*-ILMIAH CVTSB-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada benarnya yang boleh buat saya
setuju. Air dari batang pokok pisang. Yang
masih tertanam akan menyedut air dari dalam tanah. Batang sebagai filter air. Tidak
dapat nak tolak khasiat air. Kerana
makan banyak pisang punca batu karang. Asid pisang boleh mengeraskan lemak yang
menjadi toksik. Maka antidot yang dekat adalah air dari dalam tanah yang
disedut oleh pokok pisang menjadi pelarut batu karang dalam buah pinggang.
Hukum alam menjadikan semua benda dalam sifat yang berpasangan. Ada baik dalam
yang buruk. Dalam kelemahan ada kekuatan. Negatif dan positif itu adalah fakta
tentang hukum tenaga. Jika kita ada
kekurangan maka amat pasti kita ada kelebihan yang luar biasa. Musibah
berpasangan dengan kesyukuran. Malaikat dan pasangannya syaitan. Malaikat panduan
cahaya untuk akal fikiran manakala syaitan untuk api yang membakar jiwa. Hanya
kita perlu mengenal pasti kelebihan itu. Kita manusia adalah kesempurnaan
penciptaan seluruh atom-atom yang ada ion atau cas dengan jumlah muatan positif
dan negatif. Ion-ion ini cenderung tidak stabil dan mencari gandingan untuk
berikatan dan berpasangan. Penyakit akan ada ubatnya mengikut teori berpasangan.
Tubuh kita ada zat dan selalu mengalami kepincangan frekuensi masa atau energi.
Maka kita kembali pada asas CVT iaitu jika kita tidak bersemangat maka niatkan
semangat yang berkobar-kobar dengan NW 1 dan lihatlah hasilnya. Jika jiwa kita
parah dengan dukacita ambik segera NW10 dan NW11 agar menjadi tenang dan tidak
diganggu syaitan. Jika kita tidak ceria maka ambillah NW5. Semua susun dengan
niat. Niat adalah masa yang akan menyusun tingkatan darjat masa mengikut
kesungguhan niat. Begitulah pasangan zat dengan masa dalam konsep NW CVT.
Kenal pasti melalui pengalaman menjadi
ilmu agar tidak keliru. Kerana tidak tahu maka akan menjadi kesalahan yang
bertimpa-timpa. Sebab kita serba kekurangan. Pengetahuan kita amat terbatas. Namun
ilmu yang paling dan amat berharga adalah penjagaan kesihatan. Sepatutnya semua
ilmu kesihatan diri semua orang harus ambil tahu dan belajar. Ilmu asas dalam
kehidupan. Selain penjagaan zat dalam pemakanan. Amat beruntung yang dapat
melakukan amalan sedekah dan dia sihat. Amalkan apa sahaja dengan ikhlas dan
kita sihat. Kita maafkan musuh dan doakan mereka selagi hidup dan jiwa kita ada
lebih rasa damai. Kita mahu praktis hal-hal
yang biasa ini. Tetapi sangat luar biasa untuk Kita lakukan. Kita mahu menjadi
manusia yang berguna untuk orang lain. Jangan jadikan diri kita tidak ada
apa-apa. *Jaga mulut kita*. Kerana dari mulut yang tidak terjaga akan keluar
kekotoran yang lebih buruk dari najis. Saya bangga bersama pengamal dan warga
CVT yang sehaluan dengan saya. Tidak jemu-jemu belajar dan amat prihatin
menjaga kesihatan diri. *Semoga tahun 2021 akan membawa lebih banyak jalan*. Fikiran
kita lebih kreatif. Banyak jalan menjadi mudah kerana idea. Ilham-ilham terus
tercurah agar dapat hidup lebih bertujuan dengan penuh semangat. *Sekali lagi
saya doakan agar 2021 menjadi tahun bertuah dan kita sama-sama didalam rahmat dan
kasih sayang dari Allaah jua. Aameen.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia |
@hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia
Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com