amat diperlukan. Tidak tergamak kita memasak dan meminum air zam-zam dalam keadaan suam kan. Air boleh sahaja di panaskan dan bila sejuk akan kembali hidup dan segar. Jadi buat penilaian dan cerdaskan minda. Semoga pengamal CVT yang dibekalkan dengan ilmu Allah Swt akan tergolong dalam orang yang tidak akan rugi. Kesimpulannya adalah segala jenis kanser berkaitan dengan sel-sel kekurangan oksigen. Sel-sel mati kerana kurang oksigen. Makanan yang masam dan pengambilan vitamin C dalam dosis tinggi akan menyebabkan darah berasid. Darah berasid maka kuranglah oksigen.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia