ILMIAH CVT MALAYSIA

February 2, 2021

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

*SAMBUNGAN…*

 

Terlebih ceria pun tidak boleh. Itu ada gangguan emosi. *NW 5 akan kembalikan keceriaan pada yang mengalami kemurungan atau terlalu serius*. Titik energi ceria dibawah hidung. Apabila kita mengambil NW 5 banyak hormon seperti hormon Endorfin dapat menghilangkan sensitiviti rasa sakit. Rasa bimbang dikawal. Serotonin memberikan kegembiraan. Ada beberapa hormon lagi. Tidak ingat pula. Tapi akan ada rasa lebih rileks. Persoalannya kebanyakkan keluar ketika sedang makan atau sedang bersenam. Juga ketika kena cahaya matahari. Tapi musim covid duduk dalam rumah sahaja. Tak bijak sangat arahan begitu!!. Jika kita dapat cari jalan untuk senaman diluar sudah pasti kita akan ketawa berguling-guling. Bukan senang nak dapat ketawa macam tu. Senyuman tambah nampak lebih manis jika yang ada lesung pipit dipipi akan merungkai kunci-kunci syaitan dalam badan kita. Sungguh syaitan takut dengan bunyi ketawa yang tidak dibuat-buat. Ketawa pun kena ikhlas.  Syaitan suka mentertawakan dan mengilai-ngilai yang menakutkan atau yang menyakitkan hati sahaja. *Nak ketawa ikut cara manusia yang sihat atau cara iblis syaitan??*. Siapa antara kita yang memiliki senyuman yang manis dan ketawa yang hebat. Menggerunkan iblis. *Betulkan dulu titik keceriaan ya!!!*.

 

*Video yang dikongsikan itu kita ambil positif dari sudut pendidikan kesihatan*. Kesemua watak dalam video adalah pesakit MENTAL. Masalah mental sepatutnya dapat dikendalikan oleh emosi atau kawalan nafsu. Berbeza dengan pesakit yang ada gangguan jiwa. Sakit jiwa lebih agresif dan boleh membahayakan orang lain. Berbeza dengan pesakit mental yang mengalami tekanan fikiran boleh membahayakan diri sendiri. Orang sakit jiwa sepatutnya dapat dikendalikan oleh akal fikiran yang sihat.  Tetapi jika jiwa sudah terlalu ceria maka emosi tidak terkendali lagi. *Sakit jiwa yang trauma dengan NW 3 dan NW 5*. *Pesakit mental atau tekanan fikiran dengan NW 8*. *NW 4 perlu untuk fokus, emosi dan minda*. *Semangat NW 1 berkaitan kerohanian sudah tetap dalam genggaman TUHAN*. Sebab itu mana-mana kes sakit jiwa dan mental kekuatan imun tetap kebal tinggi dan tidak mudah terkena jangkitan. Tiada kes. memelihara mereka. Kita yang masih siuman dan ada maruah atau moral perlu ada keseimbangan antara jiwa dan minda. Setidaknya kita tahu malu. Akal pula perlu agar lebih bijak. Bijaksana muncul bila ada keseimbangan emosi.

 

Mengikut ilmu psikologi bahawa minda atau akal fikiran yang akan mengawal emosi.  Sebenarnya jiwa atau emosi yang sihat dan memujuk akal menjadi lebih matang. Hakikatnya adalah kedua-dua sifat ini perlu sinkronis antara satu sama lain. Sejak kebelakangan ini masalah minda atau pesakit mental terjadi kerana pengambilan dadah. *Mandian ais (HDI) sangat membantu kerana pesakit sudah dicerobohi dengan segala gangguan halus*. Tetapi tanpa formula agak lambat untuk merawat frekuensi otak yang kacau bilau. Herba seperti Habatussauda(BS) akan memainkan peranan untuk kerja detok pada bahagian pencernaan yang penuh dengan najis toksin yang kotor dan berat. Doktor perubatan perlu menerima hakikat bahawa pesakit minda biasa tidak sama dengan pesakit minda dari kesan pengambilan dadah. Doktor perubatan juga perlu akur semua masalah pencernaan sangat mempengaruhi saraf otak dan gangguan hormon semulajadi tubuh. *Adakah ubat berkaitan dadah untuk merawat pesakit yang sudah terkesan buruk dengan dadah?*.  Dadah untuk mengawal dan memberi tenang atau bersifat pasif dengan melemahkan terus minda mungkin ada. Dalam CVT kita harus membangunkan semula semua sistem neuron pada otak menjadi lebih peka atau aktif.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com