ILMIAH CVT MALAYSIA

April 22, 2021

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  


Lakukan sendiri terapi intensif urutan ais dileher atau ditengkuk.  Tidak perlu jumpa pakar atau ahli yang professional. Melainkan berlaku kecederaan akibat kemalangan. Perlukan x-ray dan untuk melihat bahagian mana yang tercedera. Tulang teranjak, tendon terkoyak, ligamen dan otot saraf menjadi keras dan sebagainya. Dibulan ramadan ketika berpuasa ini lebih banyak aduan dari pesakit mengenai sakit dileher. Jika berjumpa pakar maka akan ditanya sejarah penyakit. Akan diterangkan apakah nama, jenis dan kategori keadaan dan mengikut simptom. Dan ubat penahan sakit akan diberikan. Sebenarnya itu bukan solusi atau jalan penyelesaiannya. Pakar fisioterapi akan mencadangkan urutan secara berkala dengan senaman tertentu. Biasanya kita akan pergi berjumpa pakar selepas kesakitan sudah merebak ke bahu dan lengan. Itu jika dibiarkan lama tanpa apa-apa usaha yang dapat dibuat. Dalam keadaan ini kita jangan keliru dan panik. Kita ada T-Tree Cleanser (T3) bertenaga yang mampu menyerap asid dan gas dari luar dengan cekapnya. Lemak dibahagian leher yang menebal adalah salah satu punca utamanya. Namun punca sebenar adalah gangguan penghadaman didalam perut dan usus besar.


Apabila kita berbuka dengan cara makanan yang berat dan banyak akan melemahkan pencernaan. Apabila pencernaan lemah maka bahagian tengkuk dan leher akan tegang, kaku dan keras. Kerana pusat kawalan pencernaan adalah dibahagian tengkuk dan leher. Iaitu bahagian otak bawah yang mengawal kuasa berfikir. Sepanjang malam kita makan dengan jenis makanan yang banyak asid dan mengundang gas dalam sistem pencernaan. Ketika bersahur juga dihimpunkan makanan yang banyak ke dalam perut. Apabila banyak makanan secara berlebihan akan membuat kerja pencernaan bertambah. Bahagian pencernaan juga akan keletihan dan sistem pencernaan akan mula lumpuh. Bukan badan sahaja yang kita tahu boleh lumpuh. Ketika berpuasa diwaktu siang yang panjang perut kita meragam dan masuk angin. Perut berbunyi kerana yang menghadamkan makanan malam tadi adalah asid. Pencernaan bukan berlaku secara semulajadi hasil dari rembesan beribu enzim secara semulajadi. Dan bila perut cepat lapar maka badan letih dan fikiran tertekan. Apabila kita ada sejarah lemah pada bahagian fikiran atau kita berhadapan banyak urusan untuk difikirkan maka bahagian tengkuk akan diserang dengan kuat. Biasanya kejadian ini berlaku semasa bangun pagi dan dikaitkan dengan posisi tidur yang salah. Wal hal hari-hari kita tidur dengan posisi yang luar biasa tetap juga kita bangun tanpa sakit pada mana-mana bahagian. 


Sakit urat belikat juga berkaitan masalah angin dari dalam perut dan sakit disedari selepas bangun dari tidur. Sebenarnya gejala sakit leher ditengkok ini boleh sahaja berlaku pada bila-bila waktu. Mungkin ketika kita duduk berehat yang lama juga akan boleh hadapi rasa sengal-sengal, sakit menyucuk dan kebas-kebas. Ingat ya!!...semua itu kerana perut banyak asid dan angin. Aliran darah amat terganggu dibahagian leher. Tumpuan aliran darah yang banyak tersekat dibahagian leher. Darah yang banyak kandungan gas yang keluar dari usus besar akan memperlahankan alirannya malah terus tersekat dan leher boleh bengkak. Pastilah bahagian yang paling tertekan dan berat yang akan mengalami serangan adalah dileher. Jadilah pakar untuk diri sendiri. Ambil seketul ais dan tuam berkali-kali. Selepas itu sapukan T-Tree Cleanser (T3) dibahagian yang benar-benar sakit. Picit kuat sedikit dibahagian yang sakit dan lenguh. Aliran darah akan kembali mengalir baik. Ais akan menyerap gas. Bila ada ais bahagian saraf yang sensitif tidak akan mudah cedera. Elakkan urutan-urutan yang keras melainkan dengan ais. Ais akan merangsang saraf untuk menyusun kembali pada kedudukan asalnya. *T-Tree Cleanser (T3) yang ada frekuensi saraf, otot dan tulang akan menjadi penahan sakit semulajadi. Kelegaan begitu cepat dirasai. Jadi kita tidak perlu buang masa pergi berjumpa doktor kerana punca sebenar adalah angin yang ada didalam perut dan usus besar kita merebak menyerap masuk ke dalam aliran darah dan tumpuan pertama yang yang bergejala adalah dileher. Untuk menyerap asid dan sekaligus gas secara dalaman adalah merawat usus besar. Amalkan ACACIA probiotik semulajadi. Pastikan cara buang air besar yang benar-benar dapat membersihkan usus. Sama ada usus kecil atau usus besar maka serbuk ACACIA sangat kuat menarik keluar urik asid dan membersihkan darah. Ketenangan dan keheningan melalui tanda kualiti tidur dan menjadi cara hidup yang amat berharga yang tidak dapat dibeli.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my