ILMIAH CVT MALAYSIA

June 10, 2021

 -ILMIAH CVT MALAYSIA-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


TAJUK :  HIPOTALAMUS NW4

TARIKH : 11 Jun 2021 ( JUMAAT )


NW 4 hipotalamus dengan fungsi mengawal kualiti tidur. Selain fungsi mengawal metabolisma seperti rasa haus dan rasa lapar. Mengawal emosi dan kematangan. Mengawal rentak jantung khas untuk tekanan darah tinggi atau terlalu rendah. Mengawal berbagai nafsu seperti nafsu makan yang berlebihan kerana tertipu dengan rasa lapar dan penyebab kegemukkan. Mengawal nafsu seks yang melampau. Pusat kawalan tingkah laku. Secara psikologi bahagian ini akan dinilai dari kualiti tidur. Sukar tidur dan jika tertidur akan ada gangguan mimpi yang menakutkan dan terjaga-jaga. Atau nafas terhenti berkali-kali akibat lemahnya jantung. Bermakna kes kualiti tidur ini jelas masih boleh tidur. Berbeza dengan Imsonia yang sukar nak tidur atau tidak dapat tidur lebih dari sehari. Jika kes sebegini memerlukan formula NW1 kerana keadaan begitu lebih kronik yang mengganggu kalenjar utama iaitu Pituitary dan Pineal. Kita kembali pada isu NW4 iaitu Hipotalamus. Jika ditanya kepada pakar dalam bidang psikologi mereka masih tidak jelas mengenai punca yang sebenar. Mereka akan menasihatkan pesakit untuk menggunakan pil sedatif untuk memudahkan tidur. Tetapi masih tidak dapat merawat kualiti tidur yang banyak gangguan. Pesakit akan tetap mengalami kesan mengantuk diwaktu siang kerana otak kekurangan oksigen. Pesakit akan menguap berkali-kali walaupun tidur sudah melebihi 8 jam. Daya ingatan pesakit menjadi lemah. Lebih membimbangkan pil tidur diberi bersama dengan pil anti kemurungan merawat keresahan dan rasa panik berlebihan. Akhirnya pesakit akan terpaksa bergantung dalam jangka masa yang panjang pada ubat sedatif malah terus menambahkan dosis. Jika berhenti secara mengejut akan membahayakan kesihatan. 


Semua pil sedatif akan bertindak pada sistem neurotransmiter pada saraf otak. Otak menjadi lembab dan hilang tumpuan atau sukar nak fokus pada sesuatu pekerjaan. Otak tidak cerdas dan memberi pendapat atau pandangan yang merugikan. Kesan lebih kurang sama macam orang mabuk dan sebaiknya jangan memandu ketika keadaan masih khayal dan berhalusinasi. Kejadian kemalangan jalan raya sangat banyak berkaitan kerana terlelap secara mengejut akibat rasa mengantuk diwaktu siang ketika memandu yang sangat berkaitan dengan kesan ubat sedatif ini. Hanya dengan kaedah gelombang yang sesuai dengan sistem kerja neurotransmiter pada otak. Kaedah NW sesuai dengan cara kerja sistem fisiologi tubuh. Tidur merupakan makanan untuk otak menjalankan fungsinya. Keputusan untuk menentukan keberkesanan ubat atau formula untuk masalah kualiti tidur ini adalah SEGAR sebaik sahaja bangun dari tidur walaupun waktu tidur singkat. Inilah bukti jelas fungsi NW4 dalam merawat masalah gangguan tidur dengan berbagai mimpi buruk. NW4 akan memicu rasa nak memulakan tidur dengan lebih lembut tanpa dipaksa. Tidur dengan rem mata tidak bergerak-gerak menandakan kualiti tidur yang mendalam dan kaya dengan mimpi yang nyaman dan indah malah lebih jelas diingati.


Formula ini sebenarnya amat luar biasa berbanding segala jenis ubat tidur yang ada dipasaran. Lebih jimat dan amat selamat. Otak menjadi lebih cerdas dan mampu memberi pandangan yang rasional. Inilah formula yang paling tepat untuk membina kecerdasan otak untuk kekuatan fokus yang luar biasa pada anak-anak dan sesiapa sahaja yang masih belajar. Akan menghilangkan berbagai jenis ketagihan termasuk merokok, alkohol atau pada anak-anak yang leka bermain game. Anak-anak akan jauh lebih matang jika digandingkan dengan NW3 yang mengawal tingkah laku ekstreem atau hiperaktif. Para pakar seluruh dunia bersetuju kecelaruan pada otak berpunca akibat kesan ketidakseimbangan kimia yang mengganggu saraf. Dari mana punca kimia itu jika tidak dari apa yang kita minum dan makan. Minuman dan segala bahan berkafein sangat mengganggu kualiti tidur. Namun CVT sangat konsisten bahawa ia sangat berkaitan dengan fungsi usus besar dan usus kecil. Kejadian sawan atau Skizofrenia penyakit mental pada kanak-kanak juga berkaitan punca usus besar iaitu NW19. Anak-anak yang obesiti dan sentiasa rasa lapar juga berkaitan usus dan menipu isyarat rasa itu di otak. Akibatnya pesakit obesiti makan dengan banyaknya tanpa henti kerana isyarat kenyang ke otak sentiasa bertukar lapar. Ada juga yang tidak makan banyak tetapi tetap mudah gemuk. Ada yang makan banyak nasi berpinggan-pinggan tetapi tetap juga kurus kering. Jelas peranan otak bahagian Hipotalamus inilah yang lemah dan amat jarang dipersoalkan. Dan sekali lagi saya ingatkan ia sangat berkaitan dengan kualiti tidur. Begitu besar peranan fungsi NW4 dengan kerja otak tengah ini iaitu Hipotalamus. Semoga pengetahuan dan pengalaman untuk merawat para pengamal CVT jauh lebih bersedia dan sentiasa selangkah ke hadapan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.

www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice

FB: CVT Malaysia

Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my