ILMIAH CVT MALAYSIA

March 14, 2021

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Warna memiliki getaran. Warna menggetarkan sel agar berfungsi. Bermakna ada frekuensi dalam ukuran warna pada setiap getaran. *Warna putih spirit*. *Warna merah jambu emosi*, *warna hijau minda* dan *warna biru fizikal*. 4 warna mewakili warna diri. Warna yang menentukan sifat atau karakter individu. Warna sejuk yang mempengaruhi kekuatan magnatik diri. Manakala warna kuning, jingga dan merah lebih mempengaruhi nilai-nilai kebendaan dalam kehidupan. Warna panas inilah warna didalam alam nyata yang lebih terang. Warna yang menjadi daya tarikan jin iblis dn syaitan mengikut kepercayaan dalam banyak keagamaan. Kuning, jingga dan merah yang dicemburui oleh makhluk halus. Warna yang dapat mempengaruhi makhluk halus. Dalam berbagai upacara persembahan warna ini menjadi pilihan. Dalam berbagai persembahan dan perayaan warna ini juga yang kuat daya ketertarikannya. Berbeza dengan warna diri yang menjadi warna psikologi dalam mengawal sifat dan karakter. *Putih sifat hening, merah jambu mengawal nafsu dan kesabaran, hijau warna mempengaruhi minda dan keikhlasan manakala warna biru mempengaruhi ketahanan diri dalam menempuh ujian agar redha dan bersyukur*. Warna dalam pengaruh cahaya bulan yang ada kekuatan daya magnatik. Berbeza dengan warna kuning, jingga dan merah pada pengaruh cahaya matahari untuk menambah cas-cas elektrik dalam aliran saraf darah. Warna-warna logam yang aktif. Zat-zat kebendaan seperti besi, perak, tembaga, emas dan sebagainya. Iblis, jin dan syaitan sangat alah dengan sinar matahari. Oleh itu warna-warna dalam pengaruh cahaya matahari menjadi pilihan makhluk halus. Beruntung sungguh kita sebagai manusia yang dapat memiliki dan menilai warna-warna terang ini.

 

Warna yang banyak dari sumber dalam tanah. Sehingga semua zat-zat warna yang terang ini jika bersatu akan menjadi hitam. Benarlah kita lebih istimewa yang diciptakan dari tanah hitam pilihan. Hanya dalam bidang perbomohan telah menyalahgunakan warna-warna zat kebendaan ini dalam memuja hal-hal ghaib.  Warna merah yang sangat bertuah dan kuat daya ketertarikkanya yang ada dalam darah yang berwarna merah. Warna keyakinan dan keberaniaan. Atas sebab itu banyak hal-hal ke jalan syirik membuat persembahan menyembelih binatang yang berwarna hitam untuk pemujaan. Warna hitam yang disalah gunakan. Ilmu warna yang amat misteri masih banyak yang perlu kita ketahui. Akan menjadi ilmu apabila kita sudah membuka tirai rahsianya. Semua kejadian dalam tanda-tanda warna. Warna hitam yang memberi rangsangan pada deria rasa umpamanya. Makhluk halus yang boleh mengganggu deria saraf. Kita kehilangan deria rasa. Radiasi berat makhluk halus ini yang berada dalam kegelapan dan kepekatan hitam tanpa cahaya amat mengganggu sistem saraf. Menghambat dan melambatkan sistem tubuh yang sepatutnya laju dan terkehadapan. Sebab itu kita perlu gunakan *T-TREE CLEANSER* dari sumber bahan yang ada bahan aktif dengan frekuensi hitam untuk kekuatan semula saraf otot dan tulang. Makhluk yang akhirnya menumpang dalam tulang-tulang kita. Mengganggu sendi, memberi rasa sakit atau menghilangkan rasa. Semua ini adalah gangguan makhluk halus. Jadikan *T-TREE CLEANSER* sebagai sabun mandian dan urutan pada sendi-sendi yang bermasalah. *T-TREE CLEANSER* dapat meleraikan radiasi panas yang menyelubungi tubuh kita. Jelas sekali makhluk halus yang ghaib tidak kelihatan sangat tidak berkaitan cahaya apatah lagi warna. Dunia mereka adalah hitam pekat dalam kegelapan tanpa cahaya. Jauh sekali untuk memiliki warna diri yang lebih tinggi frekuensinya. Umpamanya warna putih menambah kekuatan keimanan dalam kepercayaan diri yang kuat. Warna merah jambu menambah kekuatan keimanan dengan sifat sabar dan kasih. Merawatlah dengan getaran warna. Moga semua warga CVT sentiasa dalam cahaya rahmat kasih .

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my