ILMIAH CVT MALAYSIA

January 29, 2021

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Warga CVT yang dikasihi. Kita masih ada masa untuk membuat persediaan awal sebelum menerima vaksin. Persediaan untuk mempastikan apakah sistem imun dan antibodi kita benar-benar telah bersedia. Golongan spiritual berkaitan sistem imun. Golongan emosi berkaitan antibodi. Yang kita bimbang adalah individu yang ada sejarah alahan pada segala serangan benda asing. Vaksin adalah benda asing. Makan ubat biasa pun akan memberi kesan alahan dengan berbagai riaksi yang tidak menyenangkan. Muka dan mata bengkak, merah dan berair umpamanya. Tetapi ada kes telah membuktikan riaksi membimbangkan dan lebih berat pada yang alah menerima vaksin terbaru ini. Semua itu adalah kegagalan antibodi mengesan dan membuat persediaan balas bertindak aktif melawan benda asing. Antibodi kita sendiri yang kacau bilau dalam penyediaan untuk mengeluarkan enzim dan asid amino yang sepatutnya. Kegagalan ini berkaitan stress dan tekanan fikiran sangat mempengaruhi sistem penghadaman. Rasa resah, bimbang dan penuh ketakutan akan membuat semua zat makanan kita berubah menjadi toksik atau racun. Pasti dalam suasana covid ini kita semua tertekan dan panik. Asid amino dan enzim dibahagian pencernaan akan bercelaru. Maka kita perlu bangunkan semangat jati diri. Kita perlu keceriaan. Kita perlu fokus dan hindari pemikiran lemah yang negatif. Buang rasa phobia dengan hanya memikirkan jarum yang sangat kecil yang tidak mencederakan apa-apa. Semua itu akan melemahkan sistem imun dan antibodi. Kita akan alah dan kalah jika masih ada sikap lemah minda begini. Kita harus positif dengan fikiran yang laju. Bermakna antibodi setiap individu adalah tidak sama. Orang fizikal level lebih bernasib baik dan dijangka sangat mantap dan rentan untuk menghadapi segala jenis gangguan benda asing. 


Nampaknya perubahan rasa takut bukan lagi pada pandemik covid ini. Ketakutan sudah beralih pada kesan sampingan yang boleh berlaku pada sesiapa yang alah. Kes kecemasan dan kematian penerima vaksin ini tidak pula direkod apatah lagi diberitakan secara telus. Malah tidak akan menjamin bahawa tubuh kita tidak akan dijangkiti covid lagi setelah divaksin.  Jadi apa erti semua ini.  Kita tidak ada pilihan kecuali boleh membuktikan ada rekod alahan. Kita tidak boleh menolak dengan apa alasan sekalipun. Kita harus hentikan membuat tuduhan bahawa pendemik ini adalah satu konspirasi. Kenyataannya adalah virus ini memang benar-benar ada. Walaupun saya pernah mendakwa virus ini satu flu biasa dan masih boleh dicegah dengan meningkatkan sistem imun tubuh dan antibodi. Yang terakhir 100 tahun lalu wabak hitam Sepanyol yang mematikan lebih 50 juta manusia.  50 juta bukan angka kecil. Covid hari ini baru mencecah tidak sampai dua juta jiwa. Bermakna hal ini masih baru bermula dan belum mencapai ke tahap serius yang lebih dahsyat. Wabak ini bukan buatan manusia. Hentikan tuduhan pada Cina dan sebagainya. Ini benar-benar wabak yang ﷲ turunkan pada seluruh umat manusia. Kali ini benar-benar seluruh dunia akan menerima ujian dan azab tuhan yang maha kuasa. Kali ini rasa takut, bimbang dan segala macam kegundahan sudah mula terbit. Segala rasa sebegitu adalah kerja syaitan. ﷲ yang menyayangi hambanya akan memberi rasa kasihnya. Namun ujian ini tetap tanda kasihnya pada sesiapa yang bersabar. Iblis hanya menunggu untuk masuk pada mereka yang ada rasa ketakutan dan penuh kebimbangan. Itulah cara iblis hendak melemahkan sistem imun dan antibodi kita semua masih terserah pada kekuatan diri kita. ﷲ menurunkan wabak dan menciptakan virus ini dengan bertujuan. Ini bukan kerja manusia mencipta virus didalam makmal. Kita kena berakal sihat. Yang terlalu berani dan takbur juga kerja syaitan. Sebab semua ini adalah wabak yang ﷲ turunkan dan syaitan masuk mengambil kesempatan. Bukan senang syaitan nak masuk melainkan diwaktu manusia sudah dalam ketakutan. Kepercayaan diri dan ada keimanan itulah sistem imun. Dan kita dalam menjalankan kehidupan ini kita harus mencari damai. Kita harus bersukacita. Kita harus ada sifat kasih dan sayang. Kerana itu akan meningkatkan kekuatan antibodi. Kita perlu menerima hakikat bahawa semua nikmat itu telah pudar dalam diri kita.


