ILMIAH CVT MALAYSIA

April 7, 2021

 

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 

Fungsi pintar NW. Kita sakit mesti bersebab satu contoh :  NW 8 yang berfungsi sebagai pusat kawalan pencernaan pada bahagian otak bawah atau Medulla Oblongata. Dari segi sifat atau karakter lebih berkaitan pada gaya kekuatan daya fikiran. Bila fikiran segar dan bertenaga maka tidak ada kegusaran dan debaran. Nafas lebih teratur dan rentak jantung lebih seimbang. Bermakna daya fikir yang kuat dapat mengelakkan kekeliruan. Kekeliruan akan mencetus rasa was-was dan keraguan. Semua persoalan menjadi kabur dan tidak jelas. Resah gelisah dan syak wasangka. Semua berproses dari cara berfikir yang lembab. Semua menjadi bercelaru dan berserabut. Simptom fizik akan terasa berat ditengkuk. Banyak tenaga akan hilang kerana memikirkan perkara yang tidak ada kesudahannya. Tenaga itu adalah seumpama *NYAWA* kita. Berbeza  roh dan jiwa. Sumbangan hasil tenaga atau nyawa itu adalah dari tenaga yang terhasil dari *PENCERNAAN* apa yang kita makan. Sebab itu keresahan amat mengganggu pencernaan. Makanan bertukar menjadi gas yang tidak bertekanan. Sepatutnya makanan menjadi bunyi-bunyi yang bertekanan. Bunyi itu akan menghasilkan irama dalam kehidupan. Harmoni atau kepincangan. Jenis makanan alahan menjadi punca kepada gangguan fikiran. Nak salahkan makanan atau nak salahkan akal fikiran kita yang lembab. Atau sememangnya makanan alahan yang membuat akal fikiran kita menjadi lembab.

 

*Bahagian pencernaan yang paling asas dikendalikan oleh NW 12 selain NW 14 dan NW 15*. Tenaga bahagian fizikal akan dikendalikan pula pada buah pinggang. Kuat buah pinggang maka kuatlah seluruh tubuh badan. Tetapi jika zat makanan tidak bertukar menjadi tenaga maka kita akan mengalami stress. Stress bermaksud letih secara fizik tubuh badan bersama letihnya daya pada akal fikiran secara serentak. Frekuensi kuning itu adalah sumber kekuatan tenaga. Bahagian pencernaan pada NW kuning ini sangat berkaitan antara satu sama lain. *NW 13 buah pinggang dan NW 15 pankreas*. Pankreas akan menghasilkan insulin untuk mengubah gula menjadi tenaga. Tetapi jika fikiran kita bercelaru dengan rasa resah dan gelisah pasti apa yang kita makan akan tetap bertukar menjadi asid dan gas. Walau sebaik manapun zat yang kita makan. Elakkan rasa susah hati ketika dan selepas makan. Biasanya selepas makan otak bertenaga dan rasa stress kembali ringan. Tetapi sikap kita sendiri yang suka memikirkan hal-hal keduniaan yang tidak berkesudahan. Kita nak semua berjalan dengan sempurna. Itu sangat tidak mungkin. Sebab tiada yang sempurna melainkan Allaah. Maka masih dalam kuasa kita untuk nak pilih fikiran yang negatif dan salah. Dan masih dalam kebijaksanaan kita untuk memilih makanan apa yang tidak menjadi alah.

 

Bahagian tengkuk jika diketuk kuat akan menghilangkan sekejap nyawa. Kita pengsan seketika tetapi masih tidak mati sebab jiwa dan roh masih ada. Hanya pusat kawalan nyawa atau tenaga yang terganggu. *Oleh itu NW 8 dan NW 12, NW 13, NW 14 dan NW 15 menjadi pasangannya*. Kita pertenagakan atau nyawakan bahagian mana yang bermasalah. Selain punca makanan alahan pengambilan dadah dan ubat-ubatan kimia juga akan menjejaskan bahagian tengkuk atau otak bawah ini. 

 

*BERSAMBUNG...*

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my