*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*Fungi NW12 dalam JATI DIRI atau
IDENTITI*. Berdasarkan pemerhatian saya
pada kes yang berat apabila seseorang yang sudah terserang Covid 19 ini keadaan
kesihatan darah pesakit akan mengalami banyak kerosakkan. Sel-sel darah merah
banyak yang dijangkiti dan perlu diganti. Darah beku dengan gumpalan buih dan
kurang oksigen sehingga menyumbat aliran darah ke jantung dan paru-paru. Risiko
kematian akan berlaku hanya kerana gejala pada sistem pernafasan yang
lemah. *Oleh itu saya cadangkan NW12
memainkan peranan untuk merangsang kerja organ LIMPA atau spleen*. Organ yang
dekat dengan perut dalam susunan yang sama dengan frekuensi hati. Limpa yang
sihat akan menyaring sel-sel darah merah agar tidak terlepas mengalir ke
seluruh tubuh. Bermakna virus yang menyerang akan ditangkap dan dimusnahkan
oleh sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih itu juga dikeluarkan oleh organ
limpa. Inilah organ yang menguatkan sistem imunitas tubuh secara menyeluruh.
Inilah organ yang bertindak seperti kerja antibiotik apabila tubuh dimasuki
oleh virus atau bakteria. Oleh itu kita tidak perlukan antibiotik malah virus Covid
tidak mampu dimatikan oleh sebarang jenis antibiotik. *Secara semulajadi yang perlu
kita jaga adalah vitalitas energi organ limpa ini*. Kita didalam CVT amat bernasib
baik kerana ada konsep mempertenagakan sel-sel dan sekaligus fungsi mana-mana
organ itu sendiri. Organ limpa yang menggantikan sel-sel darah merah dan
sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih itulah tentera-tentera(makhluk) ﷲ yang paling rentan melindungi tubuh dari tidak
terkena penyakit.
*Sekali lagi saya ingatkan bahawa
sistem kekebalan tubuh sangat bergantung pada zat pemakanan iaitu protein untuk
membentuk ANTIBODI*. Zat-zat protein yang tidak alah akan menghasilkan sel-sel
darah merah yang sihat selain yang dikeluarkan juga oleh sum-sum tulang dalam NW20.
Pastikan kita makan sebelum menerima vaksin. Jika perut kosong semua ini tidak
bermakna kerana tiada energi yang akan dihasilkan. Secara rasionalnya apabila
kita divaksin nanti bermakna virus-virus asing yang dilemahkan akan dikenalpasti
secara cekap oleh sistem imunitas tubuh. Bermakna keberkesanan vaksin sangat
bergantung pada keadaan tahap vitalitas sistem kekebalan tubuh termasuk
ANTIBODI. Limpa inilah yang akan diserang dan menanggung beban dari sebarang
virus agar tidak menular dan berlaku jangkitan. Limpa dan sel-sel darah putih
akan menjinakkannya. Bermakna jaminan yang lebih tinggi agar vaksin tidak memungkinkan
kita terkena jangkitan Covid adalah masuk akal dan boleh diyakini. Sepatutnya
inilah yang perlu dilakukan oleh semua orang. Kita ada banyak teknologi dengan
jalan pintas kearah meningkatkan vitalitas sistem tubuh. Jika tidak ada limpa
maka bantuan pada hati juga akan memainkan peranan yang hampir sama. *NW12
bersamaan dengan frekuensi LIMPA, PERUT dan hati*. Nampaknya secara psikologi
KEIKHLASAN itu adalah antibodi semulajadi dalam tubuh. Bersedekahlah dengan penuh
keikhlasan hati dalam merawat diri tanpa ubat. Saya percaya itu sangat sukar
dilakukan jika kita tidak memahami hikmah besar sifat keikhlasan itu. Jika buah
pinggang mencuci darah dan berbeza dengan limpa menapis sel-sel darah merah.
Hanya sel-sel darah merah yang sihat sahaja dibenarkan mengalir. Sel-sel darah
yang sihat akan dihancurkan didalam limpa. Kita kembalikan pada sistem tubuh
bekerja mengikut peranannya. Itulah fungsi NW dalam kaedah rawatan yang paling
ilmiah. Proses penyembuhan dapat menggantikan sel-sel darah yang hilang.
Sel-sel darah putih atau limfosit itulah tentera-tentera(makhluk) ﷲ yang akan bekerja melawan virus ini.
Pada sesiapa yang sudah biasa
mengamalkan NW12 dalam tempoh 3 bulan dari waktu terima vaksin ini dipercayai
masih memiliki vitalitas energi pada frekuensi limpa ini selain hati dan perut.
Pada yang masih belum pernah mengamalkannya maka amalkan selepas satu hari
menerima vaksin iaitu selepas NW8. Jika dalam masa satu minggu setelah mengamalkan
NW12 dan keadaan sihat maka kita terselamat dari kesan tindakbalas vaksin dan yang
paling penting tubuh kita sudah mengenal sifat virus didalam vaksin yang kita
terima itu. Kesimpulannya, moga *FORMULA JATI DIRI atau IDENTITI* ini bukan
sahaja untuk tujuan mempastikan keberkesanan vaksin yang sebenarnya sangat
bergantung pada tahap sistem imunitas tubuh kita sendiri. Panduan 4 jenis
frekuensi dalam formula ini dapat membangunkan tujuan. *Kepada yang tidak
bersedia menerima vaksin ini atas berbagai alasan yang tidak dapat dielakkan maka
adalah sangat perlu mengambil formula ini sebagai langkah pencegahan juga*. Pada
yang ada kecelaruan personaliti atau keperibadian sejati sangat membantu.
Terimalah dengan ikhlas ilmu ini agar kita dapat jauh lebih faham. Kita
sentiasa dalam anugerah cahaya terang kasih ﷲ yang tidak
ada batasnya. Bersihkan limpa dan sekaligus hati kita dengan sifat keikhlasan yang
sejati. Semoga semua warga CVT diberi perlindungan dan sentiasa didalam rahmat ﷲ jua. Aameen.
Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia |
@hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my