FORMULA JATI DIRI

June 1, 2021

 -PENCERAHAN CARA PENGGUNAAN SET JATI DIRI-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kepada semua warga CVT yang sudah mendaftar untuk mengambil vaksin tidak perlu ragu.  JATI DIRI ada FORMULA NW. NW1 untuk sistem imun dan NW5 untuk elak alahan dan rangsang antibodi. Boleh amalkan seminggu lebih awal sebelum tarikh menerima vaksin. Atau sehari sebelum menerima vaksin. Asingkan pengambilan dalam dua waktu yang berbeza. Seperti NW5 pada sebelah pagi dan NW1 pada sebelah petang. Jika tarikh masa pengambilan sudah tahu lebih awal sebaiknya masa 5 hari mengamalkan setiap satu botol secara perlahan-lahan sehingga habis. Namun jika kesuntukkan masa hanya ada sehari sahaja maka sebaiknya habiskan dalam masa yang singkat iaitu setengah hari. Lebih kuat tenaga NW jika diamalkan lebih kerap.  Manakala NW12 untuk pencernaan boleh diamalkan sebaik sahaja selepas menerima vaksin. Selewatnya dalam masa satu hari. Sebaiknya mulakan dengan NW12 dahulu pada sebelah petang dan NW8 pada sebelah malam. Jarak masa untuk tukar formula yang lain adalah minima setengah jam. Jika formula tidak dapat dihabiskan dalam masa satu waktu itu maka bolehlah sambung pada hari berikutnya. Paling lama 3 hari formula NW mesti dihabiskan. Tetapi jika dapat dihabiskan dengan cepat adalah lebih baik.   Jumlah biji sekali keman minima 7 biji. Jika nak masuk dalam saiz 500 ml air minima adalah 50 biji/ 1 tutup penuh penutup NW. Air tidak semestinya penuh satu botol. Anggaran sahaja. Habiskan satu botol air dalam masa satu jam. Bermakna jika satu masa sebelah petang anggaran masa ada 6 jam. Bermakna boleh guna untuk 3 botol. Lebih banyak minum air lebih baik.  Air memang dioerlukan dengan banyaknya. Jika yang malas nak kemam eloklah ambil bersama air.


Sebenarnya cara pengambilan terpulang kreativiti masing-masing.  Asalkan waktu ambil NW tidak boleh serentak. Masa pengambilan juga bebas. Ada 3 waktu. Pagi atau petang atau malam. Juga tidak menjadi masalah nak mulakan NW yang mana dahulu. Hanya NW1 dan NW5 sebelum vaksin dan NW12 dan NW8 selepas vaksin. Sebaiknya goncang perlahan-lahan botol NW sebelum digunakan.  *Jangan tersentuh atau dipegang terus NW dengan tangan. Sebaiknya gunakan sudu plastik atau penutup botol untuk mengambil NW. Manakala SW yang ada dalam FORMULA JATI DIRI boleh disapu ditempat nak kena cucuk dengan SW5/1. Selepas kena cucuk sapu dan tuam dengan ais dan SW5/1. Tujuan agar ubat masuk dalam darah lebih lancar dan aktif untuk menjalankan fugsi yang cepat dan tepat. Juga boleh letak satu titik dilidah. Pastikan perut tidak makan makanan berat sebelum vaksin.


Tujuan utama pengambilan FORMULA JATI DIRI bukan pengganti vaksin. FORMULA JATI DIRI juga bukan ubat pembununuh virus covid. FORMULA JATI DIRI akan meningkatkan sistem imun dan sekaligus merangsang antibody. FORMULA JATI DIRI akan menghilangkan rasa takut tidak menentu apabila nak menerima suntikan dengan jarum. Banyak kita saksikan alahan sensitiviti pada individu tertentu ketika nak dicucuk. Namun fungsi yang lebih besar adalah untuk mempastikan antigen dapat dilatih cekap untuk mengenalpasti patogen asing. Kerana faktanya adalah hampir 98 peratus kes sembuh tanpa ubat adalah sangat bergantung pada sistem imun dan antibodi seseorang. Ingat ya!! bahawa vaksin bukan ubat yang boleh membunuh virus. Yang akan melawan dan mengusir virus yang disebut patogen ini adalah antigen yang dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Bermakna formula ini akan mempastikan vaksin dapat bekerja secara maksima dan berkesan jika sistem imun kita kuat. Formula NW juga akan merangsang kerja antibodi agar kesan vaksin tidak menimbulkan kesan sampingan jangka panjang. Bermakna gandingan dan pasangan kerja formula dan vaksin memberi manfaat yang lebih baik.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my