ILMIAH CVT MALAYSIA

January 3, 2021

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


SEMANGAT BEKERJA berbeza dengan bekerja keras. Semangat bekerja memiliki suntikan motivasi dalaman yang semulajadi. Kerja yang kita minati akan membawa kepada semangat bekerja yang tinggi. Bekerja dengan dedikasi adalah tanggungjawab moral pada diri sendiri yang ada kalanya dibuat kerana terpaksa. Bekerja tidak kenal erti penat dan bermati-matian melakukannya sehingga mencapai kejayaan kerana di situ ada SEMANGAT. Diniatkan juga kerana Allaah. Bekerja dengan penuh semangat secara tidak langsung menjadikan halangan dan ujian menjadi mudah. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. Rahsia semangat bekerja ini akan memperkayakan hambanya dari arah yang tidak terduga dan muncul secara tiba-tiba. Pintu-pintu rezeki terbuka dari segala ruang. Namun secara fizikalnya tubuh kena kuat dengan kudrat tulang empat kerat. NW 20 diperlukan untuk ketahanan diri, lasak, nekad dan berhati waja. Namun yang ada ciri-ciri ini belum tentu sinergi dan perlu disulam dengan SEMANGAT BEKERJA. Motivasi dengan kata-kata semangat sangat diperlukan namun energi itu mudah pudar tanpa kekuatan pada kalenjar pineal dengan bantuan gelombang energi NW 1. SEJUTA WAJAH dan NW 1 dalam frekuensi tinggi pemulih dan pencetus semangat. Namun jika kekuatan kudrat tulang, otot dan saraf diabaikan maka tetap jatuhlah semangat itu. Oleh itu berilah pasangannya dengan NW 20.


Fikirkan hal-hal yang paling hebat dan kita akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal yang tertinggi dan kita akan mencapai yang tertinggi. Jangan jadikan sekatan sebagai batu penghalang sebaliknya kita ubah halangan itu menjadi batu lonjatan. Kerana nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. Kita mesti menetapkan sebuah impian.  Kita ucapkan dengan lafaz sumpah dalam diri kita. Orang yang berjaya dalam hidup adalah yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Kita tidak boleh mencipta pengalaman andai kita tidak menghadapinya. Pengalaman itu satu ilmu yang mahal. Saya percaya semua pengamal CVT sudah memiliki banyak pengalaman yang amat berharga. Saya melihat kejayaan pengamal yang melakukan pekerjaannya dengan rasa cinta. Rasa suka dengan apa yang dilakukan akan menjadikan kita bahagia dan berjaya. Kita akan terus sihat kerana kerjaya murni ini. Selagi ada keinginan dan kemahuan maka disitu akan menambah kekuatan sistem imun dan antibodi diri. Antibodi pula datang dari rahsia berimaginasi dan memikirkan cara atau idea menarik. Berfikir satu kebijaksanaan. Satu kerjaya yang memaksa diri untuk memerah fikiran. Kita jauhi pekerjaan yang tidak menguji minda berfikir. Pilih satu bidang yang mencabar. Kerana cabaran harus disambut dengan semangat. Kerana semangat akan mengubah dunia. Semangat adalah satu anugerah dan tidak boleh dibuat-buat melainkan ada sesuatu yang sedang dirangka yang hanya tinggal untuk dilaksanakan. NW 1 pencetus semangat dan NW 20 adalah penambah kekuatan kudrat. Kedua-dua ini harus mantap secara sinergi. Simbolik semangat dalam matrik 9 putih dan kekayaan nyata zat kebendaan dalam matrik 6 hitam. Putih dan Hitam. Malaikat dan iblis. Pilih malaikat dan dapatkan semangat.  Sungguh iblis tidak ada kekuatan melainkan jika kita sudah tunduk dan menerimanya. Kaya kerana iblis tidak akan bahagia. Begitulah simpang siur dan simpul yang kusut menjadi tunggang terbalik pada matrik 69. Jangan sampai kita letih lesu dan tidak bermaya tahap kronik. Semua itu datang dari pengaruh syaitan. Pastikan hidup kita penuh semangat yang membara. Simbolik 6 boleh sahaja menjadi ghaib dan hilang secara nyata kerana gangguan iblis atau makhluk halus. Semangat akan dapat mengelak diri dari berkhayal dan terperangkap dengan keadaan yang berhalusinasi. Pastikan matrik 6 membawa keberuntungan hakikat yang nyata. Bermakna semangat akan melepaskan diri dari gangguan iblis. Kerana iblis hanya mampu mengusai tahap bawahan iaitu bahagian tulang. Mulakan langkah 2021 dengan penuh semangat jati diri.  Bebaskan diri dari gangguan iblis.


Kita bina impian dalam kerjaya perubatan dengan menimba ilmu tanpa henti. Kita menjadi pendengar yang baik. Kita memerhatikan sesuatu. Hasil semua itu kita mampu berbicara dengan baik. Kerana mengetahui dan memahami lebih baik dari hanya mengetahui tetapi tidak memahami sesuatu. Ilmu yang ada akan mencetuskan ilham. Dari ilham itu akan datangnya semangat yang membara. Dan tanyakan pada diri kita sendiri seberapa besar pengorbanan yang telah kita korbankan untuk mencapai kejayaan ini. Tetapi dengan semangat pengorbanan tidak akan terasa berat. Jika kita yakin dan ada minat dalam tugasan merawat menjadi perawat maka gilaplah semangat bekerja. Tiada siapa yang memaksa. Berkaryalah dengan bersantai penuh minat yang amat mendalam. In sya Allaah akan ada zatnya. Itulah rahsia orang berjaya. Murah rezeki. Bagi yang tidak bersemangat maka kerja keras tetap sia-sia. Kuasa menguasi memulih semangat adalah datang dari diri kita sendiri. 


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com