ILMIAH CVT MALAYSIA

March 17, 2021

 

*Salam Prof Maaf nak bertanya ttg bulan*. *Bulan Syaaban yg ada di langit BUKAN SAIZ IKUT TARIKH*. *Mohon pencerahan dari Prof*🙏 (*PERKONGSIAN PENGAMAL CVT SELATAN*)

 

*-PENCERAHAN PROF NW-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

*Ya super pink moon*. Saiz besar tidak kurang 15 peratus. Paling besar dalam sejarah walaupun sejak akhir-akhir ini sudah 3 kali berlaku super moon. Tapi tidak berwarna pink. Sehingga banyak bunga yang berwarna pink akan lebih berkembang besar dan banyak termasuk bunga liar dalam hutan yang berwarna pink. Macam ada penawar untuk yang hiper aktif atau jatuh trauma dalam gangguan kasih sayang. Pengaruh daya tarikan bulan akan lebih kuat pada air dan darah. Bermakna hormon dalam darah akan lebih terangsang. Pengaruh hormon sangat mempengaruhi karakter atau tingkah laku. Jika tidak terkawal akan menjadi hiper keterlaluan. Jika yang postif dalam frekuensi warna pink ini akan mengubah rasa kasih. Darjat kasih dan sayang kita ditingkatkan. Rasa nak mengamuk secara trauma patut dihilangkan. Semua dikawal pada bahagian otak. Warna pink dalam frekuensi pahit. Pahit penawar sel-sel kanser yang semulajadi. Pahit mengimbangi rasa manis yang berlebihan. Rasa manis dalam frekuensi merah.  Merah jambu lawan merah. Jin tertarik dengan warna merah tetapi alah dengan warna pink. Jangan pula salah faham dan menyangka warna merah yang disukai jin maka kita patut mengelakkannya. Merah itu ada dalam darah kita. Darah kita menjadi idaman jin. Oleh itu imbangi dengan rasa pahit dalam warna pink. Kita berpeluang memakai merah pada hari sabtu. Daya ketertarikkan kebendaan dan murahnya rezeki itu adalah merah. 

 

Oleh itu janganlah menganggap warna itu tidak memiliki apa-apa makna malah sebaliknya ia berpengaruh dalam berbagai tujuan yang masih misteri pada yang tidak mengetahuinya. Yang pasti warna itu adalah tanda-tanda yang memiliki ukuran atau frekuensi dalam berbagai hikmah dan tujuan.  Di dalam cahaya akan muncul warna. Rugilah iblis dalam rahsia kegelapan hitam yang pekat. Hanya gara-gara riak, takbur dan sombong. *Perlu NW 3 nampaknya ni!!!*. Moga memberi kasih dan rahmatnya pula sebagai ganti sebab secara keserentakkan jatuh pada malam Nisfu Syaaban. Malam penuh hikmah. Pada yang beramal baik. Yang bersifat kasih pada sesama. Sudah memohon maaf sesama. Selagi kita tidak putuskan silahturahim.  Cepat sambung semula.  Ingat pada ibu kita yang tidak terbalas kasihnya pada kita. Itulah hukumnya. Permulaan musim bunga yang lebih panas. Apapun fenomena ini banyak yang ekstrem. Moga kita yang tahu rahsia ini perbaiki amalan dan kasihilah sesiapa yang pernah memusuhi dan mengkhianati kita dahulu. akan gantikan yang terbaik. In sya Allaah. Yang pasti jin dan yang jahat itu syaitan amat takut dengan warna pink yang ekstrem ini. Hanya mungkin jika ada awan tidak jelas nak nampak pink yang terang.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my