ILMIAH CVT MALAYSIA

May 26, 2021

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pencerahan maklumat teori gula dan sistem imun. Saya percaya ramai yang masih keliru kenapa kadar bacaan gula masih tinggi didalam darah walaupun sudah mengamalkan diet gula dan makanan berkhasiat yang ketat. Pakar perubatan juga doktor masih keliru apatah lagi kita. Saya cuba sebaik mungkin untuk memberi kefahaman secara falsafah mudah. Malah teori dan maklumat tetap diperlukan agar kita tidak menghabiskan banyak masa dan hanya mencapai hasil yang sangat sederhana. Sebenarnya cara mengukur tahap kesihatan kita dengan mudah adalah bagaimana tubuh kita selepas melakukan kerja berat apatah lagi selepas aktiviti senaman yang meletihkan tetapi dengan CEPAT KEMBALI MEMULIHKAN KEPENATAN itu menjadi segar dalam kadar yang segera. Membuat pemeriksaan kadar gula dalam darah adalah suatu praktis harian yang sia-sia. Lebih jelas buruk tahap kesihatan kita jika tanpa kerja malah lebih berehat dan tubuh sentiasa rasa letih tidak berdaya. Itu tanda sistem pencernaan dan sintesis pertukaran zat secara kimia kepada tenaga tidak sempurna. Masih ingat mengenai protein terbaik yang saya cadangkan adalah ikan. Atau yang paling mudah protein omega 3 adalah telur. 


Kenapa pengalaman orang-orang zaman dahulu memakan 2 biji telur ayam kampung bersama madu??. Tetapi kita amalkan makan telur dengan kicap masin. Kenapa mesti madu??. Jelas madu atau gula yang akan memecah sistesis protein menjadi asid amino didalam perut untuk disimpan pada hati dan otot menjadi glikogen. Tetapi malangnya gula yang kita makan terus masuk ke dalam darah jika tidak disatukan dengan protein. Gula bersama kesatuan protein. Gula diberi tugas. Dan pastikan gula tulen yang dineutralkan agar tidak masuk ke dalam darah. Tetapi sudahkah kita beralih sepenuhnya kepada gula tulen??. Benarkah kita masih belum bebas dari gula beracun jika masih minum minuman bergas dan pergi ke restoran dan masih minum kopi atau teh tarik dan sebagainya. Gula jenis ini hanya membebankan hati dan kerja otot. Kerana sukar untuk ditukar kepada tenaga. Bermakna asid amino yang akan menguatkan antibodi juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi tubuh tidak dapat dikeluarkan dengan banyak. Maka kita mudah sahaja terdedah kepada sebarang penyakit. Bermakna gula sampah yang beracun ini adalah punca kenapa zat-zat yang baik dalam protein yang kita makan gagal menjadi ubat. Wal hal apa sahaja yang kita makan semuanya baik malah cukup untuk kesihatan. Bayangkan ahli sukan bina badan yang makan 10 kali ganda dari kita yang kadar gulanya masih normal. Bentuk badan cantik dan tubuh yang subur. Amalan memakan gula tulen seperti madu adalah rahsia terbesar mereka selain dari amalan-amalan yang lain. Apakah amalan itu?? Amalan bererti disiplin pada sesuatu tugasan yang konsisten pada setiap hari. Jika amalan ini yang kerajaan sesebuah negara mewajibkan pada rakyatnya maka pasti dapat menapis, mengelak dan mengawal sepenuhnya wabak penyakit apa sahaja. Tubuh SETIAP rakyatnya cukup tinggi kekebalan. Ingat ya!!! telur suku masak maksima setengah masak bersama madu.  Jika dapat telur ayam kampung. Inilah protein iaitu makanan yang bertukar menjadi ubat terbaik apabila disatukan dengan madu. 


Madu itu adalah gula dari karbohaidrat kompleks sebagai rizab tenaga yang tersimpan dihati dan otot. Bermakna rahsia terbesar untuk sihat adalah daya FIKIRAN dan gerakan bertekanan pada otot. Maksud saya secara falsafahnya adalah hati itu akan memegang kunci daya fikiran yang jernih ikhlas. Manakala otot memelihara KECERDASAN fizikal untuk sihat. Bermakna membuat manusia tertekan, terkurung dan hilang pendapatan bukan langkah yang bijak. Ramai yang menderita dengan mengalami tekanan fikiran dan banyak kes kejadian bunuh diri yang dirahsiakan. Saya melihat kerajaan kita yang ada ini sangat prihatin dan sedang cuba mengimbangi antara ekonomi dan kesihatan rakyatnya. Hakikatnya zat makanan yang kita makan tersimpan lebih banyak didalam otot. Siapa yang akan mengolah zat ini jika bukan cahaya matahari. Vitamin D umpamanya juga berkaitan sistem imun yang banyak terdapat didalam telur. Bukan bermaksud vitamin D dihasilkan oleh cahaya matahari tetapi cahaya matahari yang akan memecahkannya melalui latihan otot atau senaman ringan seperti aerobik. Bermakna memakan makanan berzat seperti telur dan madu tidak akan membantu jika kita malas bersenam dan terdedah pada cahaya matahari. Lakukan senaman perut umpamanya dan cukup 20 minit dengan terdedah pada cahaya matahari. Lakukan secara konsisten setiap hari kerana zat hari ini akan dipindahkan untuk persediaan hari esoknya pula. Jika tidak zat yang sudah dipindahkan pada hati dan otot menjadi racun juga. Begitulah hidup ini perlukan kerja dan kuasa berfikir secara positif jika mahu sihat. Kerana daya tenaga virus akan kalah sepenuhnya dengan daya fikiran dari manusia cerdas. Sekali lagi saya ingatkan ya!!!. Jangan lupa senaman renggangan konstruksi otot-otot setiap hari. Sel-sel otot sihat. 


Cuba lihat pada tubuh kita dibahagian mana otot-otot kita memerangkap lemak yang melemaskan mata melihatnya. Kita harus akui yang selama ini kononnya kita memakan makanan yang berzat tetapi tidak digandingkan dengan gula tulen. Kita juga kena akui yang kita sebenarnya malas melakukan senaman. Kita juga akui bahawa tubuh kita rasa perit apabila terkena cahaya matahari dan akhirnya kita duduk sahaja dalam rumah. Selain vaksin dan patuhi SOP dan yang paling penting adalah amalan makanan sihat bersama madu yang saya cadangkan diatas adalah lebih praktikal dan menyakinkan agar dapat mengelak tidak mudah terjangkit atau jatuh sakit. Apakah mesej berfalsafah ini membantu kita memahami cara meningkat sistem imun??*. Adalah lebih bahaya jika siapa yang lapar dan terlalu banyak diet tetapi mahu melakukan senaman sihat matahari dan otot. Sel-sel otot akan habis tidak berganti malah banyak jaringan saraf akan dilahap memungkinkan lebih terdedah pada kekejangan dan stroke. Bakar dan guna tetap kekalkan jumlah karbohaidrat dan protein yang baik. Elakkan kehausan dan rasa lapar yang melampau boleh membuat tubuh mengalami dihairadrasi dan membuat sistem imun lemah. Jika ini satu pendidikan yang ditekankan pada rakyat saya percaya dalam tempoh satu bulan kita dapat melawan virus. Virus sebenarnya hanya menunggu peluang untuk masuk dan menjatuhkan lagi tahap sistem imun kita yang sudah sedia ada jatuh.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my