ILMIAH CVT MALAYSIA

May 2, 2021

 

*-ILMIAH CVT MALAYSIA-*

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 

Masih keliru?  Formula *JATI DIRI/IDENTITI* dibuat khusus untuk sesiapa yang bakal menerima vaksin dan dibuat khas pada sesiapa yang ada sejarah kes riaksi ALAHAN untuk menerima suntikan ubatan terdahulu apatah lagi vaksin. Maklumlah masih belum ada panduan vaksin dan semua ini masih dalam proses penilaian. Oleh itu *BAKAL CALON* yang sudah mendaftar sebaiknya ada langkah persediaan yang lebih semulajadi. CVT akan tetap memainkan peranan sebagai satu entiti dalam penjagaan sistem kesihatan secara semulajadi. Tujuan formula adalah untuk memantau riaksi alahan segera pada penerima juga untuk mempastikan keberkesanan vaksin yang masuk ke dalam tubuh dapat menjana antibodi atau merangsang tindak balas imun. Ini termasuklah keletihan, sakit kepala, sakit otot, menggigil, sakit saraf, sakit badan, sakit sendi dan demam. Dalam kebanyakkan kes riaksi alahan ini akan hilang dalam beberapa hari. *PENCEGAHAN* riaksi alahan lebih baik dari merawatnya. Andai jika berlaku riaksi alahan maka formula khas yang lain iaitu NW7 diperlukan untuk menurunkan suhu iaitu demam dan NW12 untuk rawatan gas agar oksigen cukup dalam aliran darah. Walaupun ada kematian dilaporkan namun masih amat kecil berbanding kes kematian Covid itu sendiri.

 

Jika kita masih ragu akan kebenaran bahaya Covid maka kejadian yang berlaku di India perlu menjadi iktibarnya. Kita tidak rela melihat keruntuhan satu sistem penjagaan kesihatan hanya gara-gara sikap ambil mudah. Satu rekod tertinggi yang paling mengerikan berlaku di India. Perlunya *FORMULA JATI DIRI* kerana ada rekod kematian akibat riaksi vaksin menyerang kerosakkan jantung yang teruk akibat suhu badan yang panas. *Jangan lupa fakta ilmiah ais dan karbon dioksida yang diberikan*. Apa itu rahsia seketul ais secara fakta. Semua itu sudah kita praktiskan dan ini bukan lagi teori atau hipotisis. Turunkan suhu dan kita selamatkan jantung dan paru-paru. Sistem imunisasi melalu vaksin terkini memberi rangsangan pada mRNA sendiri untuk proses selular tertentu secara semulajadi mengikut sistem tubuh dan akan musnah setelah digunakan.  Perlu diingat badan manusia akan menyingkirkan vaksin mRNA selepas ia menghasilkan PROTEIN walaupun jangka masa terbatas tetapi sudah cukup baik untuk mematahkan rantaian wabak yang mengganas ini. Di jangka dos vaksin suntikan ke dua akan memberi kesan yang lebih baik. Oleh itu jangan bimbang kerana vaksin kali ini lebih ringkas berbanding cara konvensional yang menggunakan virus itu sendiri. Keberkesanan vaksin hanya boleh dikesan selepas dua bulan penerimaan suntikan. Suntikan perangsang mungkin diperlukan dari masa ke semasa kerana menyesuaikan jika berlaku sifat virus yang berubah-ubah. Ini satu berita gembira buat warga CVT kerana formula CVT yang bersifat merangsang energi sebuah sel dan sesuai dengan konsep vaksin yang diberi memasuki sel tetapi ia tidak akan mempengaruhi nukleus sel dimana DNA kita disimpan.

 

Mungkin inilah masanya formula dalam konsep energi dapat seiring dengan konsep vaksin dalam membuktikan secara sains keajaiban di masa hadapan. Sekali lagi saya jelaskan bahawa vaksin kali ini bertujuan merangsang antibodi dan sistem imun secara semulajadi. Sesuai dengan tujuan yang sama *FORMULA JATI DIRI* seperti NW1 merangsang sistem imun dan NW5 merangsang antibodi. Bermakna keberkesan vaksin akan jauh lebih berjaya dengan kemampuan sistem kekebalan tubuh dipertingkatkan secara semulajadi.

 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my