Kita bukan antivaksin. Nampaknya kita juga akan dinafikan hak untuk nak tahu mengenai vaksin yang dibuat secara tergesa-gesa ini. Ini bukan boleh dinamakan vaksin lagi melainkan satu ubat dalam tempoh percubaan kecemasan sahaja. Pengeluar vaksin ini juga tidak akan memberi jaminan apa-apa malah mereka bebas atau imun dari sebarang dakwaan dari mana-mana pengguna yang berisiko. Vaksin ini kononnya dibuat cepat atas kajian yang lebih moden dengan teknologi baru. Tetapi sistem badan kita yang diambil alih dalam menyesuaikan keadaan masih dalam teknologi tuhan yang kita tidak faham. Kita tidak faham akan kaitan tekanan fikiran akan menggagalkan sistem pencernaan. Membuat kita mudah lelah atau letih dan ini mendedahkan risiko sebarang jenis penyakit. Jadi nampaknya teknologi semakin menjauh dan berbeza dengan penciptaan manusia itu sendiri. Kita tidak mahu badan kita sendiri yang membuat sistem menjadi kelam kabut atau huru-hara. Riaksi auto imun yang diluar jangkaan. Kesimpulannya adalah ambil NW1 (tenaga hayat/vital energy), NW5 (keceriaan/focus), NW8  (daya  fikiran/power of tought) dan NW12 (sistem penghadaman/digestive system) & SW10  Nafas/Breath, SW9  Tekak/Throat untuk persediaan awal sebelum menerima vaksin. Tujuan agar sistem dalam badan kita lebih bersiap sedia kuat dan bertenaga untuk menjalankan fungsinya apabila kehadiran vaksin asing ini. Juga bertujuan untuk mengelakkan kesan jangka panjang kerana vaksin kali ini yang diprogram dan sistem dna dan rna mampu mengubah genetik kita sepanjang hayat. Sila dapatkan stock simpanan dalam bentuk NW dan SW bagi keperluan yang sudah pasti dan dijangka akan kita terima dalam awal bulan Mac ini secara berperingkat-peringkat.


Vaksin itu sendiri dicipta dari virus yang dilemahkan dan ia amat asing buat tubuh kita. Walaupun kita sudah terdedah dengan segala macam benda kotor ketika masih kecil. Kita mandi sungai berlumpur dengan air kotor. Banyak aktiviti diluar rumah yang lasak dan terdedah dengan segala macam kekotoran. Semua itu latihan untuk menguatkan sistem imun. Berbanding anak-anak kota yang serba moden dan bersih yang tidak pernah terdedah dengan alam sekitar yang cukup rentan. Kehidupan terlalu bersih pun mudah demam dan selesema.  Berbeza dengan kemunculan virus covid yang mana tubuh kita tidak mengenalinya sama sekali. Sebab itu kita perlu diberi vaksin dalam konsep musuh yang sama agar antibodi kita kenal dan bersedia melawan apabila sudah ada latihan mengenal musuh. Hanya beza musuh itu sudah dimatikan atau dilemahkan dan kita pastikan menang dengan bantuan formula pelengkap CVT dan bukan sebaliknya.



Oleh Prof Dr Norhisham Wahab. 

www.colourvibrationtherapy.com.my 

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice 

FB: CVT Malaysia 

BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com