ILMIAH CVT MALAYSIA

February 11, 2021

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Konsep *PENCEGAHAN* dalam NW adalah dengan *FORMULA BOOSTER NW1 atau NW2* pada usia yang muda dengan frekuensi yang tinggi dalam spektrum warna putih. Manakala bila usia sudah tua melebihi 60 tahun maka NW20 dalam frekuensi rendah warna hitam sangat diperlukan bagi *PERTAHANAN* berbagai serangan yang lebih mencabar hingga ke tahap dasar menular hingga ke akar umbi. Dan jika penyakit sudah ada pakej lebih dari satu jenis maka gabungan *NW1 dan NW20* atau *NW2 dan NW20* diperlukan sebagai pasangan untuk energi menjadi *BOOSTER*. Dasar bermaksud penyakit sudah sampai ke tahap paling bawah iaitu tulang. Jika tulang sihat akan kuatlah sistem imun. Dan biasanya penyakit yang sudah ditahap dasar ini kita biasanya mudah putus ada. Berputus asa itu hanya layak pada sifat iblis. Jadi berbeza antara orang muda, kanak-kanak dan bayi sistem kekebalan bergantung pada semangat. Sebab itu sesiapa yang tidak ada visi yang kuat atau misi yang tidak jelas maka seluruh sistem diri akan runtuh. Semangat ini ada diluar tubuh dan ia perlu dimasukkan dengan berbagai cara. Memberi kata semangat seperti memuji-muji itu adalah kaedah yang paling baik. Mengharapkan pujian dan lemah pada kejian itu adalah lumrah dan patut dielakkan. Apabila sudah tua kita tidak perlu lagi mengharapkan kata-kata semangat untuk menguatkan jati diri. Kita bukan budak-budak yang manja, mentah dan yang tidak matang untuk diberi dorongan dan tunjuk ajar sebagai galakkan. Orang tua tidak kira lelaki atau wanita ada JATI DIRI hasil dari segala pengalaman yang telah ditempuhinya. Adalah sangat malang jika dah tua masih memerlukan kata-kata perangsang. JATI DIRI dengan nekad yang kental dan mantap perlu ada. Penuh keberanian dan tidak getar pada perkara ghaib atau apa sahaja. Tahan lasak, aktif dan kuat. Jangan manjakan tubuh. Lebihkan senaman. Sebenarnya warna pencegahan putih disiang hari dan pertahanan hitam dimalam hari.

 

Jika tidak ada dua faktor ini iaitu *PENCEGAHAN dan PERTAHANAN* maka kita akan jatuh sakit. Pencegahan ditahap spirit dan pertahanan ditahap fizikal. Jadi teori warna dan sistem tubuh didalam konsep CVT adalah psikologi yang sama dengan hukum alam yang mampu kita ikhtiarkan sebagai usaha secara praktikal. Jangan salahkan sesiapa. Jangan suka menuding jari. Musuh sebenar ada *DALAM DIRI*. Tanda musuh itu adalah selalu rasa hampa, marah, dan kecewa. Hebatkan rasa kasih dan sayang penuh simpati melihat sesiapa sahaja yang LAYAK diberi pertolongan. Buang syak wasangka, was-was yang merugikan. Hasad dan dengki tukar dengan keikhlasan. Ayuh semua warga CVT bangun dan hadapi dunia yang penuh tipu daya hasutan iblis ini. Tipu daya pertama adalah *JATUH SAKIT*. Jangan kita gagal menghadapi ujian *SAKIT*  didunia ini.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com