ILMIAH CVT MALAYSIA

January 6, 2021

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Trauma fizikal melibatkan kecederaan dan kemalangan sehingga ada kerosakan struktur fungsi tubuh yang berlaku dalam kecemasan. NW 20 amat membantu. Kes sebegini dianggap tenaga pada tubuh sudah dalam keadaan rendah maka keperluan frekuensi rendah NW 20 pada rangsangan semula sistem tulang otot dan rangkaian saraf. Namun pada masa yang sama tahap semangat menurun mendadak dan ini perlu dikembalikan semangat pada frekuensi tertinggi iaitu NW 1. Kecederaan akan lebih cepat sembuh dengan BOOSTER NW 1. Pasti berlaku satu kejutan yang kuat apabila berlaku satu kemalangan kecil mahu pun yang parah. Atas sebab itu kombinasi tenaga dalam frekuensi tinggi dan rendah harus diberikan. Kejatuhan paras energi ini harus ditingkatkan semula pada keadaan asal. Andai kata tidak diberikan NW 1 maka penyembuhan tidak laju atau perlahan. Juga dibimbangi akan berlaku satu penyakit saraf pada kecederaan lama jika tidak dipulihkan semangat serta merta dimasa akan datang.  


Sebelum mandi ais NW 20. Tujuan untuk menjadi penahan sakit.  Frekuensi rendah untuk kekuatan tulang. Tulang menjadi benteng dan pertahanan fizikal. Makhluk halus akan menguasai ruang yang lemah iaitu tulang. Jangka panjang nanti akan melemahkan semangat. Bermakna semangat adalah didalam kuasa diri kita untuk mempertahankannya. Kecederaan fizikal perlu dipulihkan agar kesakitan tidak sampai ke tahap berhalusinasi. Penyakit dasar dan asas adalah masalah tulang. NW 20 untuk ketabahan dan kecekalan. Psikologi bahagian ini adalah redha dan bersyukur. Ini cara nak padamkan ujian getir yang sangat rentan agar iblis menjadi lemah. Kecederaan sukan banyak berlaku disebabkan ligamen penghubung tisu dan tendon ke otot mengalami regangan hingga putus atau terkoyak. Fisioterapi perlu dibuat agar aliran darah sampai pada bahagian yang cedera. Urutan bagi membuka saluran darah cukup untuk bekalan nutrien pada yang cedera akan cepat pulih. Urutan ais dengan T-Tree cleanser untuk menyingkir radiasi agar tisu kembali bercantum rapat. Fisioterapi dengan pergerakkan yang keras perlu dilakukan secara hati-hati dan jika boleh dielakkan. Minyak urutan yang panas tidak sesuai. Kawasan yang renggang akan terasa panas dan membengkak. Terapi ais sangat membantu. X-ray diperlukan terlebih dahulu jika kecederaan melibatkan patah atau retak pada tulang untuk disimen. *Basic energi NW 18 dan NW 20 sangat membantu. Ujian penyakit dasar yang berat. Hanya pesakit yang kuat semangat sahaja dan ada jati diri sahaja mampu menghadapinya sehingga pulih.


Memberi kata-kata semangat juga adalah satu terapi ajaib yang perlu ada dikalangan pengamal CVT yang cemerlang. Pengamal CVT perlu ada keyakinan melalui ilmunya dan menyakinkan juga pesakitnya secara dua hala. Menyakinkan pesakit secara ilmu dan pengetahuan lebih baik dari memberi fakta. Pengetahuan itu hasil pengalaman kita yang sangat menyakinkan. Fakta hanya satu kata-kata yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan yang tersendiri. Pengamal CVT yang professional bukanlah mengamalkan konsep rawatan cara bomoh atau dukun. Bezanya kita ada ilmu dan pengetahuan hasil dari Fakta dan teori. Sangat mahal ilmu perubatan CVT pada yang sudah menguasainya secara ikhlas hati.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com