*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*KESIMPULAN ILMIAH NW5*. NW5
berkaitan dengan perilaku antibodi atau karakter. Bermakna perilaku sangat
berkaitan dengan pengaruh hormon. Hormon kegembiraan atau keceriaan. Hormon yang
membangkitkan rasa kebahagiaan dengan meningkatkan mood. Hormon tidak dijual
difarmasi. Hormon secara semulajadi ada dalam pengaruh otak kita. Bermakna kita
yang perlu membangunkan hormon dengan aktiviti tubuh seperti bersenam atau
olahraga. Satu contoh aktiviti rasa gembira sambil bersenam adalah tarian
poco-poco. Tetapi saya sendiri ada alahan dengan tarian begini dan malu nak
menari. Tapi jika dah ambil NW5 pasti jadi. Kita perlu melompat dalam berbagai
gerakan yang bersantai. Kita perlu riang bersama rakan-rakan melakukan hal yang
sama kerana ini akan menyatukan getaran yang lebih banyak. Kita tidak boleh
melarikan diri dengan cara menyendiri. Kemurungan hanya akan mengundang iblis.
Jika kita sedang stress maka sebaiknya kita kena lakukan senaman olahraga. Bukan
hanya untuk keluarkan peluh, tetapi semasa senaman itu sendiri perlu ada rasa
gembira. Ada tarian dan nyanyian dengan gerakan bebas dan juga berirama. Tidak
ada senaman yang boleh menandingi poco-poco. Senaman yang dilakukan secara
beramai-ramai pasti telinga dan mata akan memainkan peranan yang boleh mencuit
hati. Bermakna kita cuba mengelakkan diri dari berfikir. Kita hentikan
sementara untuk memikirkan sesuatu yang akan mengundang stress. Senaman yang
membuat berbagai gerakan sehingga tubuh terasa penat. Apabila tubuh penat maka
hormon endorphin akan lebih banyak dikeluarkan. Apabila kita terasa penat maka
kita lebih mudah tidur, tidur akan lebih berkualiti kerana hormon endorphin
akan lebih banyak dikeluarkan. Bermakna apabila kita bangun tidur semua rasa
sakit pada tubuh akan hilang. Sakit kepala seperti migrain akan hilang. Tetapi jika
berlaku sebaliknya maka tidur kita sebenarnya mengundang penyakit. Tidur adalah
mukjizat yang semua manusia masih boleh menikmatinya. Kita perlukan tubuh
menggunakan tenaga dari apa yang kita makan. Kita tidak boleh biarkan tenaga
itu lesap begitu sahaja. Bermakna rehat yang berlebihan tanpa sebarang
pergerakkan juga mengundang pembentukan protein yang membusuk dalam sistem
pencernaan kita. Hormon gembira akan hilang jika kita terlalu banyak rehat dan
terlantar diatas katil. Elakkan memanjakan diri secara berterusan.
Cara mudah hilangkan stress adalah
dengan meluahkan segala rasa isi hati yang tidak puas. Ambil NW9 ketika nak
meluahkan dengan kata-kata. Satu persatu persoalan dapat dilepaskan dengan
kata-kata yang tepat. Hari rabu dan waktu subuh adalah waktu luahan terbaik.
Tetapi jika sudah ada NW9 boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja. Maka akan
keluarlah kata-kata dari emosi dan fikiran terpendam yang selama ini tersimpul
menjadi racun dalam diri. Hendak diluah tetapi tidak tahu hendak menyusun
bahasanya. Bahan kimia tenang ada dalam tubuh dan kita harus melonjak bergerak
untuk mengeluarkannya. Pilihan lain dengan cara bergerak berkemas rumah dan
berkebun juga baik. Memelihara dan melayani binatang peliharaan dengan penuh
kasih juga baik. Lakukan dengan ikhlas dan pasti kemuncak untuk mengeluarkan
hormon endorphin kemudian depormin sebagai ganjaran sehingga penat namun ada
rasa gembira dan kasih. Aktiviti gerakan penuh seharusnya kita mampu lakukan setiap
hari. *Ingat ya setiap hari!!!*. Bukan seminggu sekali. Lakukan secara
konsisten lebih kurang 20 minit pada bila-bila waktu yang sesuai. Sebaiknya
terdedah pada pancaran sinar matahari akan lebih baik tetapi masih boleh
diwaktu malam yang ada cahaya lampu yang terang. Hormon ini bertindak seperti *MORFIN*
yang akan memberi pereda rasa sakit. Semua ubat ada dalam tubuh kita. Tugas
kita adalah mengeluarkannya melalui berbagai gerakan. Kita berjalan membeli
belah juga dapat mengeluarkan hormon kebahagiaan ini. Stress terjadi kerana
kita sudah penat memikirkan sesuatu hal yang tidak kita ingini. Jika kita mahu
semua persoalan itu menjadi mudah maka lakukan hal yang saya sarankan tadi. Semua
akan kembali pada ﷲ dan kita
akan terselamat. Hidup perlu keceriaan. Kita perlu senyum. Jika kita pergi
berhibur namun masih tidak dapat ketawa ketika perlunya maka itu tidak akan
menyelesaikan masalah. Perlu kita sedari hidup ini hanya banyak tipu helah. Bergantung
pada kita sendiri mahu keluar dari kemelut dunia ini. Semua persoalan itu
hanyalah satu *PERSEPSI* yang bermain diotak bergantung pada cara kita melihat
dan menyelesaikan masalah.
Memakan coklat akan menambah hormon
kebahagiaan ini. Makanan yang pedas juga akan merangsang hormon keceriaan ini.
Bermakna orang yang sakit atau stress perlu bergerak aktif. Apabila kita berlapar
dengan sengaja juga akan mendatangkan stress. Melainkan kita berpuasa dengan
niat. Jika kita takut dengan suntikan vaksin nanti saya nasihatkan ambil NW 5
dalam beberapa jam sebelum disuntik. Ini akan menghilangkan rasa takut phobia yang
melampau. Rasa ketakutan itu satu tanda alahan. Kita akan menjalani vaksin
nanti lebih mudah. Sebenarnya bukan senang nak senyum dengan sendirinya melainkan
pada yang sudah konsisten mengamalkan NW 5. Hormon kebahagiaan ini akan
bertambah berkali ganda dan dapat bertahan lama beberapa hari. Bermakna jika
semua aktiviti pergerakkan seperti poco-poco tadi masih sukar untuk dilakukan
maka terpaksalah kita ambil NW 5 sebagai alternatif untuk ceria. Ada yang
melakukan yoga untuk mencapai tahap tenang tetapi masih sukar. Kerana semua
mesti melalui ceria dengan meningkatkan mood dahulu. Lakukan semua ini kerana ﷲ dan
kita akan kembali ceria malah tenang. Namun tenang adalah kemuncak kehidupan.
Tetapi selagi tidak ceria kita tidak akan dapat menuju tenang. Hidup pada
awalnya perlu keceriaan. Bermakna jika nak sihat kena ceria. Jika kita
mengalami sakit kronik yang berat pastikan kita kembali ceria. Seperti testimoni
yang dikongsikan oleh Dr Shidah untuk pesakit gangrean punca kencing manis yang
kembali ceria.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com
Kecerian pesakit datang untuk beli formula hari ini penuh kegembiraan sambil tunjukan perkembangan KESIHATAN 100% sihat saksikan luka tumbuh isi terima kasih prof pesakit minta saya tunjukkan bukti formula cvt terhadap penyakit nya dia kembali cergas.. Izin allah alhamdullillah 💙💜🌷 (DPC SHIDAH)