ILMIAH CVT MALAYSIA

February 17, 2021

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

*Malaysia dan Vaksin*. Satu berita yang melegakan. Kerajaan tidak mewajibkan pada orang awam. Bermakna pilihan kita sendiri dengan sukarela. Yang dibimbangi adalah mereka yang ada kelemahan pada bahagian alahan. Yang memerlukan NW 5 dan NW 3.  Melainkan orang yang memiliki Prime Energi NW 5 adalah sangat beruntung dengan keceriaan yang ada. Yang ada rekod sejarah alahan akan ada lebih risiko tindakbalas jika antibodi tidak cukup banyak dikeluarkan. Lebih luar biasa lagi pada yang memiliki Prime Energi NW 1 matrik 9 putih kerana disitu ada kekuatan pencegahan dan pertahanan sekaligus. Siapa yang agaknya masih belum mendiagnos Prime Energi. Satu-satunya ilmu kenal diri untuk kenal jati diri yang amat berharga. Orang yang tinggi sistem imunnya adalah yang sentiasa ada sifat rendah HATI. Bermakna ini adalah kesempurnaan sifat kemanusiaan sejati. Sifat ego, riak dan takbur akan menjadi pilihan iblis. Dengan mudah virus ini memilih kita. Ada satu keluarga yang terkena jangkitan dan belum pasti kesemua yang lain akan alah. Ada satu pembawa vaksin tidak semestinya kontak rapat akan alah. *Kerana kekuatan kekebalan masing-masing berbeza*. Begitulah hebatnya sifat rendah HATI yang meninggikan tahap energi seseorang itu. Siapa yang alah tetapi ada sifat kebal akan terselamat. Ternyata sifat kebal itu adalah mereka yang ada sifat rendah HATI. Tetapi kita yang cuai dan lemah menjadikan sifat rendah DIRI. Ingat ya!!! Sifat rendah hati dan rendah diri adalah sangat berbeza. Rendah diri membuat kita menjadi hina. Maka jatuhlah nilainya jika kita hidup dan kalah kerana sifat rendah DIRI. Apabila ada orang yang merendahkan DIRI maka akan ada pula orang yang memandang rendah pada orang lain. Ke dua-dua sifat ini hanya akan melemahkan sistem tubuh badan kita.

 

Jangan merendahkan DIRI kerana itu adalah JATI DIRI yang sejati. Kita hilang keyakinan dan hidup dalam ketakutan. Akhirnya kita alah dan kalah. *KETAKUTAN adalah punca jatuhnya sistem imun dan menjadi punca kita dengan mudah jatuh sakit*. Ketakutan, sombong dan riak apatah lagi TAKBUR sebenarnya adalah didalam frekuensi yang paling bawah dan rendah. Kita harus bebas dengan semua itu. Berani tetapi masih rendah diri. Tetapi jika berani dengan munculnya riak dan takbur adalah pasangan iblis juga. Kita akan ditakut-takutkan dengan risiko vaksin maka itu dengan sendirinya rangsangan sistem imun gagal mengeluarkan antibodi. Maka dengan itu bersedialah dengan NW 5 agar kita tidak alah jika terpaksa menerima vaksin. Terutamanya frontliner yang diutamakan. Antibodi kita akan dilatih kuat untuk mengenal musuh yang masuk ke dalam diri kita. Sebenarnya dalam diam kita tidak sedar kita yang telah menghina diri kita sendiri. Kita menjadi peminta disana sini. Kita tidak sanggup menjadi pemberi. Itulah sifat rendah DIRI. Kita memohon simpati dan sanggup merendahkan diri hanya kerana ujian dunia. Kemiskinan selalu membuat orang menjadi rendah DIRI.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Youtube: CVT Malaysia

Blog : www.cvtmalaysia.blogspot.com