ILMIAH CVT MALAYSIA

January 6, 2021

 -ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Satu cadangan dengan langkah yang lebih berkesan untuk MENGELAK kesan teraputik (healing Crisis) walaupun selama ini satu kebiasaan pengambilan cara kemam yang paling praktikal. Kesan teraputik merujuk kepada bagaimana badan sedang mengalami pemulihan secara beransur-ansur. Kesan penyesuaian badan terhadap pelbagai perangsang baru lalu mengaktifkan fungsi badan dan menghidupkan semula sel-sel badan. Merupakan gejala yang ditimbulkan adalah gejala semulajadi keatas proses penyelarasan metabolisma dan penyeimbangan sistem endokrin. Kesan ini adalah sangat normal. Biasanya timbul pada hari pertama penggunaan dan biasanya bersifat sementara. Ia lebih ketara kepada pesakit yang telah mengambil ubat penahan sakit atau ubat sintesis yang lazimnya diberikan.

Masukkan anggaran 20 ke 40 biji sukros ke dalam air mineral 250ml. Separuh botol 500ml. Ada ruang udara. Digoncang hingga larut untuk menghasilkan tenaga gelombang bunyi yang bertekanan. Larutan cairan air mineral mesti diminum dalam bekas yang lain. Minum cukup untuk satu teguk dan selebihnya sapu pada wajah. 5 Sistem kederiaan pancaindera cahaya pada wajah juga sangat berkesan menerima gelombang. Sebaiknya jangan terus telan air.  Biarkan air berada dalam mulut 30 saat untuk saraf dilidah mengesan gelombang dan menyerap zat untuk dianalisa ke otak sebelum dihantar mengikut frekuensi pada gejala penyakit. Cuba amalkan secara konsisten setiap satu teguk air anggaran masa 15 minit ke 30 minit. Lebih kurang 4 kali dalam masa satu jam. Teruskan sehingga 2 jam. Selepas isi kandungan air tinggal 150ml maka tambahkan air lagi menjadi 250ml dan digoncang lagi. Pendek kata setiap kali nak minum haruslah digoncang dengan kuat. Selepas itu ditutup rapat. Jika ada 3 formula maka asingkan 3 masa iaitu sebelah pagi satu masa untuk satu formula dalam anggaran 4 jam. Sebelah petang dan sebelah malam. Air baki lebihan yang ada dalam botol akan digunakan semula pada penggunaan berikutnya. Masukkan anggaran 10 ke 20 biji dengan tambah air untuk 250ml atau setengah botol. Pada kegunaan kali ketiga juga cara yang sama iaitu masukkan anggaran 5 ke 10 biji. Begitulah sampai berkali-kali kegunaan sehingga sembuh.   


Bermakna dosis jumlah biji semakin banyak kali menggunakan dengan botol dan air yang sama dan langkah ini akan memberi kesan potensasi yang amat bertenaga kuat tetapi lembut dan halus. Konsep ini akan menghasilkan perubahan yang amat menakjubkan dan luar biasa. Jimat dan ekonomi.  Jika sudah sembuh simpan air yang masih ada dalam botol itu. Tiada tempoh had masa. Itu adalah penyediaan IBU formula. Tiada kebergantungan. Tetapi boleh diamalkan. Mungkin satu minggu satu atau dua kali. Tidak juga terlalu kerap. Cukup untuk satu jam dengan dosis 5 ke 10 biji sahaja. Jika kelegaan berlaku dalam masa 3 hari masa penggunaan sudah boleh dikurangkan. Jika sudah berlaku penyembuhan sepenuhnya dalam masa satu ke tiga minggu maka masih boleh teruskan tetapi dalam kadar masa yang singkat sebagai tujuan pertahanan. Energi tidak terhapus malah semakin kuat untuk membangunkan tenaga hayat semulajadi tubuh. Biasanya penyakit akan kembali apabila ada alahan dari berbagai punca dan sebab yang tidak diketahui. Konsep ini akan menjadi pertahanan. Dan ini akan menjadi eksklusif bagi konsep rawatan CVT yang pertama seumpamanya didunia. Bermakna CVT kearah proses penyembuhan dengan meminimakan kesan teraputik atau kesan tindakbalas detox malah jauh dari kesan sampingan. Semoga pengamal lebih profesional dan berwibawa.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com