ILMIAH CVT MALAYSIA

January 31, 2021

-ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Menurut pandangan peribadi saya negara yang paling serius menangani pandemik covid 19 ini adalah Israil. Jumlah penduduk lebih kurang 7 juta tetapi dengan kes lebih 638 ribu dengan hampir 5 ribu kematian. Angka ini satu statistik yang mengerikan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk. Yahudi juga paling banyak mendiami negara Amerika syarikat. Terkini AS sudah mencapai kes 26 juta dan hampir 500 ribu kematian. Menduduki tempat tertinggi. Apa sahaja mengenai konspirasi biasanya kita akan tujukan pada bangsa ini dan AS sebagai negara elit global yang paling ramai mendiaminya. Sesiapa pun akan suka membuat andaian dan tuduhan dengan berbagai teori tanpa sebarang bukti asas yang kukuh. Hakikatnya wabak flu ini sudah berkali-kali melanda dunia dan tanpa vaksin wabak ini hilang lesap ditelan masa. Malaysia satu ketika dilanda dengan flu nipah dari virus berpunca dari babi. Hampir semua kawasan ternakan dihapuskan. Pada masa itu tidak timbul isu konspirasi dan kita sudah melupakannya. Tidak dinafikan saya juga turut terpengaruh dengan berbagai teori dan rasa ada logiknya. Sebab media hari ini lebih mudah menyebarkan sesuatu maklumat yang tidak sahih dan menjadi infodemik yang lebih bahaya dari pandemik itu sendiri. Kesan negatif infodemik ini akan menambah buruk kesan ekonomi pada orang awam. Satu ketika saya juga terpengaruh dan terikut-ikut. Hal yang kita sangat bimbang adalah ada golongan yang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan peribadi.  Sudah banyak betul kes siasatan dibuka dan ramai yang sudah didakwa kerana membuat komen secara liar dan terbuka. Apakah peranan yang boleh kita mainkan untuk membantu negara??. Itulah yang saya cuba kongsikan bagi memahami info dan mengelakkan rasa panik. Kita cuba menyumbang dengan persediaan formula dalam langkah pencegahan dan usaha meningkatkan tahap kesihatan orang ramai. Kita tidak boleh duduk dan berdiam diri sahaja. Kita ada hak untuk melakuan sesuatu yang membantu. Kita ada kepakaran dalam bidang yang kita amat yakini boleh membantu. Kita ada rawatan Hidroterapi ais (HDI) yang amat berkaitan dengan usaha yang sesuai dan tidak bertentangan. Saya berasa tenang semua ini datangnya dari kekuasaan tuhan agar kita kembali lebih banyak memperbaiki diri. Kerana apabila sampai masanya ﷲ akan menurunkan rahmatNYA dan membersihkan seluruh dunia dari virus yang diciptakanNYA.  In sya Allaah…


Kini hanya vaksin adalah jalan terakhir. Itu pun jika vaksin didapati berkesan dan tepat pada waktunya. Sekarang ini isunya adalah vaksin itu sendiri. Keberkesanan untuk mencegah. Vaksin bukan untuk merawat. Merawat masih bergantung pada kekuatan antibodi dalam diri setiap individu. Inilah alasannya saya diberikan ilham dengan kehendak dan kekuasaan ﷲ bagaimana hendak menyumbangkan formula yang boleh membantu untuk meningkatkan sistem imum dan antibodi. Formula yang disusun sesuai untuk merawat spesifik setiap gejala. Inilah persiapan secara peribadi setiap individu. Tidak ada guna dan hanya buang masa satu ketika dahulu kita beranggapan dan membuat tuduhan bahawa pendemik ini satu konspirasi. Konspirasi mengenai perang biologi antara negara besar untuk kepentingan ekonomi. Akan ada pihak yang akan menguasai mata wang dunia. Vaksin dengan mikrochip bagi mengawal aktiviti manusia. Konspirasi mengurangkan jumlah penduduk dunia. Teori 5G dan Bill Gates dijadikan sasaran sebagai pengasas dan pembuat vaksin. Teori bahan pembersih tangan dari alkohol dan air kencing lembu untuk merebaknya najis. Teori rabb yahudi untuk vaksin mengubah sifat manusia menjadi gay. Dan dikumpulkan hampir berpuluh ribu bentuk teori yang tersebar dan tidak ada satupun boleh dipertanggungjawabkan. Semoga semua pengamal dan warga CVT tidak salah faham mengenai pendirian saya ini. Di akhir zaman manusia banyak yang mati sia-sia hanya kerana berpunca atas sebab ketakutan yang melampau. Kita hentikan berita Hoak yang menakutkan. Rasa takut sangat melemahkan sistem imun. Kembalikan JATI DIRI. JATI DIRI itu adalah kuasa spirit atau identiti diri yang perlu kita tingkatkan. Jangan sesekali takut mati. Kita manusia pasti akan mati bila sampai masa ajalnya. Hidup juga kena kembali ceria. Seperti kata Dr Ken Mazlan dari Sabah yang berkongsi dengan berbekal NW 5 sahaja sudah boleh menyelamatkan banyak pesakitnya. NW 5 untuk menyenangkan rasa hati. Rasa gembira dan boleh ketawa bila ada sesuatu yang lucu. Itulah antibodi. Cuba kita lihat video dibawah ini. Siapa yang tidak rasa geli hati atau tidak terusik rasa humor dalam dirinya maka eloklah ambil NW 5. Melihat video ini kita rasa jijik, benci dan nak rasa meluat nak marah pada kelakuan orang yang tidak siuman ini tanda kita juga sakit yang sama atau mungkin lebih parah lagi. Juga pastikan kita tidak rasa rimas melayani ibu bapa kita yang sudah uzur dimakan usia. Kita harus senyum dan masih boleh bergurau senda dengan mereka. Sedih dan pilu yang tidak terkawal itu sangat jelas kerja syaitan. Beruntunglah yang dapat hidup ceria, senyum dan ketawa seperti Dr Shidah yang prime energinya adalah NW 5. Yang boleh menyelamatkan kita adalah kita harus lebih bersedia ke arah penjagaan kesihatan keluarga secara lebih bijksana. Kita masih beruntung sebab tahu untuk membuat persediaan. Bayangkan diluar sana yang masih keliru dan dalam kebimbangan. Yang jelas adalah virus ini tidaklah sangat menakutkan. Virus ini bukan mematikan melainkan tubuh kita yang sememangnya lemah dan berpenyakit. Ramai yang pulih tanpa ubat. Namun vaksin perlu untuk pertahanan diri dan sekaligus mengawal penularan secara meluas. Namun jika kita diberi pilihan dan tiada paksaan maka pilihan utama kita harus meningkatkan tahap penjagaan kesihatan diri seperti yang sedang kita usahakan selama ini. Kita jaga kita dan kita jaga semua. Sebaliknya ﷲ yang menjaga kita semua.   


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab. 

www.colourvibrationtherapy.com.my 

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice 

FB: CVT Malaysia 

BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com