ILMIAH CVT MALAYSIA

December 26, 2020

 

*-ILMIAH CVTSB-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Pengamal yang dikasihi. Perjuangan kita baru bermula. 23 tahun adalah satu tempoh yang sangat baru. Kita akan terus belajar sesuai dengan konsep islamisasilmu. Saya rasa tidak cukup 7 tahun atau 9 tahun belajar untuk bekalan menjadi perawat. Sebab ada persediaan bekalan yang lebih utama dan penting iaitu akhirat. Dunia semakin mencabar. Bencana pendemik gelombang ke dua covid 19 sudah bertukar sifat dan menjadi lebih unik. Lagi beberapa hari sahaja menjelang 2021 pula. Yang paling mencabar adalah bagaimana kita berkebolehan dan mampu memberi penerangan tentang konsep rawatan CVT. Kita sampaikan secara seni ilmiah yang sekata. Kebolehan memberi kefahaman apa itu penyakit dan penawar. Orang diluar sana amat memerlukan jasa kita. Tetapi mereka berhak tahu sebelum mencuba. Kita sebagai rawatan alternatif juga rawatan pelengkap akan menjadi pilihan yang terakhir. Sebabnya kerana masyarakat belum didedahkan secara meluas dengan keilmuan rawatan alternatif khasnya CVT. Kita tidak berminat menjadi popular tanpa asas yang realiti. Sikap kita sederhana. Biarlah kita mengumpulkan ilmu sebanyak yang mungkin. Rawatan kita yang bermula dari fizikal juga kearah psikologi minda dan emosi sehingga ke tahap spiritual. Tanggungjawab kita amat besar dalam menyediakan keahlian sebenar sebagai perawat sejati. Kita jangan cepat berpuas hati. Kita kena kembali muhasabah diri. Kita perlu majukan diri dengan cara yang bermaruah. Kita jangan berhenti belajar. Kita perlu mewarisi ilmu ini kepada generasi baru.

 

Konsep energi dalam bidang rawatan penyembuhan yang amat luas tidak terbatas. Kita cuba susun agar menjadi lebih halus dan tepat. Kita cuba susun agar ilmu dan penawar sama-sama seiring konsepnya, Kita tidak boleh melakukan banyak kesilapan walaupun itu lumrah. Kesilapan pasti ada tetapi biarlah sekali dan jadikan itu pengajaran untuk kejayaan. Kita tidak boleh menjadikan rawatan sebagai percubaan demi percubaan. Dahulukan ilmiah yang lebih pasti dan selepas itu kita praktiskan dengan jujur dan tekun. Ilmu yang terkini mengenai *PRIME ENERGY* sungguh menyedarkan kita bahawa penyembuh itu ada dalam diri kita sendiri. Jelas sekali ada kuasa tuhan iaitu Allaah sebagai penyembuh mutlak. Kita perlu mengesan dan membangunkannya. Kita susun formula dengan ilmu kata-kata dalam pengertian warna dan nilai angka-angka. Kita jadikan gula sebagai medium perantara pembawa energi yang bersamaan. Kita mendiagnos agar energi itu serasi dengan energi penyakit yang ditanggung. Energi bersifat pasif dan kita aktifkan semula.

 

Kita ada penawar pati bunga yang dihaluskan. Penawar pati bunga yang digabungkan secara halus dengan dicairkan dan diolah berkali-kali untuk membuang segala unsur berat. Wangian pati bunga dan buah-buahan dasar yang semerbak menyegarkan pernafasan. Pengamal dan pesakit yang terpanggil memilih konsep keperawatan energi ini adalah tidak lain dari kuasa Allaah yang maha pengasih menetapkan hukumnya. Selepas ini, satu perkongsian bagaimana hendak menjadikan energi formula menjadi berkali ganda lebih kuat dengan penyediaan yang lembut dan halus ketika mengamalkanya. Sungguh konsep energi ini sangat menakjubkan.

 

*BERSAMBUNG….*

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